Pelajar UM Dipaksa Tanya Soalan Mengenai 1MDB Yang Sudah Disediakan Sahaja

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

HERO BANGSA KONON, BULLSHITLAH JAMAL

residen Gerakan Mah Siew Keong hari ini mengecam tindakan pihak baju merah umno yang cuba mengancam perpaduan dan hubungan baik antara kaum di negara in

Monday, December 7, 2015

Kelab Sultan Sulaiman Bersedia Menerima Pejuang Yang Berani Berkata Benar


Seperti yang dijanjikan, kami akan menyiarkan majlis Bersama Timbalan Presiden Umno yang bermula jam 8:30 malam nanti secara langsung ( LIVE STREAMING )
Anda boleh saksikan di bawah ini.



Tahniah dan Terima kasih kepada mereka yang berani berjuang demi kepentingan Melayu bukan kepentingan diri sendiri dan dedak yang ditabur.

Friday, November 27, 2015

Apakah Tun Mahathir Juga Dianggap Pembangkang? Soal Hamidah Kepada Ku Nan


untuk link video diatas klik disini
Dato Hamidah Osman kesal dengan tuduhan Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemecatan beliau daripada umno kerana beliau berada di pentas pembangkang.

"Setakat ini saya hanya hadir dalam program bicara negara yang turut dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir. Apakah Tun Mahathir juga dilabel sebagai pembangkang.


 “Saya masih kini kabur, atas alasan apakah saya dipecat daripada keahlian umno. Apakah Tun Mahathir musuh kepada umno?"soal Hamidah 



Sehingga hari ini saya belum menerima sebarang surat pemecatan dan hanya mengetahuinya daripada media dan panggilan telefon daripada pihak media.



"Sebelum ini saya ada menerima surat tunjuk sebab berhubung kehadiran saya dalam Program Bicara Negara yang didakwa dianjurkan olehnya dan telah dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad".

"Saya telah menjawab soalan itu kerana hakikatnya saya bukannya penganjur kepada program itu dan saya telah jawab kepada setiausaha Agung bahawa saya bukan penganjur namun saya hanya hadir atas jemputan,"  kata Hamidah.

"Sepatutnya prosedur yang harus diikuti jika ada pertuduhan maka saya diberi tunjuk sebab dan seharusnya dibawa menghadap kepada lembaga displin parti,

"Disitu lah apa sahaja pertuduhan dibincangkan dan saya membela diri namun prosedur itu dibuat dan dipecat,” katanya pada sidang media di Hotel Impiana.

Bagaimanapun, beliau akur dengan keputusan tersebut dan menganggapnya ianya adalah ketentuan Allah SWT dan mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Namun perjuangan saya demi negara dan rakyat akan saya teruskan mungkin dalam pentas berbeza bukan dalam pentas politik tetapi saya akan terus berjuang demi negara dan rakyat,” katanya lagi.

Tambahnya Hamidah lagi, tindakan pemecatannya itu jelas membuktikan beliau sekadar dijadikan ‘kambing hitam’ dan mangsa keadaan mungkin kerana saya adalah wanita kerana jika mengikut mengikut kelantangan bersuara ramai yang lebih lantang dari saya, mungkin saya dijadikan kambing hitam .

Wednesday, October 28, 2015

Singkir Muhyiddin Melalui Pemilihan Lebih Baik Daripada Berkomplot Cara Tak Beradab


Sejak Tan Sri Muhyiddin dipecat daripada kabinet hanya kerana mengkritik skandal 1 mdb, beliau menjadi sasaran oleh pengampu-pengampu Najib untuk menyingkirkan beliau. 

Najib seolah-olah masih tidak berpuashati selagi Muhyiddin masih berada dalam umno kerana segala tindakan salah laku beliau tidak akan disokong oleh Muhyidin lebih-lebih lagi skandal 1 MDB dan derma RM2.6b. 

Pengampu yang paling setia dengan Najib iaitu Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Pak Tongkol dikatakan telah megujudkan satu gerakan sulit bagi menyingkirkan timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin cara pintu belakang.

Jamal dikatakan sedang bergerak untuk mendapat persetujuan ketua-ketua umno bahagian yang lain bagi mempersembahkan kepada Najib untuk dibawa ke dalam mesyuarat MT akan datang.

Malangnya ramai ketua-ketua bahagian tidak berminat untuk berkomplot menjatuhkan Muhyiddin kerana mereka tahu tiada apa-apa kesalahan yang Muhyiddin lakukan, kecuali ketua bahagian yang mendapat dedak daripada Najib.

Jamal Pak Tongkol mendakwa kononnya terdapat lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya yang disifatkan sebagai kelompok gunting dalam lipatan. Dakwaan itu mungkin benar jika melihat situasi terkini 'Cash is the King'

Muhyiddin dikatakan amat lantang mengkritik syarikat pelaburan negara 1MDB yang diilhamkan oleh Najib yang kini dipenuhi dengan hutang walaupun tiada apa=apa perniagaan yang dilakukan.

Sabtu lalu, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan keras menggesa pemimpin Umno supaya tidak menjadi pengecut kerana tidak bersuara semasa negara menghadapi krisis. Ini memberi tamparan yang cukup hebat dan memanaskan telinga Najib.

Zahid Hamidi pula mula menghidu peluang untuk terus berada di kerusi TPM dengan kukuh apatah lagi nasib Najib bagai telur dihujung tanduk sekaligus membuka peluang untuk mendapat jawatan tertinggi dan paling berkuasa di Malaysia.

Jika benar mahu menyingkirkan Muhyiddin adalah lebih baik umno mempercepatkan mengadakan pemilihan jawatan kerana melalui pemilihan, ahli boleh menilai pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang tidak berprestasi dalam parti dan pemilihan parti ini pembetulan kepada apa yang silap.

Kalau pemimpin itu gagal, maka ini masa yang sesuai untuk disingkirkan.

Tuesday, October 27, 2015

RM4.5 Juta Wang Rakyat Dihabiskan Untuk mengawal Penyokong Najib dan Jamal Pak Tongkol


Polis terpaksa menghabiskan RM4.5 juta untuk mengawal perhimpunan “Baju Merah” yang menyokong Najib pada September, ini bermakna dua kali ganda kos mengendalikan Bersih 4 pada Ogos lalu.

Kos mengawal demonstrasi yang dibuat oleh Ketua Bahagian Sunagi Besar Jamal Pak Tongkol kononnya untuk mempertahankan “maruah Melayu”, dianggarkan RM4,500,927.50 walau hanya berlangsung separuh hari.

Manakala kos mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0, yang berlangsung selama 34 jam, hanya berjumlah RM2,737,440, katanya dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen DAP.

Kata Zahid perhimpunan “Baju Merah” memerlukan  sejumlah 263 pegawai dan 3,648 anggota polis.

Namun begitu hanya seramai 191 pegawai dan 2,419 anggota pelbagai peringkat dikerahkan untuk demo Bersih selama 34 jam.

Ini menunjukkan perhimpunan baju merah@penyokong Najib lebih ganas berbanding himpunan Bersih 4.0 dimana polis terksa menyediakan lebih banyak anggota untuk mengawalnya.

Sebelum itu Najib mempertahankan perhimpunan Baju Merah kerana katanya himpunan tersebut menyokong kerajaannya.

Saturday, October 24, 2015

"Untuk Meremajakan Parti, Pemilihan Perlu Segera Diadakan"



Pentas dialog pemimpin negara anjuran Sinar Harian dibuka semula hari ini dengan menampilkan tetamu istimewa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. ‎

Tampil membawa judul 'Berani Kerana Benar' sesi dialog bersama beliau akan dikendalikan oleh penganalisis politik Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik.‎

Ternyata Tan Sri Muhyiddin memang berani untuk menyatakan kebenaran demi kebaikan parti umno sendiri dan demi kebaikan rakyat Malaysia juga.
Program ini akan bermula ‎pada pukul 1:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di Ba‎llroom Grand Blue Wave, Johor Bahru.

"Johor sangat dekat dengan saya, bila dijemput ke Johor saya bersetuju bukan tajuk ini tapi peluang saya untuk berdamping dengan rakan di sini.

"Ramai mahu bersama-sama dengar cerita bukan dongeng tapi cerita benar, bermakna dan beri kesan meluas di peringkat negara dan antarabangsa.

"Keadaan sekarang berbeza berbanding zaman yang pernah saya lalui, waktu zaman senang dan waktu zaman susah,

"Saya tak pernah rasa sesusah ini, baik dari segi pemikiran dan hati dalam melihat perlembagaan negara kita,

"Jadi persoalan biasa tentang bagaimana keadaan negara waktu ini. Apa yang sedang berlaku, apa hala tuju baru yang nak kita lihat di Malaysia dengan perkembangan mutakhir isu ini.

