Thursday, September 10, 2015

Umno Akan Menjadi Semakin Lemah Jika Bapak Segala Isu Masih Ada dalam Umno



Semalam ahli umno akar umbi menyaksikan tiada yang digugurkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang amat dinanti-nantikan. Sebenarnya itu bukannya isu besar yang menimpa rakyat Malaysia cuma jika berlaku pun pemecatan maka akan menyemarakkan kebangkitan rakyat untuk menghukum Najib dan kabinetnya.

Mesyuarat tersebut dikatakan berlangsung dalam suasana cukup “baik dan teratur”, tetapi adakah ini bererti umno akan terus baik dan diterima rakyat.

Jika melihat apa yang Najib lakukan pada orang nombor 2 parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal seperti seolah-olah berlakunya salah faham yang cukup kronik sehingga memaksa beliau memecat mereka berdua daripada kabinetnya.

Ada cakap-cakap menjelang mesyuarat itu, bahawa 7 pemimpin kanan Umno termasuk orang nombor 2 parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal akan dipecat keahlian oleh MT umno namun tidak berlaku seperti yang diandaikannya.

Ada juga yang membuat andaian bahawa cerita 7 pemimpin kanan umno bakal dipecat keahlian oleh MT umno adalah disebarkan oleh penasihat Najib sendiri supaya Najib dilihat seperti 'hero' yang cukup prihatin kerana berjaya menyelamatkan keadaan dan mendengar suara akar umbi umno.

Muhyiddin konsisten dalam mengkritik Najib dalam isu 1 MDB dan derma RM2.6 billion samada beliau dalam kabinet dan selepas disingkir daripada Kabinet Najib dan beliau terpaksa bercakap mengenainya kerana beliau malu apabila umno sudah jijik dihati rakyat dengan dua isu besar itu.

Beliau hanya mahu Najib menjawab kepada akar umbi dan rakyat Malaysia berkenaan dua isu ini supaya mereka faham dan tidak membuat sebarang spekulasi buruk. Namun desakan Muhyiddin dibalas dengan pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kenapa najib terlalu dalam kedua-dua isu tersebut sesiapa saja yang mengkritik pasti akan dapat balasan dengan pecat.

Najib sudah membuat kenyataan bahawa isu derma RM2.6 bilion tidak perlu didedahkan butiran mengenai pembiayaan politik kepada rakyat. Ini bermakna Tok Arab yang menderma kepada Najib sebanyak RM2.6 billion memang sah tidak akan didedahkan kepada rakyat walaupun majoriti rakyat mendesak beliau untuk memberitahu siapa Tok Arab  tersebut.

Jangan salah sesiapa jikalau UMNO menjadi semakin lemah untuk menghadapi PRU 14. Jangan tipu diri sendiri dan jangan angan-angan Mat Jenin bahawa UMNO akan mendapat sokongan rakyat untuk kembali berkuasa pasca PRU 14. 

Walaupun Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukriz tidak dipecat dari UMNO itu bukan suatu kemenangan bagi mereka mahu pun Najib. UMNO akan tetap ditolak oleh rakyat pada PRU 14 kerana Najib masih menjadi presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Masalah berpunca daripada Najib, satu dunia tahu siapa Najib bukan rakyat Malaysia saja, jika Najib masih berada dalam umno bagaimana umno nak meraih sokongan rakyat.

Ada yang kata hanya isu perkauman saja dapat membuatkan orang Melayu bersatu dan kembali menyokong umno. Itu dulu kini rakyat Malaysia semakin matang untuk berfikir setiap langkah pemerinrtah dapat dibaca oleh mereka adakah itu gerakan Himpunan Maruah Melayu atau Himpunan Rakyat Bersatu benar-benar ikhlas untuk orang Melayu atau sekadar meraih sokongan untuk mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Tambahan pula gerakan ini diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Dato jamal yang merupakan tokoh pengampu Najib yang paling lantang pertahankan Najib.

Kalau UMNO mahu kembali mendapat sokongan rakyat, khasnya orang Melayu, Muhyiddin mesti mengambilalih kepimpinan parti dan kerajaan dan Umno. Dia mesti tegas, bertindak pro rakyat dan mesti singkir semua ahli kabinet kayu reput 1MDB sama sekali.

