Wednesday, October 22, 2014

Penyokong Pas Kata Suhaizan Kayat Sudah Jadi Ketua Pemuda PKR


Ketua Pemuda Pas Suhaizan Kayat sudah memulakan langkahnya secara terang memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim. Beliau mengarahkan semua pemuda Pas turun berdemo pada 28 Oktober nanti bagi memberi solidariti buat pemimpin tersayang mereka Anwar Ibrahim.

Cuma yang lebih pelik dan hairan, munculnya Ketua Pemuda PAS Malaysia saudara Suhaizan Kayat yang menyatakan sokongan padu buat Anwar Ibrahim. Walhal apakah Suhaizan lupa tarikh yang sama juga Presiden Pas Haji Hadi akan berdepan dengan mahkamah diatas tuduhan isu pil kuda yang dicipta oleh PKR?

Dimana solidariti Suhaizan buat Presidennya sendiri? Untuk Anwar Ibrahim, dikeluarkan kenyataan rasmi daripada Suhaizan untuk menyatakan bahawasanya Pemuda PAS Malaysia akan turun ke mahkamah pada 28 Oktober ini.

Tetapi untuk Presiden sendiri tiada satu pun kenyataan dan arahan rasmi daripada Ketua Pemuda PAS Malaysia buat untuk semua pemuda PAS Malaysia supaya turun ke Mahkamah Kuala Terengganu untuk menyatakan solidariti buat Presiden Pas? 

Isu kezaliman yang telah berlaku itu dimainkan semula wayangnya. Kononnya mahkamah tidak adil, makamah telah diarahkan oleh individu tertentu, semua ini kerana UMNO hinggakan penyokong Pas mula melupakan siri-siri drama kejahatan Anwar Ibrahim kepada Pas.

Apakah anda semua telah lupa akan segala apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim? Ingatkah kalian akan :

1-Telenovela 16 September
2- Drama Bersiri "Kajang Move"
3- Kisah Cinta "Penyingkiran MB Selangor"
Dan siri-siri drama yang lain?

Tiga drama diatas adalah hasil arahan Anwar Ibrahim selaku pengarah. Pengarah yang telah menyusun atur perjalanan skrip panjang tersebut sehingga mengheret rakyat dan sehingga mengkhianati amanah rakyat demi matlamat peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. 


Namun hari ini orang mula mendendangkan solidariti buat Anwar Ibrahim seolah-seolah mereka lupa episod kejahatan yang dilakukan olehnya. Dibuat pelbagai jelajah untuk memberikan sokongan buatnya untuk berdepan dengan drama baru pada tarikh 28 Oktober nanti. 


5 comments:

  1. Ramai lagi rakyat yang cerdik pandai yang tahu siapakah anwar ibrahim yang sebenarnya. Hanya yang bodoh dan buta hati atau yang dari golongan LGBT yang akan menyokong anwar.

    Biarkan dia lingkup dalam penjara!!

    ReplyDelete
  2. Org PAS bkn cerdik sgt..

    ReplyDelete
  3. Kp pas ni tak boleh pakai dah. Baik isi borang jadi ahli pkr. Sesuai sngat...

    ReplyDelete
  4. Ni adik sulaiman kayat yang bekerja di DBP, aku tak sangka dia ni bodoh gila. Abang dia taklah sebodoh dia. Liwat tu memang berdosa dan dilaknat dalam islam. Kenapa hendak menghalang dihalang keadilan mahkamah dunia. Tak kan dia ni masih naif sangat sampai boleh percaya macam cerita lama reformasi dulu lagi. Jangan lah kerana kelangsungan politik kita sanggup membuat apa saja. Kalau betul kau percaya si Anwar tu tak bersalah, cubalah suruh dia bersumpah laknat, barulah kau berhak untuk menghalang keadilan. Apalah bodoh dan bangang sangat.

    ReplyDelete
  5. Nape la bodoh sgt si suhaizan kayat ni. Biarlah istana kehakiman buat kerja dia. Dgn berdemo boleh mengubah keputusan hakim? Jika begitu, apa contoh yg cuba ditunjuk oleh suhaizan ialah keputusan hakim bergantung 100% kpd demo depan mahkamah. Kumpulan mana lebih besar menentukan kemenangan. Kalau beginilah cara kp pas berfikir dan bertindak, memang akan selamanya pas bodoh. Dah la bodoh, ajak semua ahli sama2 menjadi bodoh. Dah lupa dibodoh- bodohkan oleh anwar, pkr dan dap? Baik isi borang pkr dpd merosakkan pas yg dh parah ni....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.