Tuesday, September 1, 2015

Nama Najib Terus Tercemar Apabila Portal Penyokongnya Mempergunakan Nama Syed Mokhtar


Hari ini Hartawan korporat dan pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, bukan penulis artikel bertajuk 'Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak' yang pertama kali muncul pada Sabtu (29 Ogos).

Artikel tersebut pertama kali muncul dalam portal penyokong kuat Najib Razak (mykmu.net) kemudiannya disalin dalam beberapa blog penyokongnya serta disebarkan dalam media sosial secara besar-besaran dua hari yang lalu tetapi portal MYKMU telah memadamkan artikel tersebut sehari selepas artikel itu muncul. 

Selepas dibuat pencarian hanya terdapat 3 sahaja blog yang masih mempunyai tulisan kononnya Syed Mokhtar yang menulis.



Yayasan Albukhary dalam kenyataan di sini hari ini, berkata artikel itu telah memperdaya orang ramai untuk berfikir atau mempercayai bahawa Syed Mokhtar yang telah menulisnya.

Ia mendakwa artikel ini telah mendapat perhatian dan telah diterbitkan semula dalam laman sosial dan turut disebarkan menerusi aplikasi khidmat mesej WhatsApp.

"Kami tidak akan membiarkan perbuatan menyamar sebagai Tan Sri Syed Mokhtar, termasuk menggunakan nama beliau secara salah di sisi undang-undang atau tanpa kebenaran.

"Untuk mengelak kesangsian atau kekeliruan, laman web Yayasan Albukhary kekal menjadi satu-satunya wadah awam rasmi bagi Syed Mokhtar," katanya dan menurutnya, yayasan mendoakan kejayaan dan pertumbuhan berterusan bagi Malaysia.

Dua hari lepas, artikel bertajuk 'Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak' menjadi viral dalam laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp.

Ini menunjukkan penyokong Najib Razak sudah terdesak demi menyelamatkan nyawa Najib sebagai PM hingga sanggup menipu dengan menggunakan nama seorang tokoh yang ternama yang dihormati oleh orang Melayu.

Mereka seharusnya memohon maaf kepada Syed Mokhtar dengan penipuan ini agar nama Najib Razak tidak terus tercemar.

Berikut adalah artikel yang dimaksudkan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia n islam (izin edit sikit jer) izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita. 

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan. 

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah? 

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014. 

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian. 

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar. 

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh. 

10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998. 

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi. 

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini? 

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam. 

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib. 

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri? 

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana. 

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun. 

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau. 

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi? 

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara. 

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri? 

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini. 

Wassalam, 
Tan sri syed mokhtar al-bukhary

Sayangkan Islam dan Negara.



14 comments:

  1. senang jer, saman terus tak yah suruh mintak maaf. selagi tak kena selagi itulah akan dilakukan. kalau nak membodek pun agak agaklah. tu sumer bukan aper, dah takda apa lagi nak ditulis. betul jugak najib kata mereka mereka ini blogger bangang.

    ReplyDelete
  2. '"Money is king"!.Maka yang menjadi ..... (tak tahu untuk mengelar mereka-mereka ini) akan membuat bermacam-macam putar belit untuk memanaskan lagi keadaan.Asalnya hanya pertanyaan dengan pekara-pekara yang membabitkan PM,jawapan berpusing-pusing hingga naik pening.Cantas mencantas pun mengambil tempat.Tumpu saja pada pekara asal jangan kita sebagai...... merika -merika cerita mengaitkan orang-orang tak bersalah sebagai mangsa.Adakah TSSM terbabit dalam kis yang dipertikaikan ini?.Janganlah kerana saekor kerbau membawa lumpur semuanya habis terpalit.Mahu duit berusahalah,yang paling senang tikam ekor hanya bagi idiea,kalau ingat kita berugama Islam tak boleh main ekor lebeh baik tinggalkan cara merika fitnah ini.Hanya sebagai hamba Allah hentikanlah cari makan dengan spin fitnah konon kita sayang pada PM.

