Monday, August 24, 2015

Sebenarnya Jika Najib Masih PM Orang Melayu Akan Bangsat



Orang Melayu akan bangsat sekiranya UMNO yang meneraju politik negara ini kehilangan kuasa, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di Kangar.

Katanya, akar umbi UMNO wajib mempertahankan parti yang menunjang kepimpinan negara itu.

“Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?


Pernahkah Najib berfikir kenyatan-kenyataannya bercanggah antara satu dengan lain? Pernahkah dia fikir rakyat sudah muak dan benci terhadapnya? 

Apakah dia tahu rakyat dalam kesusahan, kemiskinan menguasai hidup mereka akibat penyelewengan dan kerakusan kepimpinannya? Apakah dia langsung tidak tahu berjuta rakyat sembahyang hajat dan berdoa pohon Allah menyelamatkan rakyat dan negara tercinta ini, dan menghancurkan para pemimpin mungkar yang menyebabkan penderitaan mereka?

Dia berkokok Melayu akan bangsat dan hancur kalau UMNO hilang kuasa pada PRU 14. Betul UMNO akan hilang kuasa kerana rakyat benci kamu, menyampah melihat bini kamu yang super rakus.

Kalau rakyat menolak UMNO/BN pada PRU 14 kerana mereka tidak mahu kamu menjadi PM merangkap presiden UMNO lagi. Nokhtah. Jangan salahkan Tun M atau pihak lain yang menentang kamu sekarang. 

Umno akan menjadi lebih kuat jika kamu  tidak lagi menjadi Presiden umno kerana kamu merupakan liabiliti kepada umno bukannya akar umbi ahli umno.

Bagaimana pula dengan rakyat Kelantan? Kelantan sudah hampir menyambut jubli perak (25 tahun) pemerintahan tanpa UMNO berkuasa di negeri itu. Apakah Melayu Kelantan sudah bangsat selama 25 tahun? 

Dari segi ekonomi, dalam 25 tahun ini cukup ramai Melayu Kelantan yang berjaya dalam perniagaan dan memberi pula peluang yang cukup banyak untuk anak anak muda bekerja. 

Terbangsat Melayu saat ini adalah bukan kerana UMNO. Hinanya Melayu bahkan seluruh rakyat Malaysia juga bukan kerana UMNO. Nama negara ini terpampang di seluruh akhbar dunia dengan Skandal 1MDB, Duit RM2.6 billion dan sebagainya. Bangsat maruah kita di mata masyarakat dunia dek kerana kamu.

Wang MARA, Tabung Haji, Affin dan sebagainya semua terpalit dengan kamu. Belum cukup bangsatkah bangsaku? Jika ditegur akan dibuang seperti Timbalan Perdana Menteri. Di tukar Jabatan, diserbu rumah dan disiasat jam 1 pagi. Diugut dan ditekan.

Di mana nilai ringgit saat ini? 


Mana-mana pergi rakyat sudah memandang jijik terhadap umno disebabkan kepimpinan Najib yang terlalu lemah.

Tun M tidak masuk gelanggang pada usia 90 tahun kalau kamu seorang PM yang berhemah, perihatin terhadap rakyat, tidak korup, tidak dikuasai oleh bini yang super rakus dan berpegang pada tali Allah, bukan pada jampi serapah bomoh atau sami Hindu atau Budha.

Kalau kamu berjiwa besar, bertakwa kepada Allah, meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan diri kamu dan keluarga kamu, sila letak jawatan sekarang. UMNO akan hilang kuasa politik pada PRU 14 kalau kamu masih gila kuasa, mengkhianati aspirasi rakyat, menyalahgunakan kuasa untuk kekal berkuasa. Tali hayat kamu hanya sampai PRU 14 kalau masih tercokol sebagai PM. 

Kalau BN kalah kamu, isteri kamu dan para balaci kamu yang korup, menyalahgunakan kuasa akan diheret ke mahkamah. Tak ada lagi maaf bagimu, Najib. Allah tetap akan melindungi rakyat yang tak berdosa. Malaysia kaya raya diberkati Allah. 

Malangnya kamu Najib tidak tahu bersyukur amanah Allah dan rakyat yang diberikan kepada kamu. Kuasa bukan milik kamu sampai mati. Ia milik Allah, dan Allah boleh merebut kembali kuasaNya bila-bila masa saja.