Kebanyakan dalam kabinet itu tidak membawa rahmat kepada UMNO untuk memenangi PRU 14. Muhyiddin jangan bertolak ansur dengan mereka yang korup. Imej Malaysia tercemar kerana Najib dianggap PM paling korup akibat "derma" RM2.6 bilion dan skandal 1MDB yang menghantuinya sekarang.

Umno mesti dirombak sepenuhnya. Buat pemilihan umno dengan segera agar akar umbi dapat memilih yang terbaik untuk memimpin umno dan kerajaan.


Umno mesti dipimpin oleh mereka yang amanah, berjuang di jalan Allah, anti korupsi, berilmu dan meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan diri sendiri. Kalau Umno dianggap relevant maka mesti ada perubahan besar-besaran dalam kepimpinannya dari atas ke bawah tanpa tunggu2 lagi. 

9 comments:

  1. Apa yang sepatutnya adalah Najib dipecat oleh MT UMNO, ini kerana skandal jenayah Najib yang diheret oleh Najib hingga menjadi skandal jenayah kepada UMNO pula adalah suatu yang amat keterlaluan.

    Dalam isu RM 2.63 bilion, satu sen pun tak dimasukkan ke dalam akaun UMNO, semuanya dirembat masuk ke dalam akaun Najib, siap bawa lari ke Singapura lagi, apahal pula RM 2.63 bilion itu dituduh sebagai derma untuk UMNO dari kononnya oleh tok arab yang bukan ahli UMNO pun? RM 2.63 bilion itu bukan wang derma untuk UMNO, kerana tak ada pun tok arab yang berikan wang derma itu kepada UMNO, dipercayai wang RM 2.63 bilion itu adalah kegiatan pengubahan wang haram melibatkan wang hutang 1MDB yang diseleweng dengan alasan pelaburan yang entah apa-apa seperti pelaburan 1MDB di dalam syarikat joint venture dengan Petrosaudi yang hanya bertahan 6 bulan sahaja, kemudian joint venture itu dibubarkan, tapi wang pelaburan USD 700 juta @ RM 2.63 bilion yang 'dilaburkan' oleh 1MDB dalam joint venture itu tak dipulangkan pun. Dipercayai wang USD 700 juta itu adalah wang yang ada dalam akaun Najib tersebut.

    Malahan dipercayai wang pinjaman oleh 1MDB kepada Petrosaudi melibakan dua kali pinjaman iaitu USD 500 juta dan USD 350 juta juga diselewengkan juga, kerana hingga kini tak diketahui dengan jelas apakah yang berlaku dengan wang itu.

    Walaupun 1MDB kata wang USD 700 juta, USD 500 juta, dan USD 350 juta itu adalah pinjaman murabahah kepda Petrosaudi, tetapi 1MDB bukanlah bank komersil yang boleh memberi pinjam wang, malahan masa itu pun 1MDB bukanlah kukuh kedudukan kewangannya, pasal apa berhutang wang, lepas tu bagi orang lain hutang pula wang hutang itu?

    Walaupun 1MDB kata dah dapat semula wang yang dipinjam oleh Petrosaudi itu dengan keuntungan lebih kurang RM 480 juta, tetapi di manakah wang itu? Mengapakah 1MDB perlu berhutang dengan Ananda Krishnan sebanyak RM 2 bilion untuk bayar faedah bank jika mereka dah dapatkan semula USD 1.55 bilion (USD 700 juta + USD 500 juta + USD 350 juta) + RM 480 juta itu?