"Saya sudah lama dalam kerajaan, saya balik 35 tahun kerajaan 10 tahun di Johor, di sini istimewa walaupun pada awalnya jadi wakil rakyat di Pagoh, satu peringkat jadi pentadbir kerajaan negeri.

"Kedudukan kita istimewa kerana berhampiran dengan Singapura, sebab itu jadi cabaran waktu pimpin Johor, kerana dibanding dengan Singapura. Ini hakikat orang Johor mahu maju, kerana Singapura ada baik dan buruknya.

"Sekarang wajah Johor sudah berubah, negeri termaju. Antara perkara saya ingati cabaran, waktu Umno diharamkan, kerana ia bermula di istana Johor, jadi perasaan orang Melayu dengan Umno begitu kuat teguh.

"Bila Umno diharamkan orang Johor tolak Umno baru kerana tidak setuju, pelbagai masalah bagaimana nak bersatu di bawah Umno.

"Mereka mahu Umno asal kembali semula, waktu itu saya terfikir kalau jadi pemimpin dan MB, kalau saya tidak bertindak dan berbuat sesuatu saya takut penulis sejarah Johor akan tulis negatif.

"Ini akan jejaskan imej saya seolah-olah saya takut dan berdiam diri, tak ambil langkah proaktif.

"Saya jumpa Tun Hussein Onn, kita adakan di Kompleks Islam JB, tercetus resolusi, saya kata Umno lama harus dikembalikan. Selepas dibentang majlis tertinggi Umno. Ia diterima.

"Dia tak mahu jadi hero tapi di Johor saja, di negeri lain tak payah. Setiap borang ahli Umno dicop mengembalikan Umno lama.

Saya nak sebut bukan Johor tapi bagaimana seorang pemimpin bertindak amanah dan bertanggungjawab jangan lari dari masalah, pegang tanduk bukan lari, nanti lembu tanduk punggung kita.

Ketika zaman Pak Lah, saya sendiri telah berjumpa dengan Najib untuk bertanya apa pandangannya tentang situasi ketika itu, beliau kata keadaan tidak baik.

Saya beritahu Najib bertanding Presiden Umno dan saya akan sokong, dan ketika itu beliau bersetuju untuk bertanding.

Dalam cerita ini saya ingin beritahu jangan dipersoalkan kesetiaan saya, waktu itu saya tidak lihat kesalahan beliau ketika itu.

Sehinggalah isu 1MDB baru saya tentang, saya sokong GST dan BR1M. Sekarang orang rasa beban tak kanlah hendak tarik BR1M.

Maklumat tentang 1MDB, memang bukan mudah untuk faham, Bagi saya hakikatnya 1MDB adalah masalah.

Modal 1MDB RM 1juta, kalau ada bank bagi 1 bilion 'gila' sebab macam mana hendak bayar.

Modal 1juta hendak teroka bidang petroleum dan gas, memerlukan pelaburan besar, saya tidak fikir perniagaan ini stabil.

Selepas saya baca tentang 1MDB baru saya tahu, tetapi saya memang tidak diberitahu. Saya baca sendiri tentang 1MDB.

Waktu itu, saya fikir masalah 1MDB adalah masalah besar. Bila berniaga pinjam atas pinjam, berniaga apa ini? Orang tanya saya kenapa hendak buat 1MDB.

Sedangkan bidang yang 1MDB ceburi sudah ada kerajaan teroka sehingga ini. Sampai hendak buat melabur di Mongolia? Sampai buat pinjaman 4 bilion.

Buat keputusan kena teliti betul-betul. Tentang Petro Saudi juga timbulkan pelbagai persoalan.

Bila timbul hal begini, saya bertanya dalam mesyuarat Kabinet kenapa hendak pinjam 3 bilion, saya bangkitkan ini soal serius.

Sejak itu saya sebut beberapa kali, saya tiada niat jahat, tetapi saya hendak bantu PM untuk selesaikan masalah kerana ia beri beban kepada kita.

Saya tidak pernah doakan 1MDB jatuh, sebab bila 1MDB jatuh kerajaan pun jatuh, cuma saya zahirkan kebimbangan tentang masalah 1MDB.

Saya manusia yang tidak boleh diam, kerana 1MDB serius. Saya cari jalan untuk selesaikan masalah-masalah, Najib kata kenapa rakyat harus bising saya pinjam duit bank.

Tetapi kena ingat pakai duit kerajaan pun duit rakyat. Yang tanggung pinjaman ini adalah rakyat.

Saya suruh kabinet panggil Arul Kanda, datang, tetapi dia datang tidak bawa apa-apa dia tidak ada keluar angka. Ini isu berbilion-bilion.

Arul Kanda datang seolah-olah tiada persediaan, sedangkan 1MDB melibatkan duit berbilion ringgit.

Tetapi ada 'orang' cakap 'eh awak sudah diberitahu' beritahu apa, tidak tahulah kalau ada orang cuba sembunyikan maklumat kepada saya.

Tentang kursus di Janda Baik, saya tidak boleh lari dari isu 1MDB sebab benda ini penting.

Kalau saya singkirkan semua pengurus 1MDB, kenapa tidak buang, sampai hari ini tiada seorang pun dibuang tetapi saya pula dibuang.

Takkanlah beri pandangan pun salah, sebab dalam syarikat ada organisasi, yang saya fikir ialah tentang kebimbangan.

Bagi saya PM tidak perlu duduk di dalam pengerusi Lembaga penasihat 1MDB, bolehkah kamu diasingkan daripada 1MDB sebab kamu duduk di situ.

Itu tidak disenangi oleh beliau. Adakah saya jahat? No, kalau tidak betul saya beri pandangan. Masalah 1MDB macam mana hendak selesai kalau PM duduk di situ.

Bila kabinet buat keputusan saya sokong, apabila kabinet kata audit kena selidik 1MDB saya setuju. Tetapi kena ada forensik audit, sebab 1MDB banyak pelaburan di luar negara.

Bila kabinet buat keputusan saya sokong, apabila kabinet kata audit kena selidik 1MDB saya setuju. Tetapi kena ada forensik audit, sebab 1MDB banyak pelaburan di luar negara.

Rakyat boleh tengok, setidak-tidaknya audit makluman hasil siasatan terkini.

Apa sudah jadi? Bukan Muhyiddin hendak tumbangkan kerajaan, suara saya ialah hendak jawapan. Bila rakyat tahu, rakyat akan percaya.

Bila diumumkan Peguam Negara dulu kita tubuhkan 'task force' supaya polis, bank negara siasat. Tetapi tengok apa jadi, bila proses dijalankan, 'faham-fahamlah'.


Keputusan yang diputuskan BNM tidak dipatuhi, takkan bank tiada pakar undang-undang, Zeti dapat pengiktirafan gabenor negara. Hebat orang Johor.

Zeti nak ambil tindakan sebab kuasa dia, rakyat mahu supaya proses penyiasatan ada itu dijalankan, berikan mereka masa, rakyat nak tahu apa hasilnya.

Kalau dibuat pelbagai cara terganggu sampai bergaduh polis antara SPRM, pegawai SPRM dan polis dibuangnya. Kalau keadaan tiada apa, kalau tak lakukan kesalahan, biar lah.

Biar mereka buat, rakyat nak tahu keputusan, akhirnya rakyat akan tahu, mana yang benar tetap benar, yang hak akan timbul, batil pula akan tenggelam.

Jangan lambat sangat, penentunya adalah pilihan raya, untuk ingatkan diri saya tugas pemimpin Umno dan BN.

Kalau isu ini apatah isu 2.6 bilion tak diuruskan dengan baik, rakyat tak diberitahu dengan hak, tiada kebenaran.

Merdeka Centre laporkan bahawa sokongan rakyat menjunam, orang Melayu tinggal 31 peratus.

Kalau saya takut bersuara, siapa nak bersuara? Takut kena pecat, takut tak jd YB lagi. Semua orang sangat takut, tak nak buat apa-apa.

Saya guna kuasa saya ketika jadi TPM beritahu kabinet, macam bodoh sangatkah timbalan perdana menteri ini?

Saya bersuara dengan lidah, kalau tidak dengan hati. Seksanya tengok ini, pastinya Rasulullah tidak mahu melihat umatnya lemah.

Orang Johor sokong mana? Kalau rugi kita tutup, bila ada modal, kalau beban macam ini tanggungjawab tak menentu.

