Tuesday, October 28, 2014

Keadaan Di Istana Kehakiman, Bunuh Karektor antara modal Anwar Kempen Dalam Isu Liwat



Hari ini adalah hari terakhir bagi Anwar Ibrahim untuk diadili oleh hakim mahkamah Persekutuan. Kes liwat ini sudah menjangkau lebih 6 tahun ini dengan rekod penangguhan sebanyak 67 kali dan rayuan sebanyak 38 kali dan ini merupakan rekod tertinggi bagi kes jenayah seperti ini.

Sementara itu pada 7 Mac 2014 yang lalu, mahkamah rayuan dengan sebulat suara mendapati Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari dan dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun. 

Pasukan peguambela Anwar yang terdiri daripada 14 orang peguam telah mengemukakan 35 alasan dalam merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac yang mendapati Anwar Ibrahim itu bersalah atas tuduhan liwat.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafie pula telah mengemukakan empat alasan untuk menambah tempoh hukuman penjara itu, di mana ia merasakan tempoh lima tahun penjara yang dijatuhkan ke atas Anwar itu sebagai tidak cukup berbanding dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan hukuman sebat yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau secara automatik akan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan pilihan raya kecil dijangka diadakan.

Mahkamah akan mendengar rayuan Anwar Ibrahim yang terakhir dan nasib Anwar Ibrahim akan diketahui samada bebas ataupun dipenjarakan di Sungai Buloh. Siri ceramah Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menampakkan bahawa beliau yakin akan dipenjarakan dan meminta penyokong beliau untuk bangkit membela beliau.

Anwar mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk mendapatkan simpati rakyat. Pada mulanya beliau ke London untuk bertemu rakyat Malaysia di sana bagi menjelaskan mengapa beliau teraniaya. Tidak cukup dengan itu, Anwar juga telah mengheret ahli politik Australia untuk mendengar rintihan beliau. Siri jelajah ceramah yang beliau lakukan di seluruh negara juga tidak kurang menampakkan yang beliau ini sudah sangat terdesak.

Bunuh kerektor.......antara cara Anwar meraih sokongan anak muda dalam isu liwat, iaitu propaganda beliau bahawa institusi kehakiman tercemar! Hakim telah dipengaruhi oleh pemerintah BN/UMNO, serang pihak pendakwa Tan Sri Muhammad Shafie. Jika semua karektor itu sudah mati beliau akan menang percuma.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.