Wednesday, October 29, 2014

Tian Chua Ketuai Provokasi Dihadapan Istana Kehakiman Supaya Penyokong Anwar Memasuki Ruang Mahkamah


Tian Chua mengetuai penyokong Anwar Ibrahim cetuskan provokasi di perkarangan Istana Kehakiman di sini dengan mendesak polis membuka pagar penghadang besi yang diletakkan di sekeliling Kompleks Mahkamah Persekutuan.

Malah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang bergerak dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kemudian menimbulkan kekecohan dengan berucap berunsur provokasi di hadapan para penyokong Anwar.

Tindakan itu telah menyebabkan terdapat dalam kalangan para penyokong Anwar cuba merempuh pintu penghadang besi berkenaan, bagaimanapun usaha tersebut berjaya dihalang anggota polis.‎


Tian Chua berniat mahu membangkitkan kemarahan dikalangan penyokong Anwar Ibrahim supaya memasuki ruang mahkamah apabila mendapati Anwar tidak ada harapan untuk menang dalam kes liwat ini.

Terdahulu, Anwar bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di Istana Kehakiman pada pukul 9 pagi bagi menghadiri prosiding rayuan akhir terhadap kes liwat yang didakwa dilakukan terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.