Maka keputusan diteruskan, kalau ada jemaah menteri tak setuju, kena berhenti, kenapa kami kena tanggung beban pula.

Pasal ada perancangan, kalau tutup habis la kita, sebab diteruskan, ikut dilaporkan kepada saya, ia boleh diteruskan pada 2016.

Enam bulan itu saya rasa berat saja hati, kalau pakar sebut tahun depan.

Sesi soalan jawab yang dikendalikan moderator

Soalan: Apa beza jawatan TS sebagai Timbalan Presiden Umno dahulu dan sekarang?

Muhyiddin:  Sekarang bukan TPM, bermakna urusan kerajaan saya tak boleh campur, tapi saya menjawat Timbalan Presien Umno telah 5 tahun.

Saya laksana tugas ikut Perlembagaan parti, membantu presiden, pengerusikan mesyuarat bila ketiadaan presiden.

Saya mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti, tapi mesyuarat kalau saya tak dipengerusikan kerana Biro Politik Khas, presiden nak pengerusikan, tapi mesyuarat biasa.

Saya pun tak tahu apa masalah saya atau tak percaya saya lagi, saya masih kekal Timbalan Presiden BN.

Saya berpendapat ini tak hormati keputusan parti yang memilih saya, mereka lupa pengorbanan saya. Apa silap saya? Kenapa lepas keluar dari kerajaan saya tak diberi kuasa.

Kalau ikut biasa begitu, saya dengar ada usaha2 pihak tertentu supaya presiden rasmikan puteri, putera? Saya tidak pasti benar atau tidak tapi saya dengar begitu.

Saya tidak merogol saya tak meliwat saya tak langgar undang, kalau presiden tak mahu dengar tak apa la, kalau silap mengaku kesilapan.

Kenapa saya jadi mangsa, saya hanya bersuara untuk ahli Umno sahaja.

Soalan 2: Apakah kemungkinan keahlian Tan Sri akan terlucut?

Muhyiddin: Proses untuk melucutkan kedudukan, ia proses disiplin. Ada kes yang langgar undang-undang parti, ada kes yang dibicara.

Ini amalan dalam Umno tapi apa saya lakukan hingga nak terlucut jawatan timbalan presiden Umno, saya nak selamatkan parti.

Soalan 3: Kalau Najib meninggal petang ini, siapakah yang akan jadi PM?

Muhyiddin: Soalnya di Presiden Umno, jika jawatan itu kosong sakit uzur tak boleh jalankan tugas, maka timbalan presiden akan pangku.

Tapi bukan jawatan timbalan perdana menteri, melainkan suara majoriti ahli Parlimen BN.

Soalan 4: Kenapa kita tidak berhijrah buat parti baharu?

Muhyiddin: Tubuhkan parti baharu, fikir baik-baik. Sebab pengalaman saya ada parti tubuh hari ini esok terkubur. Cuma Umno perlu transformasi. Perbaikilah.

Soalan 5: Usul dibawa bahagian, pemilihan diadakan pada 2016, adakah Tan Sri boleh bawa usul ini?

Muhyiddin: Macam-macam usul, bagi saya untuk bersihkan nama PM eloklah proses siasatan dijalankan.

Saya cadangan untuk meremajakan parti, proses pemilihan perlu diadakan.

Thursday, October 22, 2015

Pas Tiada Pilihan Selain Berkomplot Dengan Najib


Persengketaan antara dua parti iaitu Umno dan PAS telah berlangsung cukup lama sehingga hampir mustahil dapat diselesaikan.

Perbalahan hingga ke tahap kafir mengkafir, jika orang umno sembelih lembu tidak boleh dimakan oleh orang Pas kerana sembelihan itu dianggap haram. Sembahyang berimamkan orang umno juga tidak sah dan sembahyang dianggap tidak sah sehingga terjailah sembahyang dua imam.

Malah, perbalahan beberapa dekad juga pernah memecahbelahkan anggota keluarga dengan berdasarkan cerita-cerita daripada orang Melayu di kampung-kampung. Bercerai berai laki bini, kaum keluarga tidak bertegur sapa hanya kerana perbezaan politik sahaja.

Bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sering menggambarkan bahawa kerjasama dengan Umno seperti 'dosa' yang tidak dapat dimaafkan.

Sebelum ini PAS merupakan saingan terbesar kepada Umno dan Pas selalu dibayangi oleh DAP dan PKR sehingga mereka menang besar dalam setiapa pilihanraya yang ditandingi.

Hari ini Pas menghadapi masalah dalaman yang amat kronik apabila kesemua profesionalnya telah meninggalkannya dan menyertai parti Amanah. Begitu juga Umno menghadapi masalah dalaman akibat sikap sambil lewa Najib menyelesaikan dua isu besar iaitu 1 MDB dan derma daripada Tok Arab RM2.6billion. Bukan itu saja Najib cuba menyembunyikan segala kemungkaran dengan memecat beberapa pemimpin umno yang mengkritik 1 MDB. Tidak cukup dengan itu speaker digunakan untuk menolak segala usul yang dibuat terhadap 1 MDB.

Hari ini juga Pas tiada pilihan selain menyokong segala usaha yang akan dibuat oleh Najib kerana Pas kini tidak lagi mampu bergerak sendirian.

Kesemua ahli parlimen PAS hari ini bersama ahli parlimen Umno bersatu dalam undian menyokong usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.

Ini membuktikan bahawa Pas kini sudah berada dalam genggaman Najib dan umno. Najib boleh tidur lena apabila melihat keadaan ini dan beliau yakin segala undi tidak percaya yang alan dibuat ke atasnya tidak akan berjaya. najib sudah boleh memikir menunaikan apa-apa janji yang telah dibuat kepada Pas selepas ini.

Tuesday, October 20, 2015

Bayaran Imbuhan dan bonus kepada kepada eksekutif tertinggi 1MDB adalah sulit kata Penasihat 1 MDB


Perdana Menteri Malaysia merangkap penasihat syarikat 1 MDB merangkap menteri kewangan hari ini mengatakan bahawa segala Imbuhan dan bonus yang dibayar kepada eksekutif tertinggi dan segala orang yang ada dalam 1MDB adalah sulit dan peribadi.

Menurut penasihat 1 MDB, 1MDB adalah syarikat yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965, dengan sebarang perjanjian yang dimeterai syarikat itu adalah sulit dan peribadi.

"Ini termasuklah kontrak pekerjaan antara syarikat dan pekerjanya," katanya.

Dalam jawapan bertulis berkaitan, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah terperinci hasil tahunan, perbelanjaan dan penyata untung dan rugi serta aliran tunai yang dibuat oleh 1MDB, dimuatkan dalam Penyata Kewangan 1MDB yang telah diaudit sejak 2009.

Menurut Najib, 1MDB dan anak syarikat milik penuhnya telah mendapat pengecualian cukai pendapatan, termasuk dividen, bagi tempoh 10 tahun, selaras dengan Seksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Bagaimanapun, bagi anak syarikat lain yang diperoleh 1MDB, tidak mendapat pengecualian tersebut," katanya.

Ko bertanyakan hasil tahunan, perbelanjaan dan penyata untung dan rugi 1MDB sejak 2009 serta jumlah aliran tunai tahunan selain cukai yang dibayar setiap tahun sejak 2009.

Apakah rakyat tidak berhak tahu berapa gaji CEO, Jho Low dan beberapa orang manusia lagi yang telah dibayar menggunakan wang rakyat.

Jika 1 MDB menggunakan wang Najib sendiri mungkin rakyat tidak kisah pun. Kenyataan Najib mennjukkan ada sesuatu yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. 

Monday, October 12, 2015

"Najib Umpama Seorang Nakhoda Yang Sedang Tebuk Kapal Di Tengah Lautan"


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar yang bersara hari ini mengingatkan kepada semua kakitangan SPRM supaya menghalang seorang yang cuba merosakkan negara, yang juga diibaratkannya seorang nakhoda yang sedang menebuk kapal di lautan dalam. 

Sebelum kapal tu dia tebuk lebih baik SPRM halang terlebih dahulu supaya semua rakyat Malaysia selamat.

Zakaria juga hairan kenapa Peguam Negara membuat kenyataan bahawa 1 MDB tidak ada kes sedang kes yang disiasata belum lagi selesai.

Zakarian mahu Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengaktifkan semula pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB.

Berucap pada majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata badan itu sudah lama tidak bermesyuarat.

"Saya difahamkan badan petugas khas itu tidak bermesyuarat sejak Ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed pulang dari luar negara dan cuba mendapatkan maklumat tambahan bagi memperkuatkan kes mereka pada lewat Julai,” katanya.

