Wednesday, October 29, 2014

Walaupun Anwar Ada 14 Peguam Handal Namun Tiada Hujahan Baru Yang Boleh Menafikan Air Mani Dalam Dubur Saiful Kepunyaan Anwar


Tiada bukti dan hujahan baru yang dikemukakan oleh peguam-peguam handalan Anwar yang seramai 14 orang termasuk seorang bekas hakim yang diimpot khas untuk berhadapan dengan ketua pihak pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee.


Walaupun Anwar mempunyai barisan peguam yang handal-handal namun tiada apa yang mampu dibuat, mereka hanya mengulangi apa yang telah dikemukakan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi dulu.

Hujahan Sri Ram Gopal yang dianggap handal hanya berkisar gambar Saiful yang menghidangkan teh pada Anwar dan kesan air mani di atas karpet sedikit pun tidak mendatangkan kesan dalam kes ini.

Ram Karpal pula berkisar berkenaan penyimpanan Sperma dan penyelewengan DNA Anwar sama seperti yang pernah mereka hujahkan ketika di Mahkamah Tinggi dulu.

Esok merupakan giliran pasukan pendakwaan membentangkan hujah balasan mereka dalam rayuan akhir kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan di sini.

Ketua Pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukan yang akan diketuai beliau dijangka akan memulakan hujah pada 2.30 petang.

“Peguambela Anwar, Ramkarpal Singh mungkin akan mengambil masa untuk mengemukakan hujah. Saya mungkin tidak mula dengan keterangan-keterangan saintifik.

“Mungkin yang lain. Hujahan bukti saintifik saya akan kemukakan pada hari Jumaat dan akan habis dalam masa dua jam,” kata Muhammad Shafee yang ditemui sebaik sahaja prosiding hari kedua tamat kira-kira 5 petang ini.

Hari ini panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria mendengar sambungan hujahan peguam berkaitan kes liwat melibatkan Anwar.

Turut mendengar hujahan rayuan adalah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif bersama-sama tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdul Hakim Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramli Ali


Ramkarpal dan Sangeet ialah antara yang mewakili Anwar di dalam pasukan pembelaan yang terdiri daripada 14 peguam, diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang diharamkan oleh majlis peguam, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu, tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008.

Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar, pertama pada 1998, apabila dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Namun, beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

2 comments:

  1. Tapi rupa rupa orang yg ingin membantu melepaskan Anwar konon dgn percuma telah menjerat anakguam nya tanpa disedari . Itulah kekuasaan ALLAH . Yang benar tetap benar , dan yg salah tetap salah . Dalam hujah dgn begitu bangga tetapi menyerlahkan kebodohan nya telah mengakui ada perbuatan liwat pada yg tertuduh dgn mangsa. Kalau dah peguam bela mengakui ada perlakuan itu , tak kan hakim nak memberikan keputusan tak bersalah . Tak kiralah ianya perbuatan suka sama suka atau paksa , ianya tetap perbuatan yg salah , sama seperti zina , suka sama suka atau paksa ia tetap salah .

    ReplyDelete
  2. Tak kira berapa duit yang ditabur, berapa hebat pengaruhnya, berapa banyak penipuan yang dilakukan. Balasan Allah satu persatu telah diturunkan. Selepas saja Saigul bersumpah di Baitullah, segalanya sudah tunggang terbalik. PRU13 nampak seperti PR akan menang tapi hancur. Selepas itu banyak perkara telah berlaku yang telah menghancurkan terus imej PR. Hidup PR sekarang hanyalah bersandarkan kepada kepentingan peribadi puak tertentu sahaja. Ingatlah kalau Allah boleh turunkan bala kepada Umat Nabi Luth, tidak mustahil Dia akan menurunkan bala kepada sesiapa yang menghalalkan perbuatannya.
    Malaysia masih bernasib baik tidak menjadikan peliwat ini sebagai PM.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.