Wednesday, July 29, 2015

Sultan Perak Juga Pernah Dimaklumkan Mengenai Perkembangan 1 MDB

Foto: Minag Jinggo
Keputusan Najib Razak menggugurkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet sebenarnya akan menghancurkan parti tidak lama lagi.

Menurut kata orang kuat umno iaitu timbalan pengerusi tetap parti Tan Sri Mohamad Aziz, Najib wajar dipersalahkan jika sekiranya umno terkubur pada PRU14 nanti

Keputusan Najib menyingkirkan Muhyiddin dan naib presiden parti Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabine adalah terlalu keterlaluan hanya kerana mempertikaikan transaksi dalam 1 MDB. Sedangkan mereka berdua hanya membincang kepada ahli umno di dalam ruang yang tertutup

Sebelum itu Paduka Seri Sultan Perak Raja Nazrin Shah juga ada memanggil Muhyiddin bagi mengetahui perkembangan tentang 1 MDB dan baginda simpati dengan nasib rakyat yang dibebani dengan kenaikan kos sara akibat hutang negara.

Dalam titah baginda, Baginda juga ada mengingatkan  jika jadi pemimpin jangan boros, bermewah-mewah dengan wang rakyat, utamakan rakyat, kurangkan berhutang kerana hutang akan membuatkan rakyat juga menjadi mangsanya.

Dalam perkembangan lain Tan Sri Mohamad Aziz mengingatkan Najib bahawa beliau memerintah umno kerana adanya sokongan daripada akar umbi, sama seperti Muhyiddin dan Shafie.

"Semua ini tidak baik untuk Umno di mana tindakannya (Najib) akan memusnahkan parti tidak lama lagi. Kalau ia terjadi, kita tahu siapa hendak dipersalahkan.

"Saya tak tahu apa jenis nasihat yang diterima Najib, tetapi sekarang beliau kena terima akibat daripada apa yang dilakukannya," kata Mohamad lagi

Katanya, satu kesilapan apabila Najib memecat Muhyiddin dan Shafie, walaupun kedua-duanya sebelum ini mempersoalkan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dilanda skandal.

Kita tunggu dan lihat apa bencana akan berlaku dalam pentadbiran Najib selepas ini.

2 comments:

  1. Najib lbh pentingkan dirinya dr partinya dan bangsanya.
    Najib fan club kabinet jgn suka sgt, kemeluatan rakyat pd Najib dah terpalit sekali kat mrk.

    ReplyDelete
  2. Sokong penuh kenyataan ikhlas daripada orang lama yang sudah masak dengan asam garam politik. Najib adalah petualang Negara, seorang anak bekas PM yang memalukan Negara dan Bangsa Melayu. Najib hanyalah boneka Cina Kiasu yang dikawal oleh regim Yahudi / Amerika.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.