Katanya, tindakan itu selari dengan titah Majlis Raja-raja Melayu yang mahu siasatan segera dijalankan. Kita akur kehendak Majlis Raja-Raja Melayu.

Penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Adalah Penyalahgunaan Kuasa Untuk Menutup Penyelewengan



KENYATAAN MEDIA BERSAMA

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

atau

(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd
YABhg Tun Ling Liong Sik
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat
YBhg Tan Sri Sanusi Junid

12 Oktober 2015

Wednesday, October 7, 2015

"Kami Sangka Zaman Tun Mahathir Teruk Rupanya Najib Lagi Teruk"


Kami sangka zaman Tun Mahathir adalah zaman yang cukup teruk memandangkan Tun dilihat seperti diktator tetapi bila hidup dizaman Najib rupanya zaman Najib lagi teruk tulis Subky Latif.
 
Sebelum ini pembangkang menganggap Tun Dr. Mahathir merupakan PM yang teruk dan melampau batas, tetapi segala berlaku itu tidaklah teruk sangat atau seteruk yang berlaku pada zaman Najib ini. 

"Tun Mahathir dulu taklah seteruk manan jika nak dibandingkan dengan Najib. Ada yang kata Tun Mahathir seorang diktator tetapi beliau saya kira diktator berparlimen yang belum menjadikan negara diambang muflis dan hidup rakyat hampir papa kedana sebab membayar hutang", kata Subky 

Diktator pun ada yang jadi pemimpin terbilang seperti Otto Von Bismarck yang menjadi bangsa Jerman yang pertama dan Lee Kuan Yew sebagai bangsa Singapura yang bertama. Biasanya kalau diktator dilibatkan dengan rasuah dan khianat kepada bangsa tetapi masa Tun Mahathir dulu taklah seberat dan tak terasa negara menghampiri budaya mafia seperti masa Najib.

Tetapi kini mafia berada di ambang kita, berlegar di udara seperti kapalterbang hendak mendarat . Pembunuhan Altantuya dan Anthony Kevin Morais adalah dari budaya mafia. Skandal 1MDB yang dirasakan melesap berlori-lori duit negara, saudagar permaidani boleh hutang bergeti-geti dari Bank Rakyat adalah ciri-ciri mafia. 

Nilai ringgit jatuh pagi dan petang hampir menyamai Lira Turki sebelum zaman Erdogen. SPRM kerjanya menyiasat tetapi kini orang-orangnya disiasat. Kerja Jabatan Peguam Negara mendakwa, tetapi ia pula hendak didakwa. Belum pernah kerajaan Malaysia dilibatkan dengan penggubahan wang haram. 

Sejak merdeka kerja kerajaan ialah membenteras penggubahan duit palsu. Kini semacam terbalik pula seolah-olah ia disyaki membuat kerja haram itu. Begitu banyak kerajaan di dunia – demokrasi dan tidak – tidak difitnah mencetak duit haram, tetapi Malaysia di bawah Najib difitnah begitu. Betulkah dakwaan itu adalah fitnah. 

Tetapi fitnah sudah pun berlaku. Amat buruk padahnya kepada negara jika Ia tidak dibersihkan segara. Orang terpengaruh dan mempercayainya kerana imej kerajaan dan pemimpin dirasakan teruk, justeru semua keburukan yang dilonggokkan kepada Perdana Menteri tidak dijawab. 

Ada percubaan menjawabnya tetapi semua jawapaan itu bukan jawapan yan ditunggu. Dengan semua beban dan masalah yang Najib hadapi itu mendedahkan mungkinnya seseorang berbuat apa saja termasuk memikirkan penggubahan wang haram. Apakah agaknya dosa rakyat Malasyia hingga negara, kerajaan dan Perdana Menterinya dirasakan begitu teruk? 

Sekalipun negara tidak pernah diperintah secara Islam bahkan yang berjalan jauh dari tuntutan Allah dan Rasulnya, tetapi banyak negara sekular dan penindas atas nama demokrasi, tidak didatang bala seperti yang menimpa kemakmuran Malaysia. 

"Tiada Sebarang Maaf, Saya Terima Cabaran Kamu dan Mahu Lihat Kamu Di Kandang Saksi"


Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik hari ini mempertahankan kenyataannya terhadap perdana menteri dan tidak akan memohon maaf, susulan surat tuntutan diterimanya daripada peguam Najib, mengancam akan menyamannya kerana memfitnah dalam kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya kata kepada perdana menteri, jika kamu memilih untuk saman saya, saya akan pertahan diri saya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya terima cabaran kamu.

"Saya ingin menyaksikan perdana menteri berada di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan lakukan jika beliau berkata reputasinya tercabar.

"Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf," kata Tun Ling Liong Sik.

Tun Ling berkata beliau cukup terkejut dengan surat tuntutan yang diberikan oleh peguam Najib dan disusuli dengan liputan meluas media mengenainya.


Ini seolah-olah cuba menakut-nakutkan saya dan mahu saya memohon maaf dan beliau akan terus berkuasa dengan isu 1 MDB.

Isu 1 MDB merupakan isu yang paling digeruni oleh Najib dan kuncu-kuncunya kerana isu tersebut mampu buat Najib tumbang. Sesiapa saja yang memainkan isu tersebut pasti akan mendapat tentangan daripada Najib sendiri dengan kuada yang beliau ada. 

Berapa ramai yang dah dipecat, ditukar, diserang dengan berbagai ugutan dan Tun Ling juga tidak terlepas daripada tindakan Najib.

Selagi Najib berkuasa beliau akan menggunakan kuasanya untuk melindungi 1 MDB miliknya.

Sehingga sekarang tiada sesiapa pun berani menyiasat 1 MDB apatah lagi untuk mengaudit akaunnya. Jho Low dan Arul Kandasamy adalah anak emas yang bersembunyi dibelakang Najib sebab itu SPRM sukar untuk menemui mereka.

Rakyat Malaysia akan menyaksikan Najib di mahkamah jika Najib sebagai pahlawan Bugis jika benar-benar berani menyaman Tun Ling Liong Sik.

Rakyat malaysia akan menyaksikan cerita sebenar duit derma yang kononnya daripada Tok Arab kerana bila berada di mahkamah semuanya akan dikeluarkan. Pastinya Tun Ling ada sumber maklumat yang sahih berkenaan duit yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.

Persoalannya beranikah Najib menghantar saman kepada Tun Ling?



Sunday, October 4, 2015

Kenapa Ghani Patail Mendiamkan Diri, Adakah Dia Diugut?


Penyingkiran secara tiba-tiba Gani Patail sebagai Peguam Negara mengukuhkan lagi "teori konspirasi" bagi mengelakkan Najib disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma daripada Tok Arab.

Sebelum ini ramai rakyat mempertikaikan cara penyingkiran Gani kerana beliau sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang sedang menyiasat operasi 1MDB.

Malangnya selepas pemecatan beliau oleh Najib, Ghani dilihat terus bersembunyi dan menutup mulut, adakah beliau diugut?

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dalam surat terbukanya kepada kerajaan yang diedarkan kepada media semalam mempersoalkan mengapa Gani kini "diam membisu seribu bahasa".

Gani Patail sepatutnya tampil ke khalayak ramai untuk menjelaskan kedudukan skandal berhubung hutang 1MDB yang ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Datuk Abdul Hamid dalam surat terbukanya kepada kerajaan yang diedarkan kepada media semalam mempersoalkan mengapa Gani kini "diam membisu seribu bahasa".

"Sebelum beliau dipecat , Ghani pernah berjumpa saya dan beliau akan tetap tegas untuk meneruskan kes 1 MDB", kata Hamid

Menurut Hamid lagi, Gani berkata bahawa kes itu "sangat jelas".

"Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa," kata Hamid dalam surat terbuka itu

"Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan.

"Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salah laku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum.

"Come on, Tan Sri, apalah sangat dengan skandal peribadi yang kecil walaupun ia benar jika dibandingkan dengan impak yang teruk oleh kemelut 1MDB terhadap negara.

"Rakyat dengan mudah akan memaafkan anda. Keluarlah dan buat pendirian. Semua ini buat anda dipuji sebagai pejuang yang kental di kalangan kakitangan awam," katanya.

Gani - bekas peguam negara paling lama, ditamatkan khidmatnya ketika kemuncak siasatan pasukan petugas khas mengenai skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia merupakan sebahagian siri tindakan pentadbiran Najib termasuk melantik beberapa angota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke dalam kementerian.

Malah, Najib juga memecat bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri kabinet Datuk Seri Shafie Apdal.

