Thursday, October 2, 2014

Hebat Pakar Strategi ini






Hebat betul pakar strategi Perdana Menteri ini yang memberi analogi seseorang yang sering makan yang telah dibelanja oleh seorang kawan dan tiba-tiba kawan tersebut memberhentikan membelanjanya makan maka dia pun marah-marah kata yang bukan-bukan pada kawannya yang membelanjanya makan sebelum ini.

Hebat analogi ini......adakah analogi ini boleh disamakan dengan kenaikan harga minyak.

Jika kawan itu membelanja menggunakan wangnya sendiri, adakah kerajaan juga menggunakan wang mereka sendiri untuk memberi subsidi kepada rakyat.

Biasanya kenaikan harga minyak seringkali dikaitkan dengan kenaikan harga barang. Pantaulah macam mana pun harga barang pasti akan naik....ini yang paling ditakuti oleh rakyat.

Sebagai contoh, harga minyak yang meningkat sebanyak 20 sen ini akan menyebabkan kenaikan harga barang sehingga 40 % atau mungkin lebih. 

Harga barang dan harga minyak tidak boleh dipisahkan kerana dalam proses pembuatan barang perlu menggunakan minyak sebagai sumber utama. Di sini kita dapat lihat kesan kenaikan minyak menyebabkan kenaikan harga barang dan seterusnya menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara.

Kenaikan harga minyak dan bakal diikuti dengan kenaikan harga barang ini turut akan menyumbang ke arah kemarahan rakyat seterusnya kecaman terhadap pihak kerajaan pemerintah. 



Rata-rata rakyat rasanya tidaklah membantah setakat kenaikan bahan bakar hanya 20 sen itu namun kesan sampingannya yang akan dirasai oleh golongan berpendapatan rendah.














10 comments:

  1. Harga minyak juga berkait dengan kadar penyeludupan minyak ke luar negara. Lagi murah lagi untung. Lagi banyak belanja kawalan seludup dan lagi banyak rasuah.

    ReplyDelete
  2. Jangan cakap lah semua rakyat tak rasa kesan kenaikan harga minyak 10% tu. Memanglah seliter 20 sen tetapi barang kegunaan harian macam mana. Ikan dilaut pun pakai minyak hendak pergi pukat. Bayangkan harga ikan nanti akan naik berapa? Pendek kata semua barang akan naik. Sembang kosong nak control harga bolihlah.....budak sekolah pun tau cakap ....Hakikatnya harga tetap akan melambung.....10% minyak naik ...mau tunggu apa lagi kalau harga barang tak naik. Sekarang pun pergilah belilah apa benda pun..... semua barang naik harga.
    Mungkin ini turn negara ini pula rakyat nak jadi orang kurang mampu. Inilah natijahnya kalau cakap macam ayam. Kokok saja sedap tetapi abuk pun tarak malah ekor terus dalam tahi.
    Cakap nak meringankan beban tetapi apa yang jadi menambah lagi beban. Jangan sampai rakyat kata ... tak caya sama lu ...masa itu semua sudah tak guna lagi.

    ReplyDelete
  3. Selama 57 tahun Kerajaan telah bertanggungjawab membangunkan negara tercinta kita. Banyak kemajuan dan taraf kehidupan semakin meningkat. Majoriti rakyat hidup di tahap selesa walaupun masih ada golongan yang susah.
    Setelah kian lama kerajaan telah berjaya dan membantu dan mengimbangkan pembangunan untuk SEMUA kaum sebaik yang boleh, TAK KAN la tiba tiba, nak menghanucrkan semua yang telah dibina dengan mengurangkan subsidi petrol?????

    Kerajaan tak sebodoh itu. Tak sebodoh anwar dan geng2 dia!!

    Sudah tentu banyak pertimbangan dan senario telah dikaji sebelum membuat keputusan. Kita tahu Najib ni pun agak ego jugak orangnya. Tak kan lah dia nak meninggalkan legasi sebagai PM yang menjahanamkan ekonomi setelah PM2 yang sebelumnya bertungkus lumus membangunkan ekonomi negara?

    Kita tahu siapa yang SEBENARNYA dibelakang suara2 yang menetang kerajaan. Mereka adalah golongan yang sama yang berguling2 di jalanraya nak memprotes GST tak lama dulu. Beri lah kerajaan peluang melaksanakan rancangan2 ekonomi. Tak payah lah kita menolong si anwar dan geng2 dia dengan menentang kerajaan jugak.

    Kalau Kerajaan benar2 gagal, barulah kita menetang. Ini belum apa2 lagi, dah nak membising. Perangai membuat bising ni adalah karakter pembangkang!

    ReplyDelete
  4. Beri peluang? Sorry

    Tu berbillion lesap kat cayman...1mdb yg takde hasil..menteri2 dan wakil rakyat anak beranak bermewah2..berbillion lagi hangus byr konsetan tak guna..buat ape nak suruh rakyat bagi peluang? No way !!!

    ReplyDelete
  5. OK la kalau kata kami membantu Anwar menentang kerajaan........mahukah pemimpin kerajaan terutamanya menteri dan penasihat dipotong elaun mereka demi untuk menyelamatkan wang rakyat

    ReplyDelete
  6. Look at the bigger picture!!

    Travel overseas and see how much people in other countries pay for their petrol, food, housing, TAXES( some even 40+%), schooling, hospitalization, etc etc.

    Our petrol is overly subsidized. Too cheap. Bila cakap Malaysians are spoilt, MARAH pulak.

    Don;t talk about corruption la.....IT EXISTS EVERYWHERE. EVEN in PAKATAN RAKYAT!!!! Politicians and corruption go hand in hand. When people are in power, the temptation to get corrupted is too great. Very few can resist.

    Harga petrol yang subsidized menguntungkan sapa? Semua rakyat tak kira kaya atau miskin...termasuklah warga2 ASING yang menetap di Malaysia dan dari LUAR NEGARA.
    Kerajaan menghentikan subsidi dan duit itu akan dibahagikan kepada WARGANEGARA yang lebih memerlukan bantuan.

    READ MORE ON ECONOMICS AND SPEND LESS TIME ON FACEBOOK!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. We spent more time reading fb rather than economic books..agree

      Delete
  7. Macai yg kata Anwar bodoh kena fikir gak sape yg lantik dia jadi menteri kewangan dulu rasanya lagi bodoh (kelas pertama), cuba hang fikir guna kepala lutut sikit ?

    ReplyDelete
  8. UMNO cam tu ler..rakyat jgn bagi pas SPM..kalu pas SPM, depa xleh cari makan..xleh nak cong rakyat..tu le perangai depa..anggap rakyat ni bahalol...jahanam punya pemimpin BN khasnya Umno..rkyt dutamakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentaliti jenis apa nie...????

      Delete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.