Thursday, November 13, 2014

Punca Sebenar Haji Hadi Terlalu Membenci Anwar Ibrahim Yang Disembunyikan Daripada Ahli Parti





PAS yang dahulunya dilihat memiliki prinsip perjuangan kukuh kini mengalami kegoyahan kesan daripada 'tahaluf siasah' dengan DAP dan PKR. Kecelaruan semakin melebar apabila parti itu didominasi golongan berpendidikan sekular yang cuba membawa parti itu ke arah lebih terbuka dan liberal.

Suara golongan terbabit dilihat semakin dominan sehingga menenggelamkan ulama yang dulunya sangat ditaati. Ini menyebabkan golongan ulama terpaksa tunduk dengan tekanan mereka yang kini cuba menguasai kepemimpinan parti. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam kes kedudukan Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pemimpin aliran liberal dalam PAS dilihat sering berani menyanggah keputusan pemimpin mereka daripada golongan ulama, termasuk keputusan rasmi yang keluar dari Dewan Ulama PAS Pusat.

Pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat terus diperlekeh oleh golongan terbabit, termasuk akar umbi. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merupakan ayam tambatan DAP merupakan duri dalam daging dalam Pas.

Hakikat perkembangan kepemimpinan PAS hari ini ialah golongan berpendidikan sekular yang menyertai PAS berjaya membawa pemikiran terbuka yang dilihat bercanggah dengan pemikiran asal parti itu. Golongan terbabit cuba 'mensintesiskan' pemikiran liberal dengan pemikiran Islam konservatif.

Golongan ini yang mahukan pembaharuan lebih agresif cenderung menyokong Anwar Ibrahim. Hadi yang dulunya tegas kini semakin hilang kekuatan untuk terus meletakkan PAS pada landasan perjuangan yang asal. Kewujudan kumpulan yang pro-Anwar atau disebut juga kumpulan 'Anwarinas' ini membuktikan politik licik Anwar berjaya mewujudkan kelompok dalam PAS.

Pada hal kalau dianalisis, pemikiran Islam Anwar dilihat tidak selari dengan wadah perjuangan PAS. Anwar gemar mensintesiskan Islam dengan pemikiran liberal.

Datuk Dr Haron Din ketika mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang diundang oleh Anwar ke Malaysia pada tahun 2012 pernah menyebut bahawa Anwar berjuang dengan caranya dan beliau bukan menubuhkan parti Islam. Justeru, Haron mengingatkan penyokong PAS agar tidak terkeliru hingga menyamakan fahaman liberal yang dibawa Anwar dengan perjuangan PAS.

Soalnya kenapa PAS masih boleh bersama dengan parti yang begitu liberal itu. Ini disebabkan PAS hilang roh dan prinsip perjuangan yang sebenar. PAS juga semakin lari roh perjuangannya apabila menerima DAP dalam projek 'tahaluf siasahnya.'

DAP dapat banyak manfaat politik kerana parti itu merasakan ada kalangan orang Melayu termasuk daripada PAS yang menjadi pembelanya. Malah, dalam waktu tertentu PAS menjadi jaguh mempertahankan DAP yang sering mempersendakan Islam dan orang Melayu di negara ini.

Perjuangan Pas hari ini semata-mata mahu menjatuhkan saingan politiknya iaitu UMNO.

Untuk itu, PAS sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR yang ideologi kedua-duanya jauh berbeza dengan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Bila dikemukakan soalan kenapa PAS sanggup berbuat demikian maka jawapan yang diberikan adalah untuk menentang apa yang didakwanya kezaliman kerajaan yang diterajui UMNO. Kononnya kezaliman UMNO yang mendorong PAS melakukan 'tahaluf siasah' atau kerjasama politik dengan PKR dan DAP. Bagi PAS menentang UMNO adalah jihad. PAS menganggap UMNO parti sekular, taghut dan asabiyyah.

PAS mendakwa perjuangannya adalah benar, manakala UMNO berada pada landasan perjuangan yang batil dan zalim. Justifikasi yang diberikan PAS terhadap UMNO adalah keterlaluan. Suci sangatkah DAP dan PKR sehingga PAS sanggup bekerjasama dengan mereka? Bukankah DAP dan PKR pendukung politik sekular yang tidak akan mengizinkan roh Islam ditegakkan di negara ini.

Malah isu hak istimewa orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan juga ditentang oleh DAP. Usah lupa bahawa DAP dalam 'Setapak Declaration' pada 29 Julai 1967 membuat resolusi menentang hak istimewa orang Melayu. Dalam kedudukan mereka belum lagi menguasai Kerajaan Persekutuan banyak perkara berkaitan kedudukan Islam dan orang Melayu di negara ini yang dipertikaikan.

Tidakkah PAS sedar DAP adalah parti yang bersifat sekular secara total. DAP sentiasa menegaskan bahawa parti itu tidak dapat menerima kewujudan negara Islam dalam apa bentuk sekali pun. Mendiang Karpal Singh, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng pernah menegaskan bahawa Malaysia mesti kekal sebagai negara sekular.

Peliknya, PAS turut terpukau dengan retorik Guan Eng. Apa yang PAS dapat di Pulau Pinang selepas sedekad bekerjasama dengan DAP? Apa yang jelas, PAS langsung tidak diberi peranan yang boleh dibanggakan. Penolakan secara halus oleh DAP terhadap PAS di Pulau Pinang boleh dilihat daripada barisan EXCO kerajaan negeri itu. Jika ada pun seorang dua Melayu dari PAS dan PKR dalam majlis EXCO hanyalah sebagai boneka semata-mata.

