Sunday, September 13, 2015

"Saya Tidak Akan Berundur Tapi Akan Berjuang Habis-Habisan"



Najib hari ini berkata beliau tidak akan berundur selagi masih mendapat sokongan parti dan rakyat dan beliau akan berikrar berjuang habis-habisan untuk terus kekal berkuasa.

"Percayalah saya tidak akan kecewakan ahli Umno dan rakyat Malaysia. Semua pemimpin menghadapi cabaran dan apabila dah masuk ke gelanggang, jangan kita keluar di tengah-tengah perlawanan," kata Najib lagi.

"Tetapi saya sedar bahawa dalam apa jua keadaan, perjuangan mesti diteruskan. Kita telah berikhtiar dan menggunakan kebijaksaan, berpakat serta mencari jalan bagaimana kita boleh membangunkan semula parti yang sudah banyak berjasa dan berbudi ini.

"Alhamdulillah kita melihat Umno lebih berjaya pada hari ini," kata Najib lagi.
Kalau Najib percaya kuasa Allah mengatasi kuasa politik beliau tidak akan bertindak keterlaluan. Imej Najib sebagai PM sudah tercemar teruk. Satu dunia tahu anda dibebani bala 1MDB dan bala-bala yang lain lagi. Imej umno masih baik tetapi terpalit dengan imej Najib maka umno pun kini dilihat amat teruk.

Malaysia kini dianggap dunia negara paling korup di bawah pimpinan Najib. Demi mempertahankan kuasa beliau banyak melakukan penginayaan terhadap mereka yang menegur kepimpinannya yang bertentangan dengan amalan demokrasi, keadilan dan kebebasan bersuara. 

UMNO harii ni sudah hilang hargadiri, hilang integriti, hilang pengaruh, dipandang jijik oleh rakyat jelata kerana mempertahankan pemimpin yang dianggap korup oleh rakyat jelata.

Ingat, majoriti orang Melayu masih sayangkan UMNO sebab kesemua pemimpinnya adalah orang Melayu. Sebab itu apabila ada gerakan berlandaskan Melayu ramai orang Melayu akan turut serta.

Namun jangan sesekali mempergunakan isu Melayu demi menutup penyelewengan Najib dan sekutunya jika orang Melayu dah benci umno juga akan menerima padahnya.

Rata-rata orang Melayu kini semakin sedar mereka sudah dipergunakan dan mereka akan berpaling tadah terhadap UMNO kerana mereka tidak mahu Najib sebagai PM lagi, juga sebagai presiden UMNO. 

Mereka mahu Najib beri selamat tinggal pada Putrajaya dan UMNO sekarang. Najib dianggap tidak membawa tuah lagi untuk UMNO kembali berkuasa selepas PRU 14. 

Sesiapa sahaja yang menegur dan mengkritik pasti akan menerima padah. Rakyat, Tun M juga TS Muhyiddin serta Shafie Apdal antaranya tidak percaya Tok Arab "menderma" wang sebegitu banyak. Diongeng Najib terlalu mengelirukan apabila wang tersebut dialirkan semula ke akaun lain.

Najib juga pernah mengatakan beliau tidak diberitahu tentang hutang 1 MDB sebanyak 42 billion namun rakyat tidaklah sebodoh yang disangka setiap urusan perlu dapat kelulusan Najib.

Ingatlah UMNO bukan parti politik hak sesiapa termasuk Najib dan balaci sendirian berhad. Ia hak semua tiga juta ahlinya. Kalau Najib letak jawatan sekalipun umno tetap ada tetap utuh malah akan lebih bertenaga tanpa pemimpin yang dah dilabel korup.

Kalau UMNO hilang kuasa politik maka Najiblah yang "membangsatkan" UMNO. Kalau Melayu menolak UMNO pada PRU 14 maka Najiblah yang membawa sial kepada UMNO. 
Rakyat mahu Najib meletakkan jawatan segera. 

Malaysia yang dihormati rakyat dan dikagumi antarabangsa di era pemerintahan Tun M kini menjadi negara paling korup di dunia. Ringgit hilang nilainya, tak laku di peringkat antarabangsa. Rakyat menderita, ekonomi merosot. 

Rakyat tidak akan lupa isu 1 MDB dan derma 2.6 billion walaupun para pengampu Najib sudah memainkan isu perkauman dan gerakan menebus maruah orang Melayu.

14 comments:

  1. Memang Najib tak akan berundur, sebab dia takut kalau berundur maka dia dah tak ada kuasa, maka dia akan diheret ke mahkamah atas segala salah laku yang dia buat selama ini.

    Najib bukannya berjuang untuk rakyat dan negara, Najib hanya 'berjuang' untuk dirinya, 'berjuang' untuk menyembunyikan segala skandal jenayah peribadinya itu, mempergunakan agensi penguatkuasa untuk menyokong segala perbuatan jenayahnya, malahan pegawai yang jujur dalam agensi penguatkuasa disingkirkan, ditukarkan ke unit yang tak pernah wujud, perjawatan pun tak ada lagi, tapi kerana nafsu serakah Najib, semuanya boleh buat.

    Najib memang jenis tak tahu malu, di Mesir baru-baru ini seorang menteri di Mesir telah didakwa atas kesalahan rasuah, seluruh jemaah kabinet Mesir termasuk Perdana Menteri Mesir meletak jawatan, tapi di Malaysia pula, walaupun dah terbentang di depan mata mengenai salah laku pemimpin seperti Najib ini, pihak berkuasa tak ambil tindakan, malahan jemaah kabinet pula bermatian membela Najib kerana nak jaga jawatan mereka, rakyat sudah mereka tak pedulikan.

    Walaupun Mesir itu negeri yang agak bemasalah, tetapi tindakan Perdana Menteri dan jemaah Kabinet Mesir yang meletak jawatan di atas skandal rasuah yang dituduhkan kepada salah seorang menteri dalam kabinet Mesir itu, menunjukkan mereka lebih berintegriti dari Najib.

    Ini kerana Najib sudahlah laporan polis dibuat terhadapnya mengenai isu penyelewengan 1MDB, malahan tindakan mahkamah diambil mengenai isu RM 2.63 bilion yang sekejap wang derma untuk UMNO, lepas tu jadi derma untuk kerajaan pula, tapi masuk dalam akaun peribadi Najib, tak ada tindakan yang serius dari pihak berkuasa di Malaysia.

    Kemudian kerana sedih tiada langsung usaha untuk menyiasat Najib mengenai kes penyelewengan wang hutang 1MDB, maka laporan polis dibuat di Switzerland, di Britain, di Hongkong, di Perancis di mana wang seleweng tersebut dipercayai berlaku, tetapi Najib dengan muka tak tahu malu berlagak kata rakyat sokong dia, sedangkan rakyat begitu menyampah dengan perangai buruknya itu.

    Blah la Najib, Malaysia aman tanpa Najib, UMNO lebih kuat tanpa Najib, malahan Barisan Nasional akan lebih kukuh dan mantap tanpa Najib, kerana selama ini Najib adalah liabiliti kepada Malaysia, Barisan Nasional dan UMNO, kerana tak pasal-pasal Najib buat jenayah, dibebankan pula kepada kerajaan, dan parti.

    Kepada ahli-ahli UMNO yang masih tidur tu, sedarlah diri segera, tak guna dah terhantuk baru nak terngadah, sudah-sudahlah dibuai mimpi mainan Najib tu, makin hari makin banyak Najib menipu tetapi korang pula dengan bodoh bendulnya mempercayai segala penipuan Najib itu.

    Sedarlah semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tak tau malu tu nuar. selamber jer tutuh puki cina dalam video. seluruh dunia nampak. itu baru muka tak malu. kalau maklumat sengaja diada adakan.....lawan sampai mati pun tak ape. kerana jambatan bengkok jer pun. jangan hati sampai bengkok.
      ...kita rakyat mesti bersatu menghadapi ancaman luar dan dalam...
      sekarang tuan yang bercakap bersekongkol dengan pihak luar ingin menjatuhkan perdana menteri... apa maknanya itu?

      Delete
  2. "Takkan berundur..akan berjuang habis2an"....

    Tu diaa PM boneka bercakap. Atas arahan Rosmah yang tak bagi lakinya letak jawatan. Rosmah tak puas lagi nak jadi PM Malaysia.

    ReplyDelete
  3. ajibgor dok nampak orang ramai kat majlis dia. semua pakat dok tepuk tangan dan lambai kat dia. kira sokongan la tu. ingat mudah ker orang nak mai majlis kalu tak sokong sepenuh hati. nak kata dapat duit dan bas gi angkut, tak dengar cite tu. apa pun, yang mai tu kira sokong la. tu pasal dia meraban kata rakyat sokong. pi kat kedai kopi, abis orang dok kutuk, lagi deras bila masuk cerita bini.

    ReplyDelete
  4. pemain bola main 11 orang...kalau diri rasa bagus main lah sorang sorang..bola gentel sendiri...yg 10 orang tu tepuk tangan aje...rasanya boleh menang 10-0

    ReplyDelete
  5. CAKAPLA APA PUN, DIA X ............

