Saturday, July 11, 2015

Kekalkan Najib Hanya Membawa Lebih Banyak Bencana Kepada Rakyat Malaysia


Rakyat tidak sabar lagi hendak tahu dari mulut Najib sendiri betul atau tidak anda mempunyai dua akaun peribadi di Ambank Private, Kuala Lumpur? 

Sampai sekarang, setelah diumumkan oleh pasukan petugas khas, anda tidak menafikan dua akaun itu milik anda. Mengapakah kamu tidak berani mengaku seperti bini kamu yang dengan jelas mengatakan akaun peribadinya di Affin bank yang ada RM2 juta itu? Sekarang kedua akaun itu telah ditutup.

Rakyat juga hendak tahu dari manakah anda memperolehi duit sebanyak USD700 juta (RM2,600 juta) dalam simpanan akaun anda di Ambank Private itu? Anda juga tidak menafikan tentang adanya duit itu. Anda cuma menafikan tidak menggunakan duit itu untuk kepentingan diri anda. Betul Tak?

Apa yang didedahkan oleh WSJ mengenai dua akaun peribadi anda dengan wang USD700 juta itu anda tidak menafikannya. Ini bahan bukti yang kuat untuk mendakwa anda di mahkamah. Apakah wang itu hasil dari 1MDB yang anda mempunyai kuasa mutlak sebagai PM merangkap menteri kewangan merangkap lagi sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB untuk memberi jaminan kerajaan terhadap berbagai pinjaman, pelaburan dan projek2 yang dibuat oleh 1MDB menurut fasal 117 M&A syarikat tersebut? Sila jelaskan.

Anda tidak boleh menafikan bahawa anda tidak bertanggungjawab terhadap kerugian RM42 bilion yang dialami 1MDB sejak ia ditubuhkan pada 2009 selepas anda menjadi PM. Anda mesti menjelaskan kepada rakyat dari mana anda memperolehi wang sebanyak itu dalam akaun pribadi anda dan mengapakah 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM42 bilion dalam masa lima tahun saja? 

Rakyat memberi amaran keras kepada pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1MDB dan Najib jangan sekali-kali kalian berkompromi dengan Najib atau mana-mana pihak yang cuba menghapuskan berbagai bahan bukti yang ada hubungan antara 1MDB dengan Najib dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Imej Najib sebagai PM paling buruk sekarang. Sebahagian besar rakyat tidak percaya terhadapnya. Dia dianggap tidak ada integriti, maruah dan harga diri sebagai pemimpin seperti Tun Razak atau pun Tun Mahathir untuk memulihkan keyakinan dan sokongan rakyat terhadapnya. Rakyat tidak mahu berkongsi bala dengannya, Rosmah Mansor@mama montel yang super rakus dan para koruptor yang lain. 

Hari ini Malaysia dianggap sebagai negara paling korup di dunia, di bawah pimpinan Najib yang dikuasai oleh bininya dan para punahsihat yang mempunyai agenda tertentu untuk menghakiskan kuasa politik Melayu islam di negara tercinta ini. UMNO akan hilang kuasa pada PRU 14 akan datang kerana ia tidak mempunyai barisan pemimpin yang berani, berwibawa, ada integriti, tidak korup yang berani menentang kemungkaran Najib.

10 comments:

  1. Pasti kena Rasuk dengan Jinn Buragas ni...

    ReplyDelete
  2. TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

    ReplyDelete
  3. Salam...Kami enjoy - suspense # dramatic game # for survival dan menghormati Pasukan Petugas Khas utk 1 dr 2 jwp d ruang kelam ini.

    ReplyDelete
  4. Salam...Kami enjoy - suspense # dramatic game # for survival dan menghormati Pasukan Petugas Khas utk 1 dr 2 jwp d ruang kelam ini.

    ReplyDelete
  5. Wakakaka...kecewa benor blogger nie..kih kih kih

    Sabooor, saboooor....

    ReplyDelete
  6. If stay, risking UMNO to go down together. Might be last UMNO PM.
    If MT not brave enough to take action, will give no choice for rakyat, except to vote for opposition just to bring him down in the next GE.

    ReplyDelete
  7. Masih mahu kekalkan NAJIB untuk memimpin negara? Lihat dan dengarlah reaksi rakyat di sekeliling anda... JANGAN buat pekak dan buta. PRU14 akan menjadi bukti apa yang rakyat pendam pada kerajaan..

    Rakyat yang sokong atas pagar pun dah muak dengan kepimpinan NAJIB.. Memang bodoh dan buta hati kalau tak nampak lagi..

    ReplyDelete
  8. Lucu bila masih ramai blogger pro kerajaan yang beriya-iya menyokong Najib dan mahu beliau kekal. Adakah sokongan yang membuta-tuli ini tanpa melihat dan mendengar keluhan rakyat sebenarnya adalah untuk menjatuhkan dan sabotaj kerajaan.

    ReplyDelete
  9. Yang menyokong kekalnajib hanya mahu duit raya sedangkan disekeliling mereka sudah benci dengan Najib

    ReplyDelete
  10. Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












    Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.