Beberapa anggota pasukan petugas khas yang lain turut dipindahkan dan ia termasuk Abdul Hamid.

Abdul Hamid sebelum ini mendakwa, selama 37 tahun adalah kerana kelantangannya dalam isu skandal 1MDB.

Abdul Hamid yang berjuang menuntut kebenaran dan keadilan demi menjaga kepenntingan bangsa, Agama dan negara meminta Gani Patail tampil ke muka untuk sama-sama membela nasib rakyat, ugama dan negara.

Mencari keadilan dan kebenaran dituntut ugama. Gani Patail akan dikenang rakyat jasa besarnya memperjuangkan hak rakyat dalam isu skandal 1MDB dan skandal "derma" Tok Arab RM2.6 bilion dalam akaun pribadi Najib. 

Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan jasa dan derma baktinya yang baik. Bangkai gajah tidak boleh disiram dengan retorika kepalsuan, pembohongan dan kemunafikan pemimpin. 

Setiap manusia yang menjadi hamba Allah ada nilai-nilai baik dan juga buruk. Gani Patail dijulang sebagai wira sekiranya beliau tampil ke depan mengheretkan mereka yang terlibat dalam skandal ini ke mahkamah. Ini amal jariah dan pahalanya yang besar kalau dia meletakkan kepentingan rakyat, ugama dan negara di atas kepentingan dirinya.

Friday, October 2, 2015

Salahkah Bagi Akar Umbi Berdialog Bersama Pemimpin Yang Pernah Memajukan Negara


Salahkah jika akar umbi ahli umno untuk mengadakan dialog dua hala bersama bekas pemimpin tersohor negara, kata Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka.

Program yang dianjurkan oleh anjuran Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka. yang menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bertujuan untuk melagakan pemimpin, tetapi sebaliknya ia bermatlamat untuk memberi penjelasan kepada akar umbi.

Program ini hanyalah program minum petang bersama bekas perdana menteri Malaysia yang pernah memegang jawatan sebagai presiden umno selama 22 tahun itu juga bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai mendengar penjelasan berhubung hal parti daripada "sumber" lain terutamanya mengenai 1 MDB dan derma RM2.6billion, kata Ketua cawangannya Syed Saifuddin Syed Harman

"Terserah pada rakyat untuk buat penilaian di antara sumber yang datang dari Tun (Mahathir) dan sumber dari pihak pimpinan Umno. Masyarakat sekarang sudah bijak berfikir, untuk menilai dan menimbang sesuatu yang mana baik dan buruk, yang mana benar dan mana yang tidak.

"Kita tak mampu mengongkong pemikiran rakyat terutamanya ahli umno. Kita sudah terdedah dengan dunia pemberitaan tanpa sempadan," katanya 

Saya pun hairan kenapa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempersoalkan niat cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka yang menganjurkan program minum petang bersama Dr Mahathir Sabtu ini?.

Jika Presiden parti pun tidak berani turun berdialog dengan akar umbi, siapa lagi akar umbi mahu mendengar penjelasan.

Malah, Tengku Adnan sepatutnya turun bersama-sama mendengar dialog bagi memulihkan umno yang kini dalam dilema akibat isu-isu besar yang masih disembunyi.

"Kita harap Datuk Seri Tengku Adnan faham apa yang kita lakukan. Ini demi untuk kukuhkan kepercayaan rakyat pada Umno kerana disebabkan persepsi Umno di kalangan rakyat dan kebanyakan ahli Umno dah luntur dan persepsi ini kena ubah kalau tak nak malapetaka besar datang.

"Ku Nan, jadilah lelaki yang gentleman. Saya harap jadilah pemimpin yang boleh terima kritikan," ujarnya lagi.

Sementara itu penjualan tiket majlis minum petang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka di ibu negara habis dijual.

Thursday, October 1, 2015

Ramesh Rao Keling Bangkrap Yang Semakin Kurang Ajar



Ramesh Rao Krishnan Naidu Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin itu telah diisytiharkan muflis sejak 24 Mei 2012. Namanya kini mula popular sebaris dengan nama Jamal Pak Tongkol, Ali Tinju dan beberapa lagi pecacai yang kemaruk dedak.

Ramesh kerap kali muncul di balai-balai Polis kerana membuat laporan bagi mempertahankan penyelewengan Najib dan kabinet kayunya.

Apakah seorang yang diisytiharkan muflis boleh dipercayai? NGO apa yang diketuai oleh seorang yang muflis? cukup memalukan Najib menggunakan orang yang muflis untuk menyerang Tun M.

Akibat sifat kurang ajarnya kini Tun Dr. Mahathir juga menjadi mangsa hinaannya.


Siapa Ramesh yang mahu menghina bekas Perdana Menteri Malaysia?. Apa jasa keling ni? 

Beberapa pemimpin umno pun sudah memberi amaran kepada Ramesh supaya jangan bersikap "kurang ajar dan biadap" sehingga ke tahap menghina bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad.

Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Syed Ali Alhabshee juga turut menasihat Ramesh supaya menjalani pemeriksaan mental sebelum membuat tuduhan palsu kepada negarawan itu.

“Siapa Ramesh Rao mahu bersikap kurang ajar dan biadap kepada Tun Dr Mahathir Mohamad? Apa jasa Ramesh Rao kepada kepentingan rakyat dan negara memang tidak boleh dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Begitukah sikap seorang Pengerusi PMSP dalam menyampaikan pandangan dengan cara tidak beradab dan angkuh," kata Syed Ali.

Pada masa yang sama, Syed Ali memberi amaran kepada mana-mana pemimpin yang tiada kena mengena dengan Umno supaya tidak mecampuri urusan dalaman parti itu termasuk mencerca pemimpin banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Syed Ali mengulas kenyataan Ramesh yang dilapor oleh portal berita Free Malaysia Today bahawa beliau mendakwa dengan menasihati Dr Mahathir menjalani pemeriksaan mental setiap enam bulan sekali.

Sebelum ini Ramesh meminta pihak polis menahan Tun kerana mengkritik 1 MDB.

Kenyataan Keling Ramesh jelas membabi buta dan langsung tidak mengenang jasa Tun Dr Mahathir yang selama ini memperjuangkan kepentingan rakyat semua bangsa di negara ini selama 22 tahun..

Kenyataan Ramesh Rao juga dilihat berniat jahat demi untuk memecahbelahkan perpaduan dikalangan orang Melayu.

Tuesday, September 29, 2015

Khir Toyo Dipenjara Satu Tahun, Banglo Dirampas


Mahkamah Persekutuan di sini menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusi panel lima hakim itu membuat keputusan tersebut atas alasan Dr Khir melakukan satu jenayah dalam pengetahuannya sebagai seorang penjawat awam.
Pada 22 September lalu, panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengekalkan sabitan terhadap Dr Mohamad Khir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman kepada 29 September.

Dr Mohamad Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.

Monday, September 28, 2015

Penahanan Khairuddin Diibaratkan Tangkap Dulu Baru Fikir Justifikasi


Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memfailkan permohonan habeas corpus bagi mencabar penahanan beliau mengikut Akta Kesalahan Keselamatan  (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Permohonan habeas corpus itu difailkan di kaunter pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguamnya Fahmi Abd Moin.

Khairuddin, selaku pemohon menamakan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji; Ketua Polis Daerah Dang Wangi; Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.

Dalam permohonan itu, Khairuddin memohon perintah mahkamah bahawa penahanannya melalui notis di bawah Seksyen 4(5) SOSMA 2012 bertarikh 24 Sept lepas yang dikeluarkan responden pertama (Habibi) dan dilaksanakan di bawah seliaan responden kedua (Ketua Polis Daerah Dang Wangi) di Ibu Pejabat Polis Daerah, Dang Wangi, Kuala Lumpur adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memohon satu writ habeas corpus dikeluarkan mahkamah supaya dibebaskan serta-merta daripada tahanan, selain turut memohon relif-relif lain yang dianggap adil dan sesuai oleh mahkamah.

Khairuddin mengemukakan permohonan itu atas alasan penahanannya tidak mematuhi peruntukan undang-undang SOSMA 2012, berniat jahat dan berbentuk mala fide serta difikirkan kemudian oleh responden.

Dakwanya, penahanannya merupakan  penyalahgunaan proses undang-undang dalam menggunakan Sosma 2012 secara salah, kerana tindakan beliau tidak berunsur aktiviti-aktiviti pengganas.

"Penahanan tersebut berniat jahat dan berbentuk mala fide serta difikirkan kemudian (afterthought) oleh responden-responden,"dakwanya.

