Sunday, August 9, 2015

Konspirasi Menjatuhkan PM Hanya Dongeng Bagi Mengaburi Mata Rakyat


Cara pihak polis menangkap pegawai-pegawai SPRM dan menggeledah pejabat dan rumah mereka untuk mendapatkan berbagai maklumat mengenai SRC International, syarikat di bawah Kem. Kewangan, yang menghulur RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib di Ambank sesuatu berita baik buat Najib. Semua ini adalah sumbangan daripada TPM yang baru dilantik. Pada ketika ini Najib terlalu memerlukan bantuan sebegini rupa sekurang-kurangnya dapatlah mematahkan semangat pegawai SPRM untuk menyiasat pihak yang menderma ke dalam akaun Najib.

Penubuhan pasukan penyiasat yang dianggotai oleh "pasukan 4 Abdul" hanyalah sekadar untuk memuaskan desakan rakyat yang begitu kuat mengkritik 1MDB dan pentadbiran beliau sendiri. Penubuhan pasukan itu juga hanya untuk mengaburi mata rakyat. Oleh sebab desakan rakyat dan pendedahan oleh WSJ serta Sarawak Report menghantuinya maka dia mengharapkan "4 Abdul" dapat melindunginya dalam isu penerimaan RM2.6 bilion itu. 

Mungkin timbul keinsafan dan kesedaran pada Gani Patail, mantan Peguam Negara, untuk membawa Najib ke pengadilan dengan bukti-bukti yang diperolehi. Tapi ada "hantu" yang memberitahu Najib bala yang bakal menimpanya. Lalu Najib bertindak memecat Gani serta merta.

Gani hanya menyerah pada nasib. Tidak berani mencabar pemecatannya di mahkamah. Mungkin dia berpendapat tidak mungkin menang menentang PM yang cukup berkuasa di Malaysia ketika ini.

Lalu dicipta dongeng kononnya ada konspirasi hendak menjatuhkan kerajaan. Peguam Negara yang baru serta polis menjaja dongeng ini untuk meyakinkan rakyat yang sudah menyampah dan tidak menghormati Najib lagi. 

Dalam kenyataan terbaru Najib cuba mengheret parti umno dalam kemelut ini apabila beliau berkata ada pihak cuba menjatuhkan Presiden umno bukannya nama saya Najib dengan harapan agar 3 juta ahli umno akan marah dan bangkit untuk buat serangan balas.

Namun semua itu mungkin sudah tidak berguna lagi apabila ahli umno melihat Najib sendiri yang merosakkan perpaduan ahli dalam parti keramat umno. Sebagai Presiden/ketua Najib sepatutnya bertindak menjaga parti umno agar tidak berlaku perpecahan namun ianya tidak berlaku. Najib dilihat lebih mempertahankan dirinya sendiri daripada mempertahankan parti. 

Bila SPRM menangkap beberapa orang pegawai SRC International dan menggeledah pejabat mereka, Najib menjadi panik lagi. WSJ dan Sarawak Report telah mendedahkan bahawa SRC International inilah yang menghulur RM42 juta kepada akaun bank Najib. 

Ini anak syarikat Kem. Kewangan. Maknanya Najib menerima rasuah dari syarikat kepunyaan Kementerian Kewangan sendiri! Takut rahsianya terdedah maka pihak polis menangkap pula beberapa orang pegawai SPRM yang menyiasat SRC International. 

Satu lagi dongeng dicipta. 

Kononnya polis hendak mendapatkan maklumat siapakah yang membocorkan rahsia Najib kepada media asing! Kononnya konspirasi untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Rakyat tahu itu helah polis dan TPM yang baru untuk melindungi Najib. Rakyat hanya memekak telinga saja terhadap dongeng polis dan Zahid itu.

Zahid tahu tali hayat politik Najib semakin menjerutnya. Dia sudah membina angan-angan menjadi PM dalam masa yang singkat kalau Najib tersungkur cepat. Dari laporan polis dia tahu rahsia Najib seperti yang didedahkan WSJ dan Sarawak Report itu benar. Lalu dia berlagak sebagai pemain silap mata untuk meyakinkan Najib bahawa dia banyak membantu Najib melindunginya dari kes rasuah dan pecah amanh serta penyalahgunaan kuasa. 

Sebenarnya nyawa Najib di hujung tanduk kini. Kalau Zahid berpaling tadah, menggunakan polis, dengan segala bahan bukti yang ada, Zahid boleh heret Najib ke mahkamah bila-bila masa saja.
Setelah Muhyiddin dipecat sebagai TPM hanya Zahid yang paling berkuasa hari ini untuk menentukan nasib Najib kalau dia berani bertindak hendak menyelamatkan UMNO. 

Banyak orang berpendapat tali hayat politik Najib paling lama sampai akhir tahun ini saja. Kalau Najib masih berkuasa sampai PRU 14 bukan saja UMNO kalah tetapi Najib, Rosmah dan seluruh kabinet "Najib Fan Club" akan diheret ke mahkamah. Korupsi sudah menjadi barah dalam pentadbiran Najib hingga Malaysia dianggap oleh dunia sebagai negara paling korup dewasa ini.

Sekarang rakyat sedang memerhati tindak-tanduk Zahid sebagai TPM merangkap menteri dalam negeri. Apakah dia mempunyai agenda tersembunyi untuk merealisasikan mimpinya menjadi PM secara mi segera atau melindungi Najib sampai UMNO ditalkinkan oleh ahli-ahlinya sendiri pada PRU 14. Rakyat tunggu melihat lakonan mereka.

Konspirasi yang dicipta hanyalah dongengan bagi mengaburi mata rakyat supaya melihat Najib dilihat langsung tidak bersalah dalam kes ini.

4 comments:

  1. Yang dituliskan ni pun cerita dongeng..hahah sampai bila la nak aman msia. Lepas satu satu..Pembangkang dengan gaya fitnah dan pembohongan umno pun sama byk dongeng.... menyesal jadi manusia zaman ni semua poyo lebih baik duduk zaman batu...2x 5 dah sampai masa ATM ambil alih...

    ReplyDelete
  2. ini lagak gaya batuapi dajjal DAPIG

    ReplyDelete
  3. fokus pada musuh utama UMNO bukan menari bersama pembangkang....

    ReplyDelete
  4. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri...










    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.