    CUBA TEKA SPESIES APA TU ?????

    ReplyDelete
  6. Kami geng kabinet org pencen rufaqah kopitiam x sokong kamu najib.Kamu penipu bangsa dan agamamu.Malu berPM kamu .. zgv

    ReplyDelete
  7. Kami geng kabinet org pencen rufaqah kopitiam x sokong kamu najib.Kamu penipu bangsa dan agamamu.Malu berPM kamu .. zgv

    ReplyDelete
  8. Taking queue from Anwar Ibrahim, Najib would rather fall with ultimate disgrace then withdrawing with leftovers respect rakyat has of him....Najib had chosen the former, and you have only yourself to blame even if takes 15 years from now to see you in jail!

    It will be far too late to even ponder regrets when you have train-wrecked your dear father's legacy, Tun Abdul Razak and forever you will be remembered as the worst PM and UMNO's President or whatever bits of UMNO thats left to be fed to the dogs!

    Najib can be sure to see dog shits smacked over his face when he's down.

    ReplyDelete
  9. KALAU ANDA MAU TAU INFO TOGEL, KENALKAN NAMA SAYA PAK WARHADIK, KAMI TINGGAL DIKALTIM PEKERJAAN JUAL NASI GORENG, SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA NYI REKSO SARASWATI NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA NYI REKSO SARASWATI BERKAT ANGKA YANG DI BERIKANN SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTAH ANGKA,4D…


    ANGKA NAIK YAITU,DI.
    6D.SPORTS,TOTO 5D 6D
    SIAPA TAU ANDA SEMUA MAU RASAIN SILAHKAN GABUNG SAMA KAMI,

    DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL,07,07,2014…
    ….
    SEMUA HUTANG HUTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI ,KAMI PUN BISA MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI NYI REKSO SARASWATI /SMS KE NMR INI,082322216958—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
    TOGEL DI,JAMIN [5] KALI PUTARAN… NYI REKSO SARASWATI Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada NYI REKSO SARASWATI yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang…Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari NYI REKSO SARASWATI yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih NYI…Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apaka 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja NYI REKSO SARASWATI
    …di nmr HP [082322216958]pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!

    DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
    KLIK DISINI
    angka;GHOIB: singapur
    angka;GHOIB: hongkong
    angka;GHOIB; malaysia
    angka;GHOIB; toto magnum 4d
    angka"GHOIB; laos…
    angka"GHOIB; macau
    angka"GHOIB; sidney
    angka"GHOIB: vietnam

    ReplyDelete
  10. Nak berundur cmne..sekor habuk pon x repot 1mdb ke polis...kalu yg repot pn macai2 kt bwah...
    Mane piji,LGE,LKS.????
    Nak havoc kes bg lah taiko2 besar yg repot ke polis???
    Mane tokei2 besar ni smue????
    TIDO ker????
    Cakap dgn air liur jer pong pang pong pang....
    Hehehe

    ReplyDelete
  11. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum wmt,
    Najib kata dia tak akan kecewakan ahli umno dan rakyat Malaysia. Itu sebab dia tak akan letak jawatan. Ikhlas benar buntinya.....betulkah begitu hakikatnya?

    Yg umno tu kita tolak tepi dulu. Yang dia kata rakyat Malaysia tu, yang mana?
    Lupakah Najib bahawa melalui PRU-13, tak sampai pun 50% rakyat negara ini yg sokong BN.
    Tak sokong BN bererti tak sokong Najib ler tu....

    Itu dulu - semasa PRU13. Tak sampai separuh yg sokong dia.
    Sekarang bagaimana?
    Bagaimana sokongan rakyat terhadap PM Najib setelah isu 1MDB meletop?
    Lebih-lebih lagi setelah rakyat tahu dgn sah bahawa Najib masukkan wang derma untuk UMNO/Kerajaan ke dlm akaun pribadinya sendiri secara senyap-senyap. Kalau tak adalah pendedahan WSJ, tak siapa yg tahu wujudnya duit derma Pak Arab itu.

    Tak ada rasa malukah PM Najib mengaku rakyat Malaysia bergantung harap kpdnya jadi PM?
    Yg pasti PM Najib kita tu dah ditimpa 'penyakit perasan'.
    Perasan dirinya hebat. Perasan darinya disokong semua rakyat. Perasan.... perasannnnn....!
    Fikir-fikirkanlah.....
    Wallahhu'alam.

    ReplyDelete
  13. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.