"Penahanan saya menggunakan Sosma adalah penyalahgunaan undang-undang kerana saya tidak terlibat dalam aktiviti keganasan," katanya.

Beliau berkata perkara itu berniat jahat dan justifikasinya adalah yang difikirkan kemudian oleh responden.

Khairuddin ketika ini diitahan selama 28 hari iaitu jangkamasa yang maksima yang diperuntukkan bawah Sosma kerana didakwa mensabotaj negara, kesalahan bawah 124K dan 124L Kanun Keseksaan.

Beliau pada mulanya ditangkap di bawah seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Beberapa peguam kanan berpendapat penahanan Khairuddin di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), tidak sah di sisi undang-undang.

Sosma bertujuan menangani kesalahan yang memudaratkan keselamatan awam dan negara, atau Persekutuan atau mana-mana bahagian Persekutuan.

Apakah tindakan Khairuddin memfailkan laporan di luar negara berkenaan penyelewengan dan penggunaan wang rakyat oleh 1Malaysian Development Berhad (1MDB) memudaratkan keselamatan awam dan negara.

Laporan tersebut tidak boleh dikatakan memudaratkan keselamatan negara apabila menyebabkan beberapa individu yang terlibat dalam 1 MDB berasa tidak selesa.

Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk warga Malaysia, mengecam tindakan yang disifatkan sebagai menindas dan bertentangan dengan kedaulatan undang-undang.

Jika mahu ditafsirkan menggugatkan keselamatan negara bagaimana pula dengan Jamal Pak Tongkol yang  mengugut untuk mengadakan rusuhan di Jalan Petaling, Kajang dan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur? Kenapa beliau tidak ditahan dibawah SOSMA?

Ini menyerlahkan lagi terdapat penyalahgunaan kuasa dan tindakan-tindakan penguatkuasaan ini mempunyai agenda politik semata-mata.

Mana-mana individu yang menyokong PM terus bebas walaupun mengugut tetapi individu yang mahu melaporkan penyelewengan ditangkap.

Khairuddin ditahan polis di rumahnya di Mont Kiara beberapa hari sebelum mengadakan pertemuan dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, esok.

Beliau dibebaskan setelah ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, bagaimanapun ditangkap semula ketika beliau meninggalkan kompleks mahkamah di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan atas kesalahan mengancam keselamatan negara.

Apakah yang membuat mereka terlalu takut sangat dengan Khairuddin sehingga terdesak menggunakan SOSMA?

Khairuddin telah berjaya menyerahkan berbagai dokumen penting mengenai skandal 1MDB kepada pihak berkuasa di Swiszerland, Perancis, Britain dan Hong Kong. 

Malah kerajaan Swiszerland sudah mula menyiasat dan membekukan beberapa akaun 1MDB dalam berbagai bank di negara tersebut. Bila Khairuddin dengan peguamna, Mathias Chang, hendak berangkat ke US untuk berjumpa dengan FBI kedua mereka dilarang keluar negara. 

Khairuddin kini ditahan remad oleh polis kononnya Khairuddin menggunakan dokumen-dokumen palsu mengenai 1MDB untuk menjatuhkan kerajaan! 

Hairan macam mana polis tahu dokumen-dokumen  yang diserahkan oleh Khairuddin itu dokumen ? 

Bukankah Khairuddin pernah memberi berbagai makluman dalam laporannya kepada PDRM dan SPRM dulu? Mengapa membisu sejuta bahasa? Kalau betul PDRM dan SPRM berpegang teguh pada undang-undang mereka patut membuat siasatan sampai ke akar umbi. 

Rakyat tahu PDRM, SPRM dan Peguam Negara cuba melindungi beberapa individu-individu tertentu yang terlibat dalam skandal 1MDB ini. 

Apakah ini satu konspirasi untuk menyelamatkan Najib dalam skandal ini.

Khairuddin bukan sebarang Khairuddin. Kalau Wanita UMNO ada Anina Saadduddin yang berani menentang Najib hendak mengheretnya ke mahkamah maka Khairuddin pula berani menentang Najib di arena politik dalam dan luar negara. 

Batal Panggil Duta China Sebab Menteri Tak Ikut Protokol


Wisma Putra terpaksa membatalkan untuk memanggil Duta China, Huang Huikang kerana menteri tidak ikut protokol.

Sebelum ini arahan untuk memanggil Duta China telah dimaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri bagi penjelasan lanjut mengenai kenyataan duta China selepas melawat Jalan Petaling akan dibuat Isnin ini. 

Arahan memanggil duta China itu yang dibuat oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Reezal Naina Merican, namun telah dibatalkan oleh Hamzah.

Agak memalukan seorang timbalan menteri dalam kabinet Najib bertindak sendiri tanpa mengikut protokol kerana satu dunia sedang memerhati Malaysia sekarang.

Kenyataan Huang semasa melawat Jalan Petaling baru-baru ini dilihat sebagai campur tangan asing, tetapi Huang menjelaskan ia hanya satu lawatan muhibah.

Setakat ini Huang tidak menerima sebarang panggilan rasmi daripada menteri kabinet Najib, walaupun Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan akhbar semalam untuk mengesahkan ia memanggil duta itu untuk mendapatkan penjelasan.

Kerajaan China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap kaum dan sebarang bentuk ekstremisme

Beijing bertegas menyuarakan bantahan berhubung insiden yang mengancam kepentingan negara, melanggar hak-hak rakyat untuk menjalankan perniagaan, atau mengganggu hubungan antara Malaysia dan China.


Apakah Najib sudah menukar fikiran selepas melihat kesungguhan kerajaan China menentang keganasan?

Sunday, September 27, 2015

Umno Akhirnya Serah Kerusi Gelang Patah dan Wangsa Maju Kepada MCA


UMNO akhirnya setuju kembalikan kerusi Parlimen Wangsa maju dan Gelang Patah kepada MCA pada PRU14 nanti. Kerusi tersebut diserahkan oleh MCA kepada umno demi untuk mengembalikan kemenangan dipihak BN namun kedua-dua calon umno tewas kepada PKR dan DAP.

Walaupun sebelum ini Pemuda MCA Pasir Gudang bertindak memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Himpunan Rakyat Bersatu namun umno masih mengharap agar MCA dapat memberi kemenangan kepada BN pada PRU14.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini mahu tindakan terhadap pemuda BN Gelang Patah diambil tindakan namun setakat ini tiada apa-apa tindakan daripada BN/umno.

Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang, Chia Chow Hui memutuskan hubungan dengan Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, kerana Najib menyokong perhimpunan baju merah.

Liow Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan mengucapkan terima kasih kepada umno yangmenyerahkan kembali kerusi kedua-dua parlimen tersebut kepada MCA bagi menghadapi PRU14 nanti katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Johor di Segamat.
“Pada PRU yang lepas MCA pinjamkan tiga kerusi Parlimen kepada UMNO iaitu Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan. Hari ini kita umum Gelang Patah dan Wangsa Maju (dipulangkan kepada MCA),” katanya.


Friday, September 25, 2015

Najib Punca Ringgit Merudum Penyingkirannya Mampu Selamatkan Malaysia


Ringgit semakin jatuh teruk hari ini yang mencatatkan nilai paling rendah dan jika mata wang dan ekonomi mahu dipulihkan, Najib mesti berhenti menjadi perdana menteri. 

"Hanya apabila beliau berhenti menjadi perdana menteri Malaysia, ekonomi negara akan pulih, nilai ringgit meningkat semula dan kos sara hidup turun. 

"Hanya selepas penyingkirannya rakyat Malaysia boleh berdiri sama tinggi dengan negara lain semula," kata Tun M yang juga bekas perdana menteri melalui blog popularnya chedet.cc hari ini.

Tun Mahathir berkata, pada mulanya beliau bekerja keras untuk memastikan Najib mengambil alih jawatan tertinggi negara itu, sehingga mahu pengganti Tun Abdullah Ahmad Badawi itu disingkirkan.

"Ia bukan soal perbadi.

"Najib gagal menjadi perdana menteri," kata Tun M.

Tun juga mendakwa Najib membayar orang untuk berdemo dalam perhimpunan baju merah pada 16 September semata-mata mahu menunjukkan sokongan terhadap dirinya.

"Najib membayar orang untuk berdemo di jalanan untuk menyokong beliau. Beliau turut melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang sama seperti penunjuk perasaan yang mahu menggulingkannya," kata Tun lagi.

Langkah Putrajaya untuk menahan penunjuk perasaan yang membantah Najib juga tidak bersifat demokratik, kata Tun Mahathir yang turut hadir pada perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini bagi mendesak Najib meletak jawatan.

