Monday, October 27, 2014

Menjelang 28 Okt Hakim Mahkamah Persekutuan Difitnah dan DiTekan Oleh Anwar Ibrahim



Menjelang pendengaran rayuan terakhir kes liwat, Anwar Ibrahim menggunakan berbagai sudut bagi menekan Hakim Mahkamah Persekutuan agar menggugurkan kesnya.

Terkini Anwar Ibrahim membawa beberapa peguam Hak Asasai manusia untuk menyaksikan perbicaraan rayuan kesnya kononnya telah berlaku ketidakadilan dalam perbicaraan yang akan bermula esok.

Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia (FIDH) dan organisasi haramnya di Malaysia Suaram mahu mahkamah Persekutuan mengenepikan politik daripada dewan mahkamah dan menamatkan lebih 15 tahun penganiayaan kehakiman” terhadap Anwar.

Menurut memfitnah penghakiman Mahkamah Persekutuan ada campurtangan politik dan kononnya mereka kini bertungkus-lumus berusaha untuk memulihkan integriti Mahkamah.

Jika Mahkamah melepaskan Anwar Ibrahim maka mahkamah ada integriti dan sekiranya Anwar Ibrahim tetap didapati bersalah dan dijatuhi penjara maka mahkamah ada campurtangan politik.

Berikut adalah kronologi terperinci perbicaraan kes liwat yang paling lama didunia dan yang paling mahal menggunakan wang rakyat lebih RM5 juta

28 Jun, 2008: Bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara.

30 Jun, 2008: Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Saiful kemudian menggugurkan semula saman tersebut dan tiada  laporan polis ke atasnya bagi tuduhan liwat dibuat.

7 Ogos, 2008: Anwar, 60, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin dan tanpa serah dokumen perjalanan/ passport Antarabangsa.

Nov 7, 2008: Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah memutuskan supaya kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

5 Mac, 2009: Mahkamah Tinggi memutuskan kes liwat itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.

6 Mac, 2009: Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

10 Mac, 2009: Mahkamah Tinggi menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan kes liwat itu.

17 Jun, 2009: Anwar telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwat beliau di Mahkamah Tinggi.

6 Nov, 2009: Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya kononnya amat penting untuk memanipulasi pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

1 Dis, 2009: Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak boleh membatalkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar hanya berdasarkan laporan perubatan dari Hospital yang tidak diiktiraf yang menyatakan ketiadaan penetrasi.

3 Feb, 2010: Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Mohd Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan itu, di hadapan Hakim Mohamad Zabidin, bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh pada Ogos 2008.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful memberitahu bahawa Anwar, yang didakwa meliwatnya, telah mengajaknya untuk melakukan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful berkata insiden itu berlaku pada 26 Jun, 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

5 Feb, 2010: Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat oleh Anwar. Beliau juga memberi keterangan bahawa seluar yang dipakainya pada hari insiden itu berlaku adalah hadiah daripada Anwar.

9 Feb, 2010: Perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan sekali lagi bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan maklum balas kepada afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar supaya hakim menarik diri.

Ia ditangguhkan selepas pembelaan memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu dengan alasan beliau bertindak bereat sebelah.

18 Feb, 2010: Anwar gagal dalam cubaannya untuk meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Hakim Mohamad Zabidin, semasa menolak permohonan itu, memutuskan bahawa tidak ada sebab beliau perlu menarik diri daripada menghakimi kes itu, dan jika beliau berbuat demikian, ia seperti melarikan diri daripada tanggungjawabnya.

25 Feb, 2010: Anwar gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting termasuk contoh spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.

16 Ogos, 2010: Anwar gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam usahanya menggugurkan pertuduhan itu, Anwar mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan adalah dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Mohd Saiful dengan seorang daripada anggota pendakwaan.

20 Sept, 2010: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan.

6 Dis, 2010: Anwar sekali lagi gagal dalam cubaan keduanya meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada menghakimi perbicaraan kes liwatnya selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Anwar memohon penarikan diri hakim itu berikutan keenganannya mengenakan tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana menghina mahkamah kerana mengeluarkan laporan yang didakwa pihak pembelaan sebagai prejudis kepada kes itu.

14 Dis, 2010: Bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim, merayu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya membantu mempercepatkan kes membabitkan anak lelakinya itu.

14 Jan, 2011: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ketua Pembangkang itu untuk mengetepikan keengganan Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan itu.

16 Mei, 2011: Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lepas, setelah pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata saksi utama, Mohd Saiful, adalah seorang saksi yang benar, boleh dipercayai dan diyakini.

6 Jun, 2011: Anwar gagal dalam percubaan ketiganya supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya. Beliau mengemukakan permohonan itu atas alasan terdapat prapenghakiman dan sikap berat sebelah oleh hakim itu apabila memutuskan bahawa Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai pada penggulungan kes pendakwa.

