Tuesday, October 14, 2014

Jika Anwar Ibrahim Di Acheh Beliau Akan Dikenakan Sebatan 100 Kali


Anwar Ibrahim gagal lagi dalam cubaan kali ketiganya  untuk mengetepikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa utama dalam rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya daripada tuduhan liwat.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan terus ketuai pasukan pendakwa dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibicarakan pada 28 Oktober ini.

Cubaan terbaru Anwar untuk gugurkan Shafee gagal lagi bila penal lima hakim Mahkamah Persekutuan di Putrajaya tengahari Selasa tolak permohonanya.

Ini adalah kali ketiga. Maka Anwar tidak boleh merayu lagi untuk gugurkan Shafee.

"Tak boleh rayu lagi.. ia ternoktah di sini,"kata Shafee kepada wartawan selepas keputusan itu diumum.

Penal hakim diketuai oleh Tun Ariffin Zakaria.

Hakim-hakim lain ialah Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.

Tun Ariffin ketika membacakan keputusan berkata peguam Anwar berhujah atas dua alasan. Alasan pertama, Shafee adalah pengerusi suruhanjaya siasatan SUHAKAM terhadap Jude Pereira yang juga merupakan salah seorang saksi dalam kes liwat.

Alasan kedua Shafee telah didenda RM5 ribu oleh Majlis Peguam kerana salahlaku disiplin.

Menurut hakim itu tidak wujud "conflict of interest" dalam kedua-dua hujah itu.

"Dakwaan pertama bahawa wujud conflict of interest kerana Shafee adalah pengerusi siasatan SUHAKAM dalam kes Jud Pereira tidak kuat untuk menjejaskan kelayakan Shafee.

"Denda RM5ribu yang dikenakan oleh majlis peguam ke atas Shafee juga tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan hak Shafee sebagai Timbalan Pendakwaya. Oleh itu kami menolak permohonan ini," katanya.


Tiada apa lagi yang boleh selamatkan Anwar Ibrahim, jika sebelum ini Anwar akan menggunakan Pas sebagai pecacai untuk menghentam hakim dan kerajaan Barisan Nasional tetapi kini Pas telah sedar mereka hanya diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim selama ini.


Pas hanya mempertahankan perbuatan liwat yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang terang-terang menyalahi hukum Islam.

Jika di Acheh undang-undang membenarkan hukuman sebatan sebanyak 100 kali dikenakan ke atas pesalah homoseksual walaupun kumpulan hak asasi manusia membantah undang-undang tersebut dengan menyifatkan sebagai 'satu langkah ke belakang’.
Tetapi di Malaysia hanya dikenakan hanya 5 tahun penjara sahaja.

3 comments:

  1. Dah meliwat tu terimalah saja hukuman. Dok berbelit lagi buat apa. Tak ada apa lagi yang tinggal. Kalau dulu, waktu dipecat dari kerajaan tahun 1998, boleh redha dengan tindakan tu, kan senang. Ada juga maruah yang nak disimpan. Tapi tidak, nak jadikan isu satu dunia,

    ReplyDelete
  2. Hebat sgt ke Shafie tu? cuma masa akan menetukanya.....

    ReplyDelete
  3. anon 12.14 pasal shafie tak hebat la nuarKETUM mangkuk taik takut

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.