Saturday, April 25, 2015

Ada Pihak Sengaja Cuba Lagakan Pemuda Umno dengan Presiden Umno Kata Khairy




Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa wujud gerakan untuk menjatuhkan presidennya.

Khairy berkata selaku anak jantan, perkara itu tidak mungkin akan berlaku kerana beliau tidak akan menyuruh anak buahnya berbuat demikian.

Sambil mengumpamakan dirinya tidak akan 'baling batu sembunyi tangan', ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau sehingga ini menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Saya anak jantan, saya bukan baling batu sembunyi tangan. Sorry lah kalau nak minta macai saya buat gerakan.

"Kalau saya tak setuju, saya kata tak setuju. Kalau tak sokong, saya cakap tak sokong presiden. Tetapi saya sokong presiden,

Saya percaya ada pihak tertentu sengaja cuba melaga-lagakan Pemuda Umno dengan Presiden Umno,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Khairy juga berkata tindakan portal MYKMU tersebut dilihat sengaja ingin melagakan antara pemimpin Pemuda dan Presiden Umno.

Ketika ditanya adakah pihaknya akan mengambil tindakan terhadap portal tersebut, Khairy berkata perkara itu hanya membuang masa.

"Saya melihat ini adalah usaha untuk melagakan presiden dan Pemuda Umno. Sebab dia punya implikasi adalah bahawa (gerakan) ini bermula dari Pemuda dan saya pun tahu tentang gerakan tersebut.

"Portal ini kerja dia melagakan pemimpin. Mengadu-domba pemimpin dalam Umno. Kalau kita nak layan, portal portal ni tiap-tiap hari buang masa kita.

"Yang penting kita dah bagi penjelasan"

1 comment:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
    KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.