    Kini wang pelaburan 1MDB di dalam tiga buah syarikat pelaburan melibatkan RM 15.4 bilion tak diketahui apa dah jadi dengan wang itu, kemudian 1MDB kata dia pinjamkan USD 1.55 bilion kepada Petrosaudi, lepas tu kata dah dapat semula semua wang pinjaman pokok itu dan ditambah dengan keuntungan RM 480 juta, tetapi kesemuanya tak ada bukti pun, wang ini tak tahu ke mana lesapnya, jumlah yang sangat besar iaitu RM 15.4 bilion dan USD 1.55 bilion, USD 1.55 bilion itu kalau ditukarkan ke ringgit pada kadar sebelum kejatuhan ringgit iaiatu RM 3.00, nilainya mencecah RM 4.65 bilion, ditambah lagi keuntungan yang kononnya RM 480 juta itu, jumlahnya RM 5.13 bilion, ditambah lagi dengan RM 15.4 bilon itu maka jumlahnya menjadi RM 20.53 bilion yang kononnya pelaburan, kononnya pinjaman murabahah, tetapi lesap begitu sahaja.

    Oleh itu Najib perlu ditangkap dan dihukum dengan sekerasnya kerana dipercayai wang RM 20.53 bilion itu dilesapkan secara salah dengan alasan 'pelaburan' dan 'pinjaman murabahah'.

    Sedarlah semua.

    ReplyDelete
  2. Umno tetap akan menjadi lemah jika PM Najib meletak jawatan,selagi BAPAK PENGACAU Umno dulu kini dan selama nya masih hidup dan boleh berfungsi.Beliau adalah si Mamak al Kutty.Ikutilah sejarah si Mamak kutty dgn teliti.

    Melayu yg tidak lupa.

    ReplyDelete
  3. Selagi barua belaan Najib seperti Anon September 10, 2015 at 5:32 PM bergentayangan di sana sini, selagi itulah negara ini akan hancur kerana barua belaan seperti itu akan menyokong segala tindakan tanpa mempedulikan salah atau betul dengan syarat dia diberikan CASH kerana dia bermentaliti CASH IS KING.

    Rakyat Malaysia mengikuti sejarah Tun Dr. Mahathir, seorang pejuang bangsa yang banyak berkorban untuk negara dan rakyat, pengorbanan dari segi kepimpinan, dari segi intelektual, dari segi daya usaha untuk membangunkan negara ini dan rakyat negara ini hinggakan kita mengecapi kemakmuran negara yang sangat baik di zaman Tun Dr. Mahathir dahulu menjadi Perdana Menteri.

    Anon September 10, 2015 at 5:32 PM mungkin baru lepas bangun dari tidur dan mimpi selama 35 tahun di mana dia dalam tidurnya itu mimpi yang buruk-buruk pasal Tun Dr. Mahathir sedangkan Tun Dr. Mahathir adalah lagenda Malaysia Moden yang berkedudukan seperti lagenda Melayu silam seperti Hang Tuah, Sang Sapurba, Demang Lebar Daun, Sang Nila Utama, Merong Mahawangsa, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya yang merupakan lagenda Melayu silam.

    Sudah-sudahlah mengingau wahai Anon September 10, 2015 at 5:32 PM, kau ni auta sahajalah yang lebih, rakyat yang membesar di zaman Tun Dr. Mahathir tahulah betapa Tun Dr. Mahathir adalah wira Malaysia, lagenda Malaysia moden, pejuang rakyat, pejuang masyarakat antarabangsa yang sangat konsisten dengan perjuangannya demi agama, bangsa, tanah air serta keadilan serta untuk kesejahteraan negara dan rakayt negara ini serta untuk seluruh dunia.

    Saya bukannya nak mendewa-dewakan Tun Dr. Mahathir, tetapi jasa dan sumbangan Tun Dr. Mahathir adalah amat besar, dan amat tinggi nilainya kepada agama, bangsa, dan tanah air. Bukannya macam Najib, buat 1MDB, lepas tu pergunakan 1MDB untuk songlap wang hutang yagn dibuat oleh 1MDB itu, kemudian dah tak mampu nak pusing, maka dijualnya harta 1MDB yang dibeli dari kerajaan dengan harga yang rendah, dijual dengan harga yang sangat mahal. Bukan itu sahaja, kerana takut dihumban ke penjara, diganggunnya pasukan siasatan, dikacaunya PAC, disingkirkan Peguam Negara, diainaya pemimpin yang bertanyakan kebenaran.

    Beza Najib dengan Tun Dr. Mahathir adalah Najib adalah petