Thursday, April 23, 2015

Bagus Punya Lambung Rupanya Dia Orang Nak Hempuk


Pemuda Umno sebelum ini cukup berpuas hati dengan penjelasan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam dialog selama 90 minit.

Menurut mereka penjelasan Najib ke atas persoalan oleh Tun Dr Mahathir itu lebih jelas dan mendalam berbanding dengan jawapan melalui wawancara.


Itu semua semua cerita lama dua minggu lalu kini lain pula ceritanya.

Betullah kata Tun Dr Mahathir sokongan yang diberikan oleh pemimpin UMNO kepada Dato Seri Najib hanya bersifat kepura-puraan sahaja tidak lebih daripada itu.

Namun sokongan yang bersifat kepura-puraan tidak mampu bertahan lama terkini portal pro UMNO dikatakan berjaya membongkar sekumpulan Lima Sekawan dalam Pemuda UMNO Malaysia mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Lima Sekawan ini bukan calang-calang orang diketuai sendiri oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.

Menurut portal tersebut dalam satu pertemuan dengan Pemuda UMNO Johor di Rompin semalam, Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro, telah menghasut Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Johor agar menentang kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Azwan dikatakan lebih berminat membincangkan usaha untuk menjatuhkan Najib dan mereka sudah mula menyatakan tidak percaya dengan penjelasan Perdana Menteri semasa pertemuan Pemuda UMNO Malaysia minggu lalu dan percaya Mohd Najib hanya “buying time” menggunakan alasan menunggu Ketua Audit Negara.

Azwan juga beranggapan Mohd Najib harus ditumbangkan dan orang yang layak mengetuai penentangan terhadap Perdana Menteri ialah Ketua Pemuda UMNO sendiri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pandangan Azwan dikatakan mendapat sokongan padu daripada Ketua Pemuda UMNO Sri Gading, Simpang Renggam dan Pulai.

Bukan habis setakat itu sahaja mereka juga dikatakan akan ke Permatang Pauh esok untuk melakukan agenda yang sama berselindung di sebalik perjumpaan untuk Pilihan raya kecil Permatang Pauh.

6 comments:

  1. Kalau kepimpinan UMNO ditukar dengan pemuda2 yang kurang ajar macam ni, aku berjanji, aku tidak akan menyokong UMNO lagi!
    Aku benci dengan budak2 gila kuasa. Kurang ajar dan tak menghormati orang tua adalah budaya asing. Bukan budaya orang Melayu.
    Kalau kamu begitu riak nak menjatuhkan pemimpin sedia ada, aku pindah sokongan aku kepada PAS atau parti Melayu lain yang mungkin terbentuk.
    UMNO dah jadi sarang orang2 gila kuasa dan budak2 kurang ajar. Macam SIAL!

    ReplyDelete
  2. Ini blog pro pembangkang x usahlah percaya. Kaki fitnah, pembohong, batu api dan macam2 lagi.

    ReplyDelete
  3. Pemilik blog telah kehilangan status keistimewaan didalam umno dgn kekalahanya pads satu pemilihan peringkat bahagian..jadi Kita tahulah kemana arah tuju.

    ReplyDelete
  4. Ini bukan gila kuasa,, ini betul betul ,, tak percaya tanya KJ,,
    KJ tengah tersepit di antara TunM dan Datuk Seri Najib,,
    Berketetel budak ni ,,

    ReplyDelete
  5. Tak kan MYKMU blog pembangkang......kalau buat salah tu mengaku sajalah

    ReplyDelete
  6. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.