Demikian juga dengan PKR, parti kacukan sosialis dan liberal ini sentiasa menghindarkan diri membicarakan isu Melayu dan Islam. Ia lebih mesra dengan perjuangan DAP yang memperjuangkan 'Malaysia Malaysian,' iaitu cita-cita dan perjuangan asal Lee Kuan Yew yang memimpin parti PAP.

Persoalannya, bolehkah PAS yang berjiwa Islam berasa tenang dan tenteram kerana kedua-dua sekutunya itu mempunyai ideologi yang jauh berbeza. PAS sepatutnya sedar, sejak dahulu lagi ia mempunyai banyak persamaan dengan UMNO. PAS sendiri asalnya lahir dari sebuah Biro Agama UMNO. Perpisahan bermula pada 15 Ogos 1951 apabila Ketua Biro Agama UMNO, Ahmad Fuad Hassan bersama beberapa rakannya yang tidak berpuas hati keluar dari UMNO dan menubuhkan Persatuan Alim Ulama seMalaysia (PAS).

Pada 31 Mei 1955 PAS didaftarkan sebagai sebuah parti politik dikenali Parti Islam seTanah Melayu. Sejak itu PAS yang berwadahkan politik mula bertanding dalam pilihan raya bermula dengan Pilihan Raya Persekutuan 1955.

Bagaimanapun selepas lebih tiga dekad wadah perjuangan PAS berlandaskan Islam dan nasionalisme Melayu, parti itu mula mengubah haluan apabila pada awal tahun 1980-an muncul Hadi yang mengambil-alih pucuk kepemimpinan dengan membawa konsep kepemimpinan ulama dan menolak semangat nasionalisme Melayu yang selama ini diperjuangkan PAS.

Konsep kepemimpinan ulama lahir hasil daripada ilham kejayaan revolusi Syiah Iran (tahun 1979). Hadi ketika itu antara aktivis PAS yang terpukau dengan kejayaan revolusi Syiah pimpinan Imam Khomeini.

Antara pegangan PAS ketika itu ialah tidak akan bersama dengan mana-mana parti yang tidak berlandaskan perjuangan Islam. PAS tidak mahu bersama UMNO atau mana-mana parti yang tidak Islam. PAS tegas dengan pendirian berjuang bersendirian.

Namun, selepas dirasakan sukar memperjuangkan negara Islam dalam negara berbilang kaum ini, Hadi akhirnya menukar haluan dengan memperjuangkan 'negara berkebajikan' dan seterusnya melakukan 'taaluf siasah' dengan DAP dan PKR.

Maknanya, konsep kerjasama dengan bukan Islam yang selama ini diamalkan UMNO mula ditiru oleh PAS. Cumanya PAS mengunakan istilah yang dilihat Islamik.

Walaupun Perlembagaan UMNO tidak menyebut menegakkan negara Islam sebagai agendanya, namun semangat perjuangannya tetap mempunyai matlamat memperjuangkan Islam. Sumbangan UMNO dalam menegakkan syiar Islam adalah hakikat yang diketahui umum dan dapat dibuktikan dengan jelas.

PAS harus kembali menilai perjuangannya yang sudah tersasar itu. Sepatutnya PAS dan UMNO menumpukan perbincangan secara serius mengenai beberapa masalah umat yang bersifat mendasar, dengan menjadikan kuasa politik sebagai mekanisme menjayakan agenda penyatuan dan kemajuan ummah. PAS mesti matang dalam berpolitik dengan mengutamakan kepentingan umat Islam.

Kedua-dua parti Melayu itu harus berganding bahu demi masa depan dan kekuatan ummah di negara ini. Fokus haruslah diberikan kepada menyelesaikan masalah ummah di negara ini secara bersepadu.

Isu yang bersifat teknikal dan retorik seperti persoalan mengenai negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam jangan dijadikan titik pertikaian yang boleh menajamkan perpecahan dan perbalahan kedua-dua parti itu.

Kini Haji Hadi mula merasai bahang dosa yang telah dilakukan bersama dengan Anwar Ibrahim dan mula mahu membuat 'U' Turn tetapi berjayakah Hadi Hadi? Pas kini telah dipenuhi dengan ahli yang menyokong peliwat yang menyerupai seorang yang alim dan warak.

4 comments:

  1. Mursyidul Am dah tua lanjut....jika perkara lampau pasti segar di ingatan...kebencian terhadap UMNO pun pasti segar, inikan sememangnya keadaan ingatan orang yang tersemat perasaan dendam dihati, walaupun dianya bersarban.

    Hadi pula....bila nak minta maaf kepada ahli-ahli UMNO yang berjuta kerana tuduh UMNO kafir....Hadi dah mula sakit-sakit.....

    ReplyDelete
  2. Padanlah muka org Pas! nak sangat anwar berahim. sekarang terimalah padahnya !!
    dulu bersorak sorai apabila setiap kali umno dilanda masalah dalaman. hah, sekarang rasakanlah sendiri,...hahaha

    Kumpulan ulamak dah hilang cengkaman dalam parti. Lepas ni Pas akan perlahan-lahan menuju kehancuran. Pas hanyalah akan kekal menjadi keldai tunggangan Dap dalam menjayakan agenda pluralisma agama dinegara ini.

    ReplyDelete
  3. Akan umbi Parti anak syiah syaitan, belum sedar bertapa bahaya nya virus LGBT PLURALISMA DAN SYIAH. Barua totok daPig

    ReplyDelete
  4. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















    Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.