    ReplyDelete
  3. Dah terdesak sgt le tu.

    ReplyDelete
  4. Tak kira siapa yang mustahak mesej yang benar sampai. Satu mesej je dah kecoh. Fitnah yang dikeluarkan tiap2 hari tak kecoh pulak.

    ReplyDelete
  5. Ni kerja2 penyokong Ah Jib Gor untuk penanyai orang2 yang berpihak kepada Dr M, mereka sudah tahu sokong Ah Jib Kangkong di tahap yang rendah dan marah kepada perniaga2 yang tak sokong si bugis ini!!!

    alfie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kah bangsat2 dalam Pkr atau Redbean tak boleh ambil kesempatan yang sama ? Atau pon musibat2 yang duduk atas pagar yg suka melaga2 kan orang yang buat? Please think like Bro2 di Bukit Aman yang melihat suspects dari semua angle..kalau seorang isteri mati suami dia anak dia saudara2 dia jiran dia semua dianggap suspects! Ini baru kaedah saintifik. ..bodoh punya machai2 yg terus hentam kromo kata geng Najib yg buat..

      Delete
  6. Bila sauh dilabuh, layar dibuka kapal tak jalan Ahjib gor kata kenapa tak jalan sebab cai-cai dia semua tidur ngok

    ReplyDelete
  7. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

    ReplyDelete
  8. Nek tempoyak, u kat mane?

    ReplyDelete
  9. OI anon-anon BANGKAI BABI BANGSAT, lu manyak sedap itu LAHAPJUBOQ BABI JIJIK kit SIAL/gong eng aaahhhh?!! Lu manyak sedap aaaahhhh itu JILAT sama LENDIR kitSIAL/gong eng, sampai muka lu yg. mcm. BANGKAI BABI pun penuh berLENDIR aaahhhh?!

    TANGKAP kit-SIAL/gong eng BANGKAI BABI BANGSAT RASIS! Tau pula TAKUT bila kita minta SPRM/PDRM siasat PKRHOMO/DAPBANGKAI BABI-PERASUAH-no 1! Sebab tu depa dok buat demo TERORIS HARAM JADAH BerSHIT RASIS-PORNO-HOMO ni - utk- MENIPU Dunia terutamanya!

    Yg. akan diKUBURkan dan diTERAJANG adalah si PENYAMUN/PENGGANAS/LANUN-PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI BABI-amat-BANGSAT-si EJEN/KULI YAHUDI ZIONIS-no-1!

    OI si puak KEPARAT BANGKAI BABI ANTI-ISLAM/MELAYU, jangan lu nak MENYAMAQlah oi si PENAKUT-PENAKUT! lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI ni diBAYAQ si TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO utk.”copy paste” komen-BANGANG memanjang aahhh?! Lu manyak LAHAP itu KANGKANG BABI aaahhh?!!

    Apahal puak BABI lu asyik nak MENYIBUK psl. UMNO dan YAB PM BUMIPUTERA Islam/Melayu kami aahhhh - tapi TAK tak pula lu nak TERLOLONG psl. kitSIAL dpt. DERMA sampai BERATUS JUTA masuk akaun peribadi dia dr. PAPSingaPORK tu, serta DERMA utk. DAPBANGKAI BABI dari JUDI/PELACURAN HARAM dan si YAHUDI ZIONIS - di http://theunspinners.blogspot.com/2015/08/bila-dap-pkr-suaram-dan-bersih-nak-akui.html , Bila DAP, PKR, Suaram dan Bersih nak akui terima dana dari judi haram, PAP dan CIA?, Posted by The Unspinners at 8/02/2015!

