Friday, October 10, 2014

Elaun Ahli Parlimen Naik Sebab Mereka Bertungkus Lumus Tak Mengira Waktu


Kesemua 222 Anggota Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara serta timbalan Yang Dipertua turut menikmati kenaikan gaji dan elaun.

Elaun Ahli Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C manakala elaun ahli Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.



"Tanggungjawab seorang ahli Parlimen begitu besar dan bermakna pada komuniti dan masyarakat setempat. Mereka adalah ketua yang perlu memimpin masyarakat setempat dari semua aspek termasuk kebajikan, keagaman, sosial dan pendidikan. "Dengan kata lain, khidmat ahli Parlimen sebagai wakil atau pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing adalah mendesak tidak mengira waktu.

3 comments:

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.