Wednesday, October 29, 2014

Hujah Peguam Anwar Gopal Sri Ram Tentang Air Mani Anwar Amat Mengecewakan


Walaupun pahit, penyokong Anwar terpaksa mengakui bahawa alasan dan hujah peguambela Anwar Ibrahim iaitu bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram amat mengecewakan .

Gopal yang bersara pada 2010, mengepalai pasukan pendakwaan 
Anwar atas permintaan anak saudaranya S. Ambiga untuk 
menggantikan peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang tidak sihat.

Gopal semalam menyampaikan hujahnya dengan mencabar kewibawaan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi utama
. Dengan hujah yang amat mengecewakan hanya bergantung kepada gambar Saiful, KY Jelly dan tiada kesan air mani Anwar pada karpet di kondominium tersebut.

Kewujudan pelincir KY Jelly dan bahawa gambar Saiful tidak murung semasa menghidang sarapan kepada Anwar adalah hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.

Diakhir hujah Gopal memempertikaikan keterangan Saiful mengenai liwat secara rela atau bukan secara rela.

"Saiful memberi keterangan bahawa kes liwat yang dikatakan berlaku itu bukan secara rela tetapi perayu didakwa mengikut Seksyen 377B dan bukan Seksyen 377c (Kanun Keseksaan)," katanya.

Seksyen 377B Kanun Keseksaan menyatakan: “Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.“

Manakala Seksyen 377C Kanun Keseksaan menyatakan: “Persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.“


Gopal hanya mahu kesilapan teknik berlaku dalam mendakwa Anwar Ibrahim dan seterusnya memohon mahkamah menggugurkan kes tersebut.

Ramai yang simpati kepada Anwar dan terlalu mengharapkan bekas hakim itu berhujah dengan lebih baik untuk mengatasi pihak pendakwa yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee namun ternyata gagal pada hari pertama.

Hari kedua perbicaraan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung dengan peguam-peguam Anwar yang seramai 14 orang terus mengemukakan penghujahan mengapa Mahkamah Persekutuan harus membatalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar.

Selepas penghujahan panjang lebar oleh peguam utama Datuk Seri Gopal Sri Ram semalam, tiga peguam lain pembelaan menyatakan mereka memerlukan sepanjang hari ini untuk membuat penghujahan mereka.

Peguam N.Surendran dan Ram Karpal meneruskan penghujahannya di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hanya berkisar Lelaki 'Y' yang dikatakan gagal dibuktikan oleh pihak pendakwa.

Ia diikuti peguam Sangeet Kaur Deo yang akan berhujah mengenai sampel yang diambil daripada sel di mana Anwar ditahan semalaman di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur susulan laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mengenai dakwaan kejadian itu.

Sementara itu, peguam Ramkarpal Singh mungkin berhujah dengan terperinci mengenai analisis DNA di mana beliau akan mempertikaikan integriti sampel yang diambil daripada Mohd Saiful.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan pula dijangka membuat penghujahannya esok, dan prosiding rayuan kes liwat Anwar mungkin berlanjutan sehingga Jumaat.

Mahkamah Apex (mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia) dijadual menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusannya kerana pihak pendakwaan dan pembelaan membuat penhujahan secara menyeluruh mengenai kes itu selain membawa isu-isu baharu untuk dipertimbangkan mahkamah.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.