9 comments:

  1. Tak perlu guna perkatan yg kesat saperti itu kerana rakyat bijak menilai sendiri siapa yang mereka nak pilih menjadi pemimpin, tak semesti nya umno dan BN akan kecundang jikalau Najib letak jawatan atau disingkirkan kerana ramai lagi yg bijak dan layak jadi pemimpin dikalangan ahli umno dan BN sendiri. Pilih lah yg boleh memimpin dgn adil nya dan yg tidak suka menyalah gunakan kuasa.

    ReplyDelete
  2. Aiya, anon-anon BANGKAI BABI BANGSAT, lu manyak sedap itu LAHAP JUBOQ BABI JIJIK kitSIAL/gong eng aaahhhh?!!

    TANGKAPkit-SIAL/gong eng BANGKAI BABI! Tau pula TAKUT bila kita minta SPRM/PDRM siasat PKRHOMO/DAPBANGKAI BABI-PERASUAH-no 1!

    Yg. akan diKUBURkan dan diTERAJANG adalah si PENYAMUN/PENGGANAS/LANUN-PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI BABI-amat-SIAL-si EJEN/KULI YAHUDI ZIONIS-no-1!

    OI si puak KEPARAT BANGKAI BABI ANTI-ISLAM/MELAYU, jangan lu nak MENYAMAQlah oi si PENAKUT-PENAKUT! lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI ni diBAYAQ si TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO utk.”copy paste” komen-BANGANG memanjang aahhh?! Lu manyak LAHAP itu KANGKANG BABI aaahhh?!!

    Apahal puak BABI lu asyik nak MENYIBUK psl. UMNO dan YAB PM BUMIPUTERA Islam/Melayu kami aahhhh - tapi TAK tak pula lu nak TERLOLONG psl. kitSIAL dpt. DERMA sampai BERATUS JUTA masuk akaun peribadi dia dr. PAPSingaPORK tu, serta DERMA utk. DAPBANGKAI BABI dari JUDI/PELACURAN HARAM dan si YAHUDI ZIONIS - di http://theunspinners.blogspot.com/2015/08/bila-dap-pkr-suaram-dan-bersih-nak-akui.html , Bila DAP, PKR, Suaram dan Bersih nak akui terima dana dari judi haram, PAP dan CIA?, Posted by The Unspinners at 8/02/2015!

    Mahupun NGO-NGO/media-media KERBAU-KERBAU ekoq-ekoq BANGKAI BABI yg.dok MEMBIAK kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-EJEN/KULI-CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1 - yg. dpt. DERMA BERJUTA termasuk dr. REJIM-REJIM PENGGANAS Barat-Zionis/ISrael-CIA-Mossad - yg. sampai nak MENGGULINGkan YAB PM BUMIPUTERA Islam/Melayu, UMNO/mana-mana institusi BUMIPUTERA dan KERAJAAN kami di NEGARA ISLAM kami ni (di http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2015/08/yahudi-laknaktullah-hulur-bantuan-untuk.html , YAHUDI LAKNAKTULLAH HULUR BANTUAN UNTUK JAHANAMKAN MALAYSIA!!, USAHA SEKUTU ISRAEL UNTUK PERALIHAN REGIM DI MALAYSIA DENGAN SALURAN DANA BERJUTA DOLLAR KEPADA PAKATAN RAKYAT?, August 03, 2015)!

    Jadi baik PI MAMPOS lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1!

    ReplyDelete
  3. Biarkan je. Kita tengok nasib siapa yang jadi bangsat nanti. Dh nasihat cara baik tak nak dengar

    ReplyDelete
  4. Amat bersetuju dengan hujahan daripada tuan blogger !!

    ReplyDelete
  5. Doa adalah senjata bagi umat islam..... doa org teranaiya lagi cepat Allah makbulkan, berdoa la....insyaAllah Najib Razak akan tersungkur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ko ckp Nuar brhim ternaya lah kene fitnah lah tp ttap gk kene pnjara walau d nafikn beliau.

      Delete
  6. Ayat pemimpinan Najib terlalu lemah rasa tak tepat. Mati pucuk adalah...6 tahun....

    Last 30 years of success been wiped out in 6 bloody short years!

    Malaysia is now very well known for all the wrong reasons and the jokes are snowballing!

    ReplyDelete
  7. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

    ReplyDelete
  8. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.