Beliau kemudiannya membandingkan ekonomi Malaysia dengan negara-negara Asia lain yang mengatakan pertumbuhan ekonomi Malaysia merosot berbanding Filipina dan Indonesia.

Tun Mahathir berkata kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan harga saham menyebabkan masalah kepada perniagaan, pengimport dan pengeksport, sambil menambah kos sara hidup juga meningkat selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada April lepas.

"Jika mata wang dan ekonomi mahu dipulihkan, Najib mesti berhenti menjadi perdana menteri Malaysia.

"Rakyat Malaysia mesti mendesak penyingkiran Najib.

Tun sudah berkali-kali menggesa Najib meletakkan jawatan sebagai PM dan Presiden Umno dan meminta ahli Umno menyingkirkannya.

Beliau mengakhiri entri kali ini dengan penegasan bahawa hanya pengunduran Najib dapat menyelamatkan negara ini.

"Hanya melalui penamatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia keadaan ekonomi akan pulih, nilai ringgit kembali naik dan kos sara hidup turun.

"Hanya selepas penyingkirannya Malaysia kembali gah," katanya.

Tuesday, September 22, 2015

Selepas Semua Agensi Disekat Kini Najib Tidak Boleh Lari



Jemaah juri persekutuan di Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti dakwaan rasuah melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Jho Low, Riza Aziz anak kepada Rosmah Mansor dan beberapa individu yang dekat dengannya, lapor New York Times (NYT).

Menurut akhbar itu, inkuiri menumpukan kepada harta tanah di AS yang dibeli dalam tahun-tahun terakhir oleh sebuah syarikat tidak aktif didakwa milik anak tirinya serta beberapa harta tanah dikaitkan dengan rakan rakan keluarganya termasuk Jho Low.

Inkuiri itu dilapor dibuat oleh sebuah unit dalam Jabatan Keadilan AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa.

NYT juga melaporkan selain pembelian hartanah, siasatan rasuah itu juga akan melihat dakwaan AS$681 juta yang merupakan sebahagian daripada RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib - pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dan kemudiannya disahkan pihak berkuasa anti-rasuah Malaysia sebagai "derma politik".

NYT sebelum itu melaporkan, lebih daripada AS$150 juta harta tanah kediaman mewah dikaitkan dengan anak tiri Najib, Riza Aziz dan seorang ahli perniagaan Jho Low.


Dalam laporan NYT pada Februari, mendapati hartanah mewah bernilai lebih RM150 juta dikesan mempunyai kaitan sama ada dengan Jho Low atau anak Rosmah Mansor, Riza Aziz.

Ini termasuk "penthouse" bernilai AS$30.55 juta di Time Warner Centre di Manhattan, rumah di Hollywood bernilai AS$39 juta, Hotel L'Ermitage di Beverly Hills dan sebahagian Hotel Park Lane di New York.

Ia juga mengesan sebuah kondominium bernilai AS$33.5 di Laurel Park, Manhattan, di samping hartanah lain di Los Angeles yang turut melibatkan Riza, melalui pelbagai “syarikat bayangan”.

Laporan NYT juga menyebut, bekas eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan menandatangani pembelian kondominium AS$4.5 juta yang dibeli “syarikat bayangan” dikenali sebagai Cricklewood One Madison LLC, tahun lepas.

Penjaga di bangunan itu mengesahkan seorang wanita dengan nama berkenaan tinggal di situ, menurut  NYT.

Loo sedang dicari Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan bantuan berhubung siasatan ke atas 1MDB.

Dua kediaman mewah dalam siasatan itu didakwa dimiliki oleh syarikat tidak aktif yang mempunyai kaitan dengan Low sebelum dipindahkan ke syarikat tidak aktif yang dikaitkan dengan Riza Aziz.

Najib bersiap kini sedang bersiap sedia untuk berlepas ke London minggu ini bagi konvensyen perdagangan dan dijangka ke New York selepas itu untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selepas siasatan ini rakyat Malaysia akan tahu dari mana duit yang mereka perolehi untuk membeli semua itu adakah daripada titik peluh mereka atau titik peluh rakyat Malaysia.

Apakah Najib juga akan dipaksa oleh Amerika untuk menandatangani TPPA bagi menyelesaikan kes ini.

Semoga Allah memelihara rakyat Malaysia.


Monday, September 21, 2015

Tiada Seorang Pun Di Planet Ini Akan Terlepas Jika Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram


1 MDB meletup lagi apabila Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, rakyat sepatutnya diberi penjelasan dan jawapan siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB).


Selagi 1 MDB menyembunyikan fakta selagi itulah rakyat akan terus keliru dan memberontak. Pihak terlibat dalam salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara itu akan dihadapkan ke muka pengadilan suatu hari nanti.

Kalau setakat menyemarakkan isu perkauman kononnya orang Melayu sudah ditampar sebanyak 4 kali tidak menyelesaikan masalah yang dialami oleh 1 MDN dan derma daripada Tok Arab.

1 MDB punca Ringgit Malaysia jatuh merudum, selagi tidak diselesaikan selagi itulah Ringgit akan terus menurun. Hutang pula semakin meningkat walaupun kerajaan mampu membayar dengan adanya sumber daripada gst.
Menurut Zeti, beliau yakin siasatan yang berjalan akan membuahkan hasil, sambil menegaskan aspek siasatan BNM terarah kepada percanggahan kelulusan yang dibuat oleh 1MDB.

"Semua siasatan ini sedang berjalan dan ia akan membuahkan hasil. Bagi Bank Negara, kami melihat dalam percanggahan kelulusan yang kami berikan kepada 1MDB secara spesifik.

"Siasatan ini sudah siap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Mengenai isu pengubahan wang haram, Zeti berkata masyarakat antarabangsa sudah menyatakan komitmen untuk menangani isu tersebut dengan beberapa langkah tegas sudah diambil.

1 MDB juga tidak terlepas jika mereka terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram. Masyarakat antarabangsa tidak boleh ditipu.

"Masyarakat antarabangsa sudah bersatu, mereka ini FATF (Financial Action Task Force), mereka sudah bersatu untuk menangani isu berkaitan pengubahan wang haram.

"Jadi, kamu akan dapat lihat oleh komuniti antarabangsa selepas beberapa insiden berkaitan dengan keganasan," katanya.

Menurut Zeti lagi, "Dalam dunia sekarang, tidak seorang manusia pun dalam planet ini yang boleh bersembunyi jika mereka terlibat dalam pengubahan wang haram," katanya


Skandal 1MDB bukanlah satu mainan yang boleh dibuat lawak bodoh ia melibatkan PM Malaysia yang menjadikan 1MDB sebagai anak emasnya, yang menggunakan jawatannya sebagai PM merangkap Penasihat 1 MDB, Menteri Kewangan yang menjadikan rakyat Malaysia sebagai jaminan kepada semua hutang-hutang yang dibuat oleh 1MDB bagi mendapatkan pinjaman RM42 bilion dari berbagai bank tempatan dan asing. 

Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak ke atas segala hutang piutang 1MDB kerana mereka punya local standai dari segi undang-undang.Sekiranya 1MDB gagal membayar hutang-hutangnya dengan bunga yang amat tinggi maka setiap rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutangnya sebagai hutang negara. Ini para balaci dan juak-juak Najib yang makan dedak basi tidak sedar implikasi skandal 1MDB kepada rakyat jelata termasuk diri para balaci itu sendiri.

Saturday, September 19, 2015

Khairuddin Direman 6 hari Sedangkan Jho Low dan BOD 1 MDB Masih Bebas

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan semalam dan kini dikenakan perintah reman selama enam hari di bawah Akta 124C Kanun Keseksaan atas cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. 

Sedangkan SPRM terkial-kial keseorangan mencari Jho Low dan dua lagi individu yang paling dikehendaki sudah hampir sebulan tanpa bantuan daripada lain-lain agensi pihak berkuasa.

Najib kini tidak lagi boleh menepis segala bala yang diturunkan Allah swt. Lalu dia berbohong, menipu rakyat dengan berbagai rekaciptanya sendiri. Sikap rakyat cukup jelas. Mereka menolak Najib dengan kabinet kayu 1MDB secara total. 

Tapi ada badut-badut politikus super rakus, oportunis kelas kambing, lembu dan babi hutan menjadikan pembohongan dan penipuan Najib untuk kepentingan fulus dan politik mereka. Mereka tahu Najib dan isteri tersayang kini tidur tak lena, mimpi segala macam hantu, hantu kapalselam Scopene, hantu RM2.6 billion, jembalang 1MDB dan berbagai jenis hantu, puaka dan dewa yang lain turut tumpang sekaki sekarang ini. 

