Monday, October 27, 2014

Penyokong Anwar Rempuh Pintu Pagar UM demi Selamatkan Peliwat







Terdapat kira-kira 200 penyokong Anwar Ibrahim berkumpul di pintu masuk utama UM di Jalan Universiti ketika ini.

Anwar Ibrahim dijangka akan datang ke universiti Malaya dan menemui penyokongnya walaupun pentadbiran universiti mengisytiharkannya tidak sah.

Program anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu asalnya dijadualkan bermula jam 9 malam di Dataran Dewan Tunku Canselor dalam kawasan kampus.

Presiden PMUM Fahmi Zainol yang baru tiba memberitahu media UM tidak mahu memberi persetujuannya untuk membenarkan program kempen membebaskan Anwar walaupun selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tengahari ini.


Fahmi terus menghasut rakan-rakan kononnya pihak pentadbiran UM zalim dan tidak membuka ruang kepada pelajar untuk mengadakan program.

Penyokong Anwar Ibrahim bertindak ganas dengan cuba memecahkan pintu masuk ke UM. Anwar Ibrahim dan macai macainya nampaknya tidak akan pergi tanpa memusnahkan UM pada hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.