Friday, October 31, 2014

Konspirasi Dalam Kes Liwat Hanya Dicipta Oleh Anwar Bukannya Saiful - Tan Sri Muhammad Shafee


Hari ini tiba giliran pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk membentangkan pula hujahan mereka selepas pasukan pembelaan selesai merumuskan hujahan mereka pada Khamis.

Muhammad Shafee hari ini akan memulakan sesi dengan pembentangan hujah yang menyentuh pelbagai persoalan berdasarkan fakta kes.

Shafee mengatakan teori konspirasi yang disebut oleh peguam Anwar bukannya dicipta oleh Saiful tetapi oleh Anwar Ibrahim sendiri bagi menutup perlakuannya terhadap Saiful.

Memang logik seorang yang melakukan kesalahan akan mencipta satu konspirasi jahat untuk menjadikan mangsa yang diliwat dibenci oleh masyarakat.

Kronologi ringkas hujahan Tan Sri Muhammad Shafee

10.00 pagi: Menurut Muhammad Shafee, semua keistimewaan yang diberi kepada Saiful itu adalah petanda mengenai hubungan yang cuba dibina oleh Anwar. Namun, Muhammad Shafee menimbulkan persoalan, dengan segala kelebihan itu, mengapakah Saiful menghantar surat berhenti kerja selepas lebih kurang 4 bulan bekerja, sedangkan sebelum itu dia pernah mengatakan dia menghormati dan menyanjungi Anwar.

9.50 pagi:Muhammad Shafee berhujah tentang isu pengadu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai dan kurang berpendidikan.

Shafee berkata, jika benar seperti yang dikatakan, mengapakah ketika menjadi pembantu peribadi Anwar, Saiful memegang tanggungjawab besar seperti membantu penyediaan dokumen rasmi, menjaga temu janji dengan orang kenamaan, menyimpan maklumat rahsia, menyertai urusan luar negara dan memegang telefon bimbit Anwar. Saiful juga diberi elaun yang besar ketika berurusan di luar negara.

9.35 pagi: Shafee berkata, dalam usaha pihak pembelaan cuba menghidupkan sentimen konspirasi, banyak tuduhan dilemparkan pada rangkaian individu, daripada Perdana Menteri (sekarang dan terdahulu), doktor, pakar kimia hinggalah ke pegawai polis.

9.20 pagi: Muhammad Shafee menyatakan bahawa hujah pembelaan Anwar banyak diselubungi idea tentang 'konspirasi' dari peringkat tinggi negara hingga ke pegawai kanan polis. Beliau yang menyifatkannya sebagai pertuduhan liar akan menghuraikan analisa berdasarkan fakta.

9.17 pagi:Barisan lima panel hakim masuk ke kamar mahkamah. Pendengaran penghujahan pihak pendakwa bermula.

9.00 pagi:Anwar tiba di kamar mahkamah. Selepas menyapa kenalan terdekat di galeri awam, beliau berbincang sesuatu dengan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Bagi isu yang melibatkan hal DNA dan huraian teknikal, Muhammad Shafee akan menyampaikan hujahnya pada hari Isnin.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.