Maka dicipta muslihat apabila beliau mempertahankan penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah yang diadakan pada 16 September lepas. Kononnya himpunan tersebut tahap kebangkitan orang Melayu apabila mereka ditindas dan ditampar sebanyak empat kali. Siapa yang kena tampar? siapa pula yang menindas orang Melayu? Siapa pemerintah yang paling berkuasa ketika ini?

Cukup pelik apabila berkata orang Melayu ditindas sedangkan yang memerintah adalah Najib dan kabinetnya. Jika benar ditindas Najiblah yang menindas orang Melayu.

Rakyat juga tahu Najib cuba menukar topik ketika sebagai taktik untuk mengalih isu yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat mengenai skandal yang dilakukannya.

Bayangkan sudah banyak kali tuduhan dan pendedahan telah dibuat oleh dilemparkan Wall Street Journal (WSJ) namun sehingga hari ini Najib tidak sedikit pun berani untuk menyaman akhbar tersebut.

“ Antara dakwaan WSJ adalah seperti duit 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun persendirian Najib, kehilangan dua jumlah duit sebanyak USD1.4 bilion dan USD993 juta di dalam transaksi pelaburan 1MDB dengan Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC). Ini tidak pernah dijawab atau diulas Najib.

Yang ada hanya suara 1MDB memperlekehkan laporan tanpa menjawabnya secara telus dan terus dan ugutan kepada rakyat

Kehilangan 3 orang yang paling dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan dengan jenayah rasuah juga menjadi semakin kronik. Kerana kehilangan mereka dikatakan direstui oleh berbagai pihak yang terlibat.

Mereka adalah Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil; Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin dan ahli perniagaan Low Taek Jho yang turut dikenali sebagai "Jho Low".

Ketiga-tiga orang yang dikehendaki itu tidak dikenakan sebarang larangan keluar negara sepertimana larangan yang dibuat ke atas Datuk Seri Khairuddin.

Apa pun akhirnya kebenaran akan timbul dengan sendirinya.

Friday, September 18, 2015

Polis Menahan Khairuddin Selepas Mengeledah Rumahnya


Polis bahagian tindakan khas telah menangkap bekas naib ketua umno bahagian Batu kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan setelah mengeledah rumahnya selama 2 jam.


Khairuddin telah dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi dan sedang disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Khairuddin yang membuat dua laporan polis berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyerahkan semua bukti yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal tersebut kepada pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.

Susulan itu,  Khairuddin berkata beliau diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung skandal syarikat pelaburan kerajaan berkenaan.

Kerajaan Najib juga hari ini melarang Khairuddin dan peguamnya, Matthias Chang daripada meninggalkan negara ini.

Persoalannya kenapa kerajaan Najib tidak membuat larangan keluar negara ke atas tiga individu yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd?

Semoga Allah Pelihara Rakyat Malaysia.

Wednesday, September 16, 2015

Najib Didesak Kembalikan ISA Yang telah Dimansuhkan demi Meraih Sokongan Kaum Cina


Peserta Perhimpunan Maruah Melayu meminta kerajaan Najib supaya mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi untuk menjamin keselamatan.

Kerajaan Najib ISA telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 sebaik sahaja Najib ditabalkan menjadi PM.

Najib pernah berkata "Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia pada tahun 2011dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan TV3.

Bung Mokhtar Kencing Rakyat



Agak memalukan seorang ahli parlimen sanggup berbohong kepada rakyat kononnya gambar yang dimuatnaik dalam twiteernya itu adalah Perhimpunan Maruah Melayu yang sedang berlangsung kini tetapi gambar tersebut diambil daripada himpunan anti GST di dataran Merdeka.

Polis Mengharamkan Peserta Perhimpunan Masuk Ke Low Yatt, Petaling Street dan Bukit Bintang








FRU bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan.
Polis memaklumkan kepada peserta perhimpunan supaya tidak dibenarkan sama sekali berarak ke Bukit Bintang, Petaling Street dan Low Yatt. 

Teriakan Satu Malaysia Kedengaran Dalam Perhimpunan Baju Merah





Berpuluh-puluh bas yang disewa membawa peserta perhimpunan Baju Merah dari seluruh negara kelihatan tiba di beberapa lokasi berkumpul di ibu negara

Sejak pukul 8 pagi ini, peserta dari luar ibu negara itu mula berkumpul Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, just off Jalan Duta termasuk di jalan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Selain itu terdapat juga peniaga yang mula menjual air dan makanan di tepi-tepi jalan.

Di Jalan Hang Tuah dan Jalan Hang Jebat, berdekatan Stadium Negara, terdapat bas-bas yang membawa peserta perhimpunan telah tiba untuk memulakan aktiviti pada pukul 12 tengah hari ini.


Sewaktu memulakan pergerakan perhimpunan yang diketuai oleh Ahmad Maslan berteriak 1 Malaysia.

Semoga orang Melayu tidak dipergunakan oleh individu tertentu demi untuk menyelamatkan pemimpin Melayu yang tidak amanah dan korup.

Monday, September 14, 2015

Tun Mahathir Cabar Kerajaan Najib Saman AlJazeera Dalam Isu Altantuya



Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar kerajaan NAJIB menyaman Al Jazeera jika dokumentari berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang disiarkannya tidak benar.

“Jika kerajaan fikir dokumentari itu tidak benar, mereka patut saman Al Jazeera kerana memfitnah.

“Al Jazeera ditonton jutaan orang di seluruh dunia. Kebanyakan orang percaya apa yang mereka lihat.

“Semata-masa berkata ia tidak benar mungkin meyakinkan sebahagian rakyat Malaysia, tetapi tidak akan meyakinkan orang luar.”

Al Jazeera pada Jumaat menyiarkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mempertahankan diri, Najib mendakwa tindakan pihak tertentu menimbulkan semula kes pembunuhan itu sebahagian perancangan kuasa luar untuk menjatuhkannya - sama seperti strategi terhadap bekas presiden Iraq Saddam Hussein.


Sebelum ini najib mahu menyaman WSJ dan Serawak Report namun hingga kini habuk pun tak dak.

SPRM Membuat Gerakan Besar-Besaran Buru Jho Low Di Luar Negara


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai sedang bersiap sedia untuk memburu individu paling dikehendaki 
ahli perniagaan Jho Low.

SPRM dikatakan telah menghantar pegawai-pegawainya ke luar negara untuk mencari dan menyoal siasat ahli perniagaan Jho Low berkaitan 1MDB dan derma daripada Tok Arab.

Turut akan disiasat Pengarah Urusan SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil dan pengarahnya Suboh Mohd Yassin.

SRC International bekas anak syarikat 1MDB.

SPRM sebelum ini sudah mengeluarkan notis supaya tiga individu itu tampil pada 22 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan kemasukan RM42 kita ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

SPRM sudah pun berhubung dengan keluarga tiga lelaki berkenaan.

“Kita telah pun berhubung dengan mereka dan nampaknya mungkin merakamkan kenyataan mereka di luar negara,” kata sumber sambil menambah ia akan diketuai oleh pengarah siasatan SPRM Azam Baki.

Sumber lain berkata ketiga-tiga mereka bimbangkan keselamatan mereka jika pulang ke Malaysia dan mahu soal siasat dibuat di luar negara.

Jho Low dikatakan sedang berada di Taiwan.

SPRM mengeluarkan notis siasatan kepada anggota ketiga-tiga mereka pada 26 Ogos.

Bekas timbalan pengarah polis Cawangan Khas Abdul Hamid Bador bulan lalu mendakwa terdapat usaha menyembunyikan saksi-saksi dan siasatan terhadap SRC International.

Tanpa menamakan secara khusus, Abdul Hamid berkata salah seorang daripada saksi-saksi sebelum ini bersembunyi di Thailand dan kini New Zealand.

Pada Julai lalu, pihak imigresen telah mengeluarkan larangan keluar negara terhadap Nik Faisal sementara Suboh dilaporkan hilang.

Alamat terakhir Nik Faizal di Alam Impian, Shah Alam; sementara Suboh pula di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan Jho Low di Tanjung Bungah Park, Pulau Pinang.

Selain siasatan isu wang RM42 juta itu, SPRM juga menyiasat pinjaman RM4 bilion SRC International daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Jho Low antara sasaran kritikan keras bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu berkaitan 1MDB.

Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho merupakan individu yang paling dikehendaki bagi menyelesaikan kes 1 MDB dan derma daripada Tok Arab.