Tuesday, August 25, 2015

'Halimunan' Bertanggungjawab Mengarahkan Orang Yang Dikehendaki Kes 1 MDB dan 2.6b Ke Luar Negara




video

Bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan‎ Khas I Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador tampil mendedahkan empat perkara berhubung isu yang melanda negara, termasuk kemungkinan sebab beliau ditukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketika ditemui pemberita hari ini, beliau berkata, empat perkara itu adalah mengenai peranan dan tanggungjawab beliau dalam Cawangan Khas (SB); pertukaran beliau ke JPM; tekanan penjawat awam terhadap pihak atasan dan nadi rakyat.

“Hari ini saya tampil menjelaskan mengenai empat perkara ini demi rakyat Malaysia. Tiada niat saya untuk popular atau untuk mengkhianati sesiapa,” katanya kepada media di Kota Damansara, hari ini.

1. Cawangan Khas

Beliau berkata:

“Yang pertama yang hendak saya sebut ialah tentang Cawangan Khas banyak telah diperkatakan mengenainya dan banyak pernah dipersendakan dengan pelbagai nama sebelum ini, oleh mereka yang nakal. Ada yang kata kami ini semua bohong, ada yang baik kata semua betul ada yang nakal panggil siput babi, macam-macam akronim mereka berikan tetapi selepas 36 tahun lebih saya dalam Cawangan Khas.‎

“…yakinlah kesemua yang mendengar penjelasan saya pada pagi ini, Cawangan Khas adalah sebuah organisasi yang amat bertanggungjawab, menjalankan kerja dengan penuh amanah, dedikasi tanpa takut malahan ramai pegawai-pegawai yang menjalankan tanggungjawab, sebelum ini. Unit ini adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh semua kaum dan bukan badan risikan yang dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja.

“Unit ini dianggotai oleh segenap lapisan kaum, masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama, latar belakang sama ada anak orang kaya atau miskin, berdasarkan kepada merit, dan juga berdasarkan siasatan ke atas latar belakang mereka, ini berani saya cakap.

“Sejak penubuhan atau diberikan nama sebagai SB pada tahun 1952 sehingga ke hari ini lebih kurang 63 tahun unit ini dijalankan peranannya untuk mengutip risikan daripada bawah diangkat ke atas dianalisa di peringkat atas, pertengahan selepas itu diangkat dijadikan laporan, dan laporan-laporan inilah akan disampaikan kepada pucuk pimpinan.

“Ia dirangkumkan dalam bentuk amaran, teguran, nasihat cadangan diangkat ke atas, tetapi risikan oleh Cawangan Khas ini akan ditapis, diadun, disuling edit, akan dibanding dengan maklumat dan sumber-sumber lain, menentukan kesahihan dan ketepatannya, bukan maklumat kualiti rendah atau palsu”.

2. Perpindahan ke Jabatan Perdana Menteri

Sementara mengulas mengenai misteri perpindahan beliau ke JPM beliau berkata, perkara itu sudah lama kedengaran.

“Sementara misteri mengenai perpindahan saya, desas-desus mengenai akan berlaku dalam pucuk pimpinan unit sudah lama kedengaran, kami mendapat maklumat-maklumat bahawa ada pihak yang tidak menyukai kepimpinan yang sedia ada, atas sebab apa saya tidak tahulah, mengapa? Saya dijadikan ‘alat’ dalam perkara ini, sedangkan saya tidak ada membuat apa-apa tindakan yang salah.

“Saya hanyalah seorang pegawai kerajaan yang hanya mengutamakan pelaksanaan tanggungjawab saya, rezeki pangkat saya ataupun jawatan saya itu tidak menjadi perkiraan di dalam diri saya, tidak pernah saya, mengatakan saya yang akan mengantikan Pengarah SB, tidak! Tidak meletakkan matlamat saya, untuk jadi pengarah, tetapi ada pihak meragui dan tidak menyukai wajah saya ke? Ataupun peranan saya di situ… jadi baru-baru ini keluar perintah ditamatkan. Perkhidmatan kontrak dengan serta- merta.

“Dalam pada itu keluarlah cerita, nombor dua akan dikeluarkan sebab ada kuasa halimunan tidak mahu saya ke situ, Alhamdulillah saya kata, saya dengan penuh kesabaran, kalau mereka berkata begitu inilah rahmat, saya tidak menjadi sebahagian institusi digunakan seterusnya untuk berbuat atau menggunakan tindakan ikut kehendak kuasa halimunan tadi.

Menurut Dato Hamid Bador, ada mainan "halimunan" akibat skandal 1MDB ini. Walau pun beliau tidak mendedahkan nama manusia "halimunan" itu tetapi rakyat yang celik politik dapat membaca kilat dalam kilau kenyataannya itu. Rakyat tahu Najib terlibat lahir dan batin dalam skandal ini. Dia boleh bersilat dengan kata-kata tapi manusia yang siuman, tidak korup, bijak politik tidak percaya dengan segala dongeng PM.

“Sebagai saya seorang insan biasa, tidak lihat kepada jawatan dan pangkat itu sebagai rezeki, saya turut melihat pada kesihatan saya penting.