22 Ogos, 2011: Anwar, yang memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh apabila membacakan kenyataannya yang setebal 32 muka surat, menafikan beliau telah mengadakan hubungan seks dengan Mohd Saiful.

Anwar mempunyai tiga pilihan - memberi keterangan dari kandang saksi yang yang bermakna beliau boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan; memberi keterangan dari kandang tertuduh yang bermakna beliau tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan tetapi dalam membuat keputusan, mahkamah mengambil kira fakta bahawa pihak pendakwaan belum menyoal balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri. Anwar Ibrahim yang suka memfitnah orang lain mengambil keputusan hanya berdiri sebagai patung dalam kandang saksi.

Pada perbicaraan kes liwatnya yang pertama pada 1998, Anwar memberi keterangan dari kandang saksi.

6 Okt, 2011: Mahkamah Tinggi memutuskan tidak perlu bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan sebagai saksi pembela dalam perbicaraan kes liwat Anwar.

Anwar cuba mengaitkan Perdana Menteri dan Isterinya dalam kes liwat dengan meminta hakim memanggil kedua-duanya namun tiada asas itu hanya gimik politik.

9 Jan, 2012: Setelah berbagai tekanan kepada hakim dan penyeklewengan pihak pendakwa Datuk Mohd Yusuf akhirnya Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful. Penghakiman 80 muka surat oleh Hakim Mohamad Zabidin menunjukkan adanya kemasukan zakar dalam dubur tetapi kesalahan teknikal pada bukti.

Beliau berkata mahkamah tidak boleh 100 peratus yakin mengenai integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel itu mungkin telah dikompromi sebelum tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

9 Julai 2012: Pihak yang diambilalih oleh kumpulan baru yang diketuai oleh 
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan petisyen rayuan mengandungi sembilan alasan, yang antara lain, supaya Anwar disabitkan atas tuduhan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

22 Feb, 2013: Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari dari 22 Julai, 2013 untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Anwar.

18 Sept, 2013: Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuannya terhadap keputusan membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat.

2 Okt 2013: Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 11 Dis untuk mendengar rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar.

21 Nov, 2013: Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai pendakwa raya untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuannya.

Anwar mengemukakan permohonan dengan alasan bahawa Muhammad Shafee tidak boleh bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan itu kerana beliau (Muhammad Shafee) adalah saksi penting pada perbicaraan kes liwat.

11 Dis, 2013: Anwar gagal dalam permohonannya bagi kali kedua untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee.

20 Dis, 2013: Anwar gagal dalam permohonannya bagi kali kedua untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee mengetuai pihak pendakwa raya. Ketika menolak permohonan Anwar, Mahkamah Rayuan memutuskan permohonan itu tidak mempunyai merit.

Kali ini, Anwar menggunakan maklumat daripada akuan berkanun bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim sebagai alasan untuk mengemukakan permohonan.

6 dan 7 Mac, 2014: Mahkamah Rayuan mendengar hujah daripada Muhammad Shafee dan peguam Karpal Singh.

7 Mac, 2014: Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful, enam tahun lepas.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim mendengar rayuan pendakwa dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu keputusan rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata mahkamah dengan sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dalam penghakimannya bahawa integriti sampel DNA yang digunakan dalam kes itu telah dikompromi.

24 April, 2014: Anwar mengemukakan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 35 alasan mengapa sabit kesalahan dan hukuman ke atasnya harus diketepikan.

14 Ogos, 2014: Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Okt untuk mendengar rayuan akhir Anwar. Datuk Sulaiman Abdullah, seorang peguam kanan, akan mengetuai pasukan pembela berikutan kematian peguam Karpal Singh yang terkorban dalam nahas jalan raya pada 17 April.

14 Okt, 2014: Mahkamah Persekutuan memutuskan Muhammad Shafee ialah seorang yang sesuai dan layak untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam kes rayuan Anwar pada 28 Okt.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mencapai keputusan itu dengan sebulat suara, berkata saluran yang sesuai untuk Anwar mencabar pelantikan Muhammad Shafee ialah melalui semakan kehakiman dan bukan melalui notis usul.

28 dan 29 Okt 2014: Mahkamah Persekutan dijadual mendengar hujah daripada pihak pembela dan pendakwa. Sama ada mahkamah akan membuat keputusan atau menangguhkan keputusan ke tarikh lain, ia hanya akan diketahui pada tarikh berkenaan.

7 comments:

  1. Tolonglah CEPAT masukkan mamat-SODOM ni dlm. PENJARA - baru dia tahu, BERJUTA duit ROMPAKAN dari saman anak-beranak TAMAK dia sini-sana; tak akan membelikan kebebasan mahupun PENJARA-ala-MEWAH!

    Dan HRWZioniSSoros-KEPARAT tu nak paksa kita tunduk pd. undg-undg SODOM-KEPARAT depa?! Dahlah si Barat-ZIONIS/ISrael asyik boleh menyerang/menjajah/merompak Dunia Islam yg. kaya minyak-gas-Uranium (utk. membuat senjata Nuklear) dgn. membunuh/menyiksa sesuka hati umat Islam secara beramai (Genocide), termasuk kat Palestine, Syria, Iraq, Libya, Afghanistan, Nigeria/Guinea/Afrika dsbnya, melalui MO menggunakan PENYAMAQ Islam utk. mencipta/mengetuai kumpulan pengganas 'Islam' cthnya Al-Qaeda, ISIS/ISIL , Boko Haramdsbnya, serta senjata “Eugenics-Biowarfare”- Ebola/HIV - dan semua ni tak pula dihentam si UN/HRWZIONIS-DAJAL ni! PI MAMPOS!

    Barulah aku paham mcm mana mamat-PKRSODOM ni boleh satu geng dgn. puak KAPIRDAJAL ZIONIS ni - budaya SODOM depa!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. BIASA LE ORANG YANG TERTUDUH MENGATAKAN SESUATU KEPUTUSAN YANG TIDAK MENYEBELAHI PIHAKNYA AKAN ADANYA CAMPUR TANGAN POLITIK SEDANGKAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN ADALAH KESALAHAN PERIBADI..........

    FIKIR-FIKIR LA, JANGAN KITA HANYA PANDAI MENUDUH SEBUAH ORGANISASI DENGAN MELIBATKAN SOKONGAN DRPD PIHAK ASING YANG SELAMA INI CEMBURU AKAN KEADAAN DI DALAM NEGARA KITA...........

    ReplyDelete
  3. Takda kena mengena dgn sesiapun di dunia ni. Kes ni antara dia dgn saiful saja. Yang ramai sgt nak bela anwar ni pasal apa? Bayangkan kalau saiful tu memang berada di pihak yang benar! Punyalah besaq jasa dia pada kita, pada negara kita, pada agama kita, pada anak cucu kita. Saiful boleh pilih utk tidak teruskan pendakwaan ni. Tapi mungkin dia berniat baik utk kita semua. Biar kita mati utk saiful dptkan keadilan yg sebenarnya drpd mati utk anuwar yang langsung x membela dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  4. Kepada mahkamah tak payah lah tangguh tangguh...Jika anwar tangguh eg sakit...tangguh lah 1 hari sahaja...lepas itu sambung .... berilah keutamaan kepada kes ini...rakyat sudah letih....

    ReplyDelete
  5. kalau kita semua percaya scientific evident bahawa air kote anwar benar benar ada dalam lubang, dah terbukti itu air dia, ini menunjukkan liwat berlaku, tak kira lah ada yang kata di masukkan dan sebagainya..jika Tanya macam mana di masukkan...maknanya anwar kena goncang kote dia nak dapatkan air...adakah anwar akan goncangkan kote dia nak bagi mr y..nak masukkan dalam lubang juboq orang..kan panjang cerita, kita percaya itu benar berlaku dan anwar akan menafikan dengan segala cara..baiklah kita berdoa supaya anwar di jatuhkan hokum yang berat sebab banyak kerosakan yang telah dilakukannya...kita tahu kita berpuak puak sebab anwar yang menjual ugama bangsa dan Negara..

    ReplyDelete
  6. Budak Saiful 1 hal, tongeng aje x melawan cuba amik sesuatu yg keras katok kote nuar demi pertahankan maruah, jgn bila dh tongeng hng tak cuci 3 hari pungkok hang lpas tu jumpa Najib/Ro$mah baru g repot.kata nk tegakan maruah.... geli gua dego...... skrg dh kaya ko saiful, kawin pn besor2an mengalahkan jutawan, dego kata dh jadi wakil insuran yg berjaya ...... untung ko saiful modalkan pungkok je....... macai2 jgn lh marah.....

    ReplyDelete
  7. Mungkin betoi jugak kata anoy 4,45pm ape2 pn saiful dh jadi jutawan tanpa pekerja tapi macai2 yg sokong dia o Anwar ape dpt ?mrk yg kena pungkok n main pungkok sekurang2 senang jugak kt dunia ni hangpa macai2 nasib baik ade BR1m..... itu pn sbb pembangkang kuat... kalau lemah spt zaman Pak Lak n Tun M dulu rakyat ape dpt....... Tun M pn x setuju beri BR1M utk raih undi.....yg pasti macai2 dpt dosa mengumpat....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.