    Mahupun NGO-NGO/media-media KERBAU-KERBAU ekoq-ekoq BANGKAI BABI yg.dok MEMBIAK kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-EJEN/KULI-CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1 - yg. dpt. DERMA BERJUTA termasuk dr. REJIM-REJIM PENGGANAS Barat-Zionis/ISrael-CIA-Mossad - yg. sampai nak MENGGULINGkan YAB PM BUMIPUTERA Islam/Melayu, UMNO/mana-mana institusi BUMIPUTERA dan KERAJAAN kami di NEGARA ISLAM kami ni (di http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2015/08/yahudi-laknaktullah-hulur-bantuan-untuk.html , YAHUDI LAKNAKTULLAH HULUR BANTUAN UNTUK JAHANAMKAN MALAYSIA!!, USAHA SEKUTU ISRAEL UNTUK PERALIHAN REGIM DI MALAYSIA DENGAN SALURAN DANA BERJUTA DOLLAR KEPADA PAKATAN RAKYAT?, August 03, 2015)!

    Jadi baik PI MAMPOS lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1!

    ReplyDelete
  10. Machai2 Madey banyak yg bahlul2. .aku ada kawan satu Dato Doktor Bangsa China...dia kata semua China marah Najib sebab sekat peluang niaga China . .Najiblah yg sokong Tan Sri Mokhtar bagi lesen Gula kepada Malaysian Sugar Manufacturing dan rampas balik dari Robert Kok..China chukop marah bila Melayu Syed Mokhtar ditolong oleh Najib. ..machai2 Madey tak tau pun hal ini..jenis bodoh berlapis2

    ReplyDelete
  11. WALAUPUN BEGITU DERMA 2.6 BIL ADALAH BUKAN SATU BENTUK FITNAH DAN IANYA BUKAN JUGA KEBETULAN.....IANYA KENYATAAN,,,,,SUKARNYA MENGHALALKAN BENDA YANG HARAM.......sebab tu jangan kita harus berhati 2 dgan tindakan yang dibuat....jika tidak kita sendiri akan menangung akibatnya....SKARANG NASI DH JADI BUBUR

    ReplyDelete
  12. OI si anon BANGKAI BABI 12.50, lu jgn. nak MENYAMAQlah si PENAKUT oi lu manyak sedap itu JILAT JUBOQ BABI JIJIK kitSIAL/gong eng aaahhhh?!! Lu manyak sedap aahh itu JILAT sama LENDIR kitSIAL/gong eng; sampai muka lu yg. mcm. BANGKAI BABI pun penuh berLENDIR aaahhhh?!

    TANGKAPkit-SIAL/gong eng BANGKAI BABI! Tau pula TAKUT bila kita minta SPRM/PDRM siasat PKRHOMO/DAPBANGKAI BABI-PERASUAH-no 1! Sebab tu depa dok buat demo TERORIS HARAM JADAH BerSHIT RASIS-PORNO-HOMO ni - utk- MENIPU Dunia terutamanya!

    Yg. akan diKUBURkan dan diTERAJANG adalah DAPBANGKAI BABI-amat-SIAL-si EJEN/KULI YAHUDI ZIONIS-no-1!

    lu punya ekoq BANGKAI BABI ni diBAYAQ si TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO utk.”copy paste” komen-BANGANG memanjang aahhh?! Lu manyak LAHAP itu KANGKANG BABI aaahhh?!

    Dan yg. si puak TERORIS-TERORIS si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO nak paksa YAB PM BUMIPUTERA ISLAM/Melayu kami letak jawatan sewenangnya apasal dan TUMBANGkan UMNO serta KERAJAAN kat NEGARA ISLAM kami ni - lu ingat kami MAJORITI dari BUMIPUTERA Islam/Melayu yang pilih YAB PM dan KERAJAAN kami ni, KULI-KULI lu, oi si KEPARAT PENGGANAS-PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO!!

    PI MAMPOS lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN PENDATANG KAPIRDAJAL TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1!

    ReplyDelete
  13. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.