“Dalam hal ini saya tidak dinamakan dikekalkan dalam jawatan itu sebagai rahmat yang Allah berikan. Sedikit saya tidak sedih, saya terima dengan terbuka dan kosongkan pejabat saya.

“Saya terima sekarang selepas ini saya akan tunggu selepas 17 haribulan perintah pertukaran saya, beri tempoh saya sampai satu bulan untuk saya lapor diri kepada PM, yang menghairankan saya apabila saya tanya pihak JPM adalah jawatan itu belum sedia lagi, masih hendak berbincang dengan pihak JPA, Ya Allah kalau dah ada jabatan itu dalam cuti ini saya sanggup pergi, saya batalkan cuti saya, saya laporan diri, jawatan pun tiada lagi jadi? Kalaulah ini satu pengiktirafan minta maaf Ketua IGP, saya tidak anggap begitulah.

“Kalau JPA tidak tahu, saya tunggu saya lapor atau tidak sebelum 17, saya sekarang saya cuti, saya hendak kosongkan pejabat untuk puaskan nafsu halimunan ini, takut sangat saya duduk di situ, saya okay, saya tidak sempat salam, ramai anak buah saya yang tidak tahu saya sudah kluar dari Bukit Aman, apabila keluar perintah, mereka tidak tahu.

“Satu masa saya akan jumpa, tiada emosi tiada marah, Apa yang saya cakap itulah kebenaran, saya harap apa yang keluar dari mulut saya kebenaran,” katanya.

3. Tekanan terhadap penjawat awam

Mengenai tekanan penjawat awam dalam menjalankan tugas Abdul Hamid berkata, tekanan banyak dihadapi oleh pegawai kerajaan dalam bidang penguatkuasaan.

Katanya:

“Saya tidak terbabit langsung dalam menangkap pegawai SPRM atau lain-lain sewaktu saya sebagai Timbalan Pengarah SB.

“Jadi bila berlaku titik hitam ini tindakan maha luar biasa ke atas pegawai SPRM ini saya rasa amat terpanggil untuk beri penjalesan komen, perkara ini sebenarnya menjijikkan atas alasan apapun kita mesti lihat semangat undang-undang yang telus.

“Kenapa kuasa tangkap harus digunakan (ke atas) pegawai SPRM yang berintegriti tinggi, bukan penjenayah, bukan samseng dan ajaran sesat dan bukan IS. Mereka pegawai SPRM. Kenapa tangkap mereka?

“Selepas keluar kenyataan untuk takutkan pegawai ini perlakuan jijik dan hina, kenapa keluarkan amaran ini Malaysia negara maju, kenapa ugut?

‎”Saya seru kepada mereka yang ada kuasa di Putrajaya jangan gunakan taktik sebegini untuk takutkan pegawai kerajaan, pegawai kerajaan taat kenapa mereka ditakutkan, khusus bidang penguatkuasaan‎”.

4. Nadi rakyat

Mengenai nadi rakyat, Abdul Hamid berkata, ada mesej yang hendak disampaikannya terutama sekali kepada ‘orang atasan’‎.

“Saya nak sampaikan mesej di Putrajaya. Mereka yang punya ijazah tinggi melangit, bidang pengurusan universiti ternama, mereka yang ada kuasa politik di Putrajaya saya seru bukalah mata, buka telinga, jangan pekakkan telinga.

“Buang denial syndrom. Ni adalah faktanya. Rakyat gelisah, rakyat keliru, tertekan di bawah. Segenap lapisan tanpa kira kaum, agama, umur, profesion, wilayah. Sama ada di Tawau atau di Kuala Perlis. Rakyat gelisah, marah dengan apa yang berlaku sekarang,” ujarnya.


Dato Hamid juga berkata, pihak SB sudah memaklumkan pada atasan bahawa 1MDB boleh membawa bala kepada Najib. Banyak buat tak peduli, dan Najib seolah-olah menganggap dia boleh menguasai dengan baiki. Nah, sekarang dia menjadi seperti orang sasau bercakap tak serupa bikin, kebencian rakyat terus menghantuinya. Dia takut hilang kuasa sebab bala lain akan menimpanya kelak kalau tidak jadi PM lagi.



Menurut Dato Hamid lagi ada "tangan halimunan" yang bekerjasama dengan pihak yang terlibat dalam skandal ini untuk lari dari perangkap di Malaysia. Sepatutnya beberapa orang eksekutif CRS International S/B ditahan polis, termasuk Jho Low, tetapi "tangan halunan: yang berkuasa bersekongkol dengan pemimpin korup membantu merlepaskan orang ini dari buruan pihak berkuasa.


Pendedahan Dato Hamid tidak mengejutkan rakyat. Sampai hari ini Najib tidak berani menyaman WSJ yang menuduhnya menerima wang USD700 juta (RM2.6 bili) dari syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan 1MDB. 

4 comments:

  1. 2.6b skit lah..
    Skang crite DEIG 30b yg mnguntungkn 2 penama...
    DERMA dri pnduduk slngor.
    Modal rm2... bijak bijak mmg bijak.
    Hehehe

    ReplyDelete
  2. kebiasaan....dah nak tenggelam....sama jer bunyinya. phorahhhhh.....
    bila ada kuasa jalan mendongak.....

    ReplyDelete
  3. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

    ReplyDelete
  4. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.