Monday, September 14, 2015

"Khalid Sahkan Perhimpunan Baju Merah Adalah Sah Disisi Undang-Undang"


Himpunan Rakyat Bersatu atau ‘himpunan baju merah’ yang dirancang dan dianjurkan oleh bekas taukey ikan bakar Sekinchan pada Rabu ini dianggap sah mengikut undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman, kata KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Perhimpunan ini juga dikatakan telah dibenarkan selepas penganjur memperolehi kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok bagi menganjurkan perhimpunan itu.

PDRM juga memberikan jaminan polis akan melindungi keselamatan orang ramai di Kuala Lumpur dan mendesak rakyat usah percaya khabar angin yang menyeru bukan Melayu menjauhi kawasan pusat bandar kerana akan ada kemungkinan rusuhan.

“Sekarang, perhimpunan akan dibenarkan berlangsung. Walaupun secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan demonstrasi tetapi kita akan benarkan kerana ia memenuhi kriteria mengikut undang-undnag berkenaan.

“Kita akan mengerahkan tenaga anggota secukupnya dan kita mampu memastikan keselamatan semua orang,” kata KPN


Untuk maklumat perhimpunan ini pada mulanya dicetuskan oleh seorang ketua umno bahagian Sungai Besar  Jamal Pak Tongkol seorang pengampu Najib kononnya untuk menghalang peserta Bersih 4 daripada berhimpun di kawasan Kuala Lumpur.

Oleh kerana tiada sambutan maka mereka tidak jadi turun ke Kuala Lumpur ketika peserta Bersih 4 berada di Kuala Lumpur.  

Apabila perhimpunan itu berdasarkan hanya menyokong Najib sudah tentulah ramailah orang Melayu tidak akan hadir oleh itu mereka menukar rentak iaitu berhimpun untuk “Kebangkitan Maruah Melayu”. Jadi ramailah orang Melayu yang cukup bersemangat untuk turun bagi menandingi peserta Bersih 4.

Perhimpunan baju merah atau Himpunan Rakyat Bersatu dikatakan diadakan untuk membalas perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung menjelang sambutan Hari Kebangsaan, mendesak Najib meletak jawatan susulan skandal kewangan 1 MDB dan derma RM2.6 billion sehingga menyebabkan Malaysia dilihat negara banyak rasuah di mata dunia.

Tujuan kedua perhimpunan itu juga untuk melahirkan kemarahan berikutan rakaman peserta Bersih 4 memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mereka juga mahu kerajaan mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan oleh Najib demi untuk meraih sokongan kaum cina kepada BN. Namun pada PRU13 lalu menunjukkan kaum cina tidak menyokong BN dan pentadbiran Najib.

Jika itulah tujuan mereka kenapa tidak biarkan saja polis membuat tangkapan terhadap cina yang memijak gambar Najib dan Haji Hadi. 

Kenapa mereka tidak menghantar memorandum kepada Najib supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dikekalkan.

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA pernah mencabar Najib untuk mengadakan referendum untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya mahu ISA dimansuhkan.
Persoalannya sekarang jika itulah tujuannya kenapa penganjur perlu mengheret budak-budak kampung yang tidak tahu apa-apa untuk beremosi kononnya maruah Melayu sudah tercabar turun ke berhimpun di Kuala Lumpur.


Apakah ada agenda lain sebalik perhimpunan ini?

Mengapakah Najib dan Zahid merestui perhimpunan ini?

Daripada berbagai kenyataan media yang dibuat oleh penganjurnya Jamal Pak Tongkol Tauke Ikan bakar ternyata ia mempunyai agenda lain dari perpaduan Melayu. Banyak orang berpendapat himpunan baju merah sebagai suatu versi baru WE LOVE PM yang gagal mendapat sambutan rakyat jelata itu. 

Bagaimana dengan budak-budak Melayu yang bekerja dengan syarikat, kilang dan kedai milik kaum cina adakah mereka akan turun semata-mata kononnya untuk menebus maruah Melayu? Apa jadi jika mereka dibuang kerja kerana ponteng semata-mata untuk turun ke KL. Siapa akan memberi mereka pekerjaan selepas itu?

Sudah hampir 59 tahun Umno memimpin Malaysia jika Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi kenapa cina hendak dipersalahkan? Sedangkan pemimpin-pemimpin di atas sering berurusan  dengan taikun-taikun cina demi untuk kepentingan peribadi mereka.

Selama ini orang Melayu dijadikan sasaran apabila pemimpin umno mengalami masalah besar seperti ini dan menggunakan sentimen ini demi untuk melupakan penyelewengan yang telah dilakukan oleh Najib dan Jho Low.

13 comments:

  1. HIMPUNAN MERAH yang dijadual berlangsung pada 16 Sept nanti dah dijangka memdapat kebenaran kerana semua rakyat tahu siapa di belakang himpunan itu>Himpunan itu telah mendapat restu dari OMNO>untuk kabar nya mereka berhimpun untuk memberi sokongan pada kerajaan> yang JANJI DI TEPATI > RAKYAT DI DAHULUKAN DENGAN CUKAI GST>

    ReplyDelete
  2. Apakah tujuan perhimpunan ini? Sampai sekarang pun takde satu pihak pun yang mampu mengatakan tujuan perhimpunan.

