Tuesday, October 28, 2014

Tan Sri Shafee Yakin Dapat Mematah Hujah Peguam Anwar Pada Rabu Ini


Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yakin beliau boleh mematahkan hujah yang dikemukakan oleh pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk usaha mereka untuk mencabar kredibiliti Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi.

Katanya, paling awal gilirannya untuk menggulung adalah petang esok ataupun pada Rabu. Pendengaran kes berkenaan yang dijadualkan berakhir esok kini dilanjutkan sehingga tiga hari disebabkan jumlah penghujahan yang dikemukakan barisan peguam bela.

Fakta kes yang dikemukakan oleh peguam Anwar hanya bersifat peribadi bukan bahan bukti malah mahkamah tidak mengambil itu sebagai bukti untuk membantu bagi menguatkan hujah mereka.

Hujah peguam Anwar Sri Ram Gopal hanya untuk memutarbelitkan fakta kes yang telah pun dikemukakan oleh pihak pendakwa.

14 peguam yang dilantik oleh Anwar , diketuai oleh Gopal Sri Ram, sejak pagi tadi berhujah untuk membuktikan yang Saiful bukan seorang saksi boleh dipercayai, dalam usaha mereka membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan Mac lepas yang mendapati Anwar bersalah.

Mereka mahu mahkamah menerima gambar menunjukkan Saiful di rumah Anwar sehari selepas kes liwat didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008.

Saiful dikatakan berperilakunya biasa dan tidak konsisten dengan seorang yang diliwat dengan ganas pada hari sebelumnya

Gopal Sri Ram berkata, Saiful mengaku beliau individu dalam gambar menunjukkan Anwar bersama beberapa orang sedang minum teh.

Walaubagaimana pun pihak pendakwa akan memohon mahkamah untuk memanggil individu yang mengambil gambar tersebut untuk dijadikan saksi bagi memastikan tarikh dan masa gambar tersebut diambil.

Gopal Sri Ram membantah katanya individu yang mengambil gambar itu tidak perlu dipanggil untuk memberi keterangan kerana Saiful sudah mengaku itu gambar dirinya.

Sesi pendengaran mahkamah akan disambung jam 9.30 pagi esok.

2 comments:

  1. Kah kah kah.nampak benar mohongnya.bila nk pangil tknak pulak.

    ReplyDelete
  2. jangan gitu Shafee...jangan mau dipuji sorang2...lazimnya anwar dikalahkan oleh peguam pendakwa dan hakim2...kihkihkih

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.