Friday, October 17, 2014

Wan Azizah dan Akhbar Suara Keadilan Diarah Bayar Gantirugi Kepada Felda


Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. hari ini memenangi kes saman fitnah terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi editor Suara Keadilan berhubung penerbitan dua artikel memfitnah di akhbar mingguan Suara Keadilan
.

Hakim Datuk Kamaludin Md. Said memutuskan demikian dan memerintahkan supaya ganti rugi yang bakal diterima Felda untuk ditaksirkan kemudian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar.

Pernyataan artikel fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar itu.

Sebelum ini Wan Azizah Wan Ismail serta lima lagi editor suara keadilan memaklumkan kepada mahkamah mahu selesaikan kes diluar mahkamah namun tidak ada sebarang perbincangan dengan pihak Felda terhadap kes saman fitnah RM200 juta tersebut.

Peguam Muhammad Asmirul Asraf Fadli yang mewakili Felda memberitahu pemberita, status kes itu sepatutnya dimaklumkan hari ini oleh pihak-pihak yang terlibat dalam saman tersebut sama ada boleh diselesaikan di luar mahkamah atau sebaliknya.

Namun disebabkan kesemua pihak masih berunding ekoran terdapat cadangan balas daripada Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGV), maka mahkamah meminta supaya perkembangan tersebut dimaklumkan melalui surat sebelum tarikh perbicaraan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Kamaludin Md. Said memberikan arahan tersebut ketika pengurusan kes di kamar hakim di sini.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan FGV memfailkan saman fitnah terhadap Wan Azizah dan bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali.

3 comments:

  1. PADAN MUKA!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Dengan harta Azizah, no hal la bayaran yg ciput tu..

    ReplyDelete
  3. Selangor ada berapa billion?

    Kacang ajerlah untuk bayar RM200 jura....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.