    ReplyDelete
  3. ASAL MELAYU BUAT RASIS...ASAL MELAYU CAKAP ...RASIS....ASAL MELAYU BERTINDAK ....RASIS.....MANA JATI DIRI KAMU SEBAGAI MELAYU BILA PEMIMPIN MELAYU DIPIJAK OLEH CHINA DAP...SIAPA YANG MAHU DISAPU OLEH CHINA DAP SEMASA BERSIH 4 KALAU BUKAN MELAYU...SOAL NAJIB ADALAH YANG KE 1000...TAPI SOAL MARUAH ADALAH NO 1.....BANGSAT KAMU KALAU KAMU PENGECUT...BUKAN TUJUAN MELAYU NAK MUSNAHKAN KUALA LUMPUR..CUMA NAK BAGITAU KAT CHINA DAP MELAYU MASIH WUJUD DIBUMI BERTUAH....TANAH PUSAKA MELAYU....CHINA BOLEH BALIK KE CHINA TAPI KEMANA MELAYU PERLU PERGI KALAU DISAPU DIHALAU OLEH CHINA DAP....

    ReplyDelete
  4. HAHAHA DBKL bagi kelulusan...Ini apa punya kerajaan najib, semua macam penyamun buat kerja double standard.

    ReplyDelete
  5. Kalau betul najib mempunyai semangat melayu lebih baik dia buat sesuatu supaya melayu mampu bangkit dari kemiskinan dengan penuh bermaruah.

    ReplyDelete
  6. Sama kita tengok dan bilang berapa kerat nak datang.Kalau bawah 100k kira gagallah.Tujuan dan hala tuju pun x tahu,rasanya mat rempit saja yg datang sebab dapat duit minyak.Kan ada 2 6b ...zgv

    ReplyDelete
  7. KITA disuruh ada jati diri tapi pemimpin umno jual tanah, jual projek kepada orang cina ada jati diri ke…tak ke itu namanya BANGSAT seperti menjual negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro...jatidiri konon..Ahli suruh setia,jgn gaduh,tamak,sokong pemimpin tapi kalau pemimpin2 tertentu kat atas mcm @$$#%,mangkuk,sapu semua projek,tamak dan ego,mcm mana nak sokong.Pemimpin dulu pikir rakyat.Buat konsep payung .,lahirkan jutawan2 melayu yg tlg bangsa sendiri.Ni bangunkan jutawan2 Umno yg x guna.Sapu duit parti billion2.Malu la.

      Delete
  8. Biar berapa orang pun pun yg datang saya anggap beliau berjaya,kerana ada juga yg datang dan beliau cukup berani menganjurkannya .Yg gagal adalah Melayu yg rasa rendah diri,malu ,tak bersemangat ,berpecah belah dan hasad dengki merasa gembira bila melihat orang lain 'gagal' terutamnya bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  9. Bila ada agenda untuk kepentingan peribadi tak siapa pun yang sudi hadir

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum wmt,
    Kalaulah perhimpunan dan perarakan baju merah itu dibuat atas niat mahu 'membalas' tindakan pembangkang (kaum cina) yg pakai baju kuning, bagus ler.
    Tanda berani dan sanggup bertindak balas kononnya.
    Tapi kenapa setelah empat kali baju kuning buat hal, baru sekali ini baju merah nak lawan?
    Lebih penting untuk dikaji ialah sedarkah kalian bahawa Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi adalah kerana orang Melayu membalas tindakan pembangkang yg menghalau Melayu keluar dari KL selepas PRU1969?
    .
    Kalau nak buat biar betul-betul. Jangan 'hangat-hangat tahi ayam'. Persediaan menghadapi segala klemungkinan mesti ada.
    Fikir-fikirkanlah.....
    Wallahhu'alam.

    ReplyDelete
  11. KALAU ANDA MAU TAU INFO TOGEL, KENALKAN NAMA SAYA PAK WARHADIK, KAMI TINGGAL DIKALTIM PEKERJAAN JUAL NASI GORENG, SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA NYI REKSO SARASWATI NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA NYI REKSO SARASWATI BERKAT ANGKA YANG DI BERIKANN SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTAH ANGKA,4D…


    ANGKA NAIK YAITU,DI.
    6D.SPORTS,TOTO 5D 6D
    SIAPA TAU ANDA SEMUA MAU RASAIN SILAHKAN GABUNG SAMA KAMI,

    DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL,07,07,2014…
    ….
    SEMUA HUTANG HUTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI ,KAMI PUN BISA MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI NYI REKSO SARASWATI /SMS KE NMR INI,082322216958—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
    TOGEL DI,JAMIN [5] KALI PUTARAN… NYI REKSO SARASWATI Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada NYI REKSO SARASWATI yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang…Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari NYI REKSO SARASWATI yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih NYI…Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apaka 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja NYI REKSO SARASWATI
    …di nmr HP [082322216958]pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!

    DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
    KLIK DISINI
    angka;GHOIB: singapur
    angka;GHOIB: hongkong
    angka;GHOIB; malaysia
    angka;GHOIB; toto magnum 4d
    angka"GHOIB; laos…
    angka"GHOIB; macau
    angka"GHOIB; sidney
    angka"GHOIB: vietnam

    ReplyDelete
  12. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.