Wednesday, August 26, 2015

Saya Sedikit Pun Tak Percaya Wang Yang Masuk Dalam Akaun Najib adalah Derma Dari Tok Arab


Tun Dr Mahathir Mohamad enggan percaya RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah duit derma, sebaliknya yakin ia ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun duit tersebut telah disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tun Mahathir  tidak dapat menerima penjelasan itu memandangkan jumlahnya yang terlalu besar.

"Saya tak percaya ia adalah derma. Saya tak percaya ada orang yang sanggup beri sama ada Arab atau sesiapa sahaja," katanya dalam temu bual bersama akhbar perniagaan antarabangsa Financial Times.

Untuk rekod kerajaan Arab Saudi yang kaya dengan minyak cuma menderma USD100 juta kepada Bangsa-bangsa Bersatu untuk menentang kegiatan yang berunsur teroris. Derma kerajaan Saudi itu diberi terus pada Setaiusaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu.

Wang tersebut juga tidak masuk dalam akaun peribadi Setiausaha Agung tapi dalam akaun Bangsa-bangsa Bersatu.

Kisah Najib menerima derma amat luarbiasa apabila beliau sendiri mengaku bahawa dua akaun peribadinya di Ambank telah dimasukkan duit sebanyak USD700juta (RM2.6 bil). Cerita lucu ini juga telah dijaja oleh SPRM dan menteri-menteri pengampu Najib wang itu adalah "derma". 

Nama penderma tidak boleh diberitahu kononnya penderma itu tidak mahu mendedahkan dirinya dan beliau ikhlas menderma tanpa meletakkan apa-apa syarat. Pendek kata nak bagi saja duit kat Najib.

Kata WSJ wang itu adalah rasuah. Kononnya Najib hendak menyaman WSJ kerana memalukan dirinya. Setakat ini abuk pun tarak beb! Tak berani hendak saman. Apa maknanya? Tentulah betul apa yang dilaporkan WSJ dan juga Sarawak Report itu. Ini wang rasuah!

Tun M yakin Najib lambat-laun akan dipaksa untuk melepaskan jawatannya walaupun enggan berbuat demikian.

"Saya rasa pada satu tahap beliau perlu berundur kerana hari ini beliau menjejaskan sistem undang-undang," katanya.

Najib sebelum ini berkata, RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Ambank tidak digunakan bagi tujuan peribadi tetapi untuk parti dan pilihan raya umum (PRU) lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu berkata, pihaknya bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan wang berbilion ringgit kepada Najib.

Katanya, dermawan Arab itu menjelaskan negara ini bukanlah satu-satunya pihak yang menerima sumbangan berkenaan kerana ada banyak sahabat daripada kalangan negara Islam mendapat sumbangan sama seperti itu.

"Mereka mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) tetap memerintah negara," katanya.

Apa patut Najib lakukan sekarang hanya meletak jawatan secara terhormat. Umno pula jangan banyak sangat mengampu pentingkan parti dan negara daripada mementingkan Najib serta keluarganya.

Kalau UMNO tidak berani menyingkirkan Najib maka 15 juta pengundi akan mempastikan Najib dan BN terus melingkup pada PRU 14. Kalau Najib disingkirkan sekarang harapan UMNO untuk kembali berkuasa amat cerah kalau Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, bukan balaci Anwar dan Najib - Zahid Hamidi.

Kabinet kayu 1MDB mesti disingkirkan bersama Najib . Rakyat mahu melihat barisan pemimpin baru yang berjiwa dinamis, berilmu, tidak korup, berpegang pada tali Allah, punya wawasan terbaik dan tidak lupa asal usul bangsa merela, ugama dan negara tercinta.

11 comments:

  1. Aku rasa tak usah diheret UMNO dalam kemelut ini. Sepatutnya UMNO mezti bersikap berani meminta Najib menjaeab sendiri segalanya. Ini soal peribadi dia dan bukan parti. Pehak berkuasa sepatutnya menyiasat segala tuduhan keatas Najib, diheret je mahkamah dan menerima hukuman sama saperti raktat biasa dan tiada kompromi. Dengan ini barulah UMNO dapat dilihat bersih. Turut sama disiasat semua Menteri dan individu yang lain yang turut terlibat.. pendekata kalau tak dapat digeneral overhaul maka wajarlah dilakukan top overhaul.

    ReplyDelete
  2. Kalau umno kalah..rakyat biasa dan ahli biasa umno akan hidup macam orang melayu kat penang...tapi yg paling kena bangsat dan dibangsatkan adalah pemimpin umno..semua kes akan dibawa je mahkamah dan seterusnys masuk jel..maka jadilah manusia bangsat.

    ReplyDelete
  3. Kalau umno kalah..rakyat biasa dan ahli biasa umno akan hidup macam orang melayu kat penang...tapi yg paling kena bangsat dan dibangsatkan adalah pemimpin umno..semua kes akan dibawa je mahkamah dan seterusnys masuk jel..maka jadilah manusia bangsat.

    ReplyDelete
  4. Kalau umno kalah..rakyat biasa dan ahli biasa umno akan hidup macam orang melayu kat penang...tapi yg paling kena bangsat dan dibangsatkan adalah pemimpin umno..semua kes akan dibawa je mahkamah dan seterusnys masuk jel..maka jadilah manusia bangsat.

    ReplyDelete
  5. Saya sgt malu melihat gelagat org UMNO sekarang. Yg menjatuhkan UMNO adalah org UMNO sendiri. Saya setuju dgn apa yg dinyatakan dlm blog ini (link) >>


    http://www.mykmu.net/2015/08/tolonglah-beri-mahathir-fakta-yang-betul/

    ReplyDelete
  6. Dr m..susu sakat pembangkang..bila nak join mulut2 longkang pembangkang..nak tahu jugak penderma tanyalah sprm..kan susah Sgt..asyik2 pasal 2.6bil..sampai kiamat pun tak habis..

    ReplyDelete
  7. Tidak salah akar umbi memperkatakan sesuatu perkara yang sedang menjadi viral, kerosakan UMNO berpuncaya dari issue yang tidak terjawab, pemimpin tak telus dan ahli yang lemah daya juang. Rakyat bukan bodoh, macam buah, tiba masa ia gugur, tapi perlu ingat kadang kala taksempat masak, ribut melanda semua gugur. Apa macam,

    ReplyDelete
  8. Semasa Tun dulu telus sgt ke? Apa yg telus?

    ReplyDelete
  9. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

    ReplyDelete
  10. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.