Wednesday, October 15, 2014

Pas Kehilangan Seorang Pejuang Sejati Yang Pernah Membangkrapkan Mara


Pas hari ini menerima satu berita sedih apabila Tamrin Ghaffar iaitu seorang pejuang sejati yang pernah menjadi ahli seumur hidup Pas telah mengumumkan dengan rasminya keluar daripada parti itu serta merta berkuatkuasa hari ini.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan pernah menerajui Mara ketika bersama Umno, Tamrin Tun Abdul Ghafar Baba dikhabarkan meminta Pas cepat mengemaskini keahliannya supaya namanya tidak lagi ujud dalam rekod keahlian Pas.




Tamrin yang sebelum ini dalam ceramahnya ketika mula menyertai Pas pernah berkata bahawa beliau sudah menjumpai parti yang betul-betul Islam iaitu Pas berbanding umno yang pernah memberi kemewahan kepada beliau. Bagi beliau umno sudah mati.

Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah apabila seorang pejuang yang bernama  Tamrin Ghaffar dengan rasminya keluar daripada Pas dengan menghantar surat kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Tamrin yang pernah hampir membangkrapkan Mara dikatakan kecil hati dengan tindakan Presiden Pas Haji Hadi Awang yang memberi ucapan ketika Muktamar Pas yang lalu membelasah Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya termasuk barua dan broker. Haji Hadi juga terlalu lantang mempertahankan golongan ulamak dalam Pas.

Akibat itu orang cina kini semakin menjauhi Pas dan dikhuatiri pada PRU14 nanti Pas akan kehilangan banyak kerusi.

Disebabkan itulah tiada apa lagi nak dicari dalam Pas......jadi Tamrin mengambil keputusan keluar Pas serta merta.


Tamrin kini berjinak-jinak dengan parti keadilan rakyat(PKR) dan mengetuai NGO tajaan parti tersebut iaitu Gerakan Anti Perkauman bersama Tian Chua dan Haris Ibrahim. 

5 comments:

  1. Masuk pas dgn harapan terpilih jadi calon pru nanti... kalu kat dahi tu ada label penyamun... jgn mimpi la pas nk pilih.. takat jadi pecacai naik pentas maki umno jer la

    ReplyDelete
  2. Mangkok ni tak ada apa2 keistimewaan pun....hanya tumpang popularity arwah bapak dia je. Duduk dlm MARA pun hanya menjahanamkan sahaja ....kalau masuk PKR ingat boleh jadi calon ke...semua dah tau taik minya ko

    ReplyDelete
  3. Hanya liabiliti pada BN. Dah elok masuk PAS buat apa keluar. Ini hanya lalang, kemana angin bertiup di situlah dia.

    ReplyDelete
  4. Eloklah keluar ramai2 , Anwaar pun dah tak lama dah.

    ReplyDelete
  5. Nak join PKR dgn harapan boleh ganti Anwar yg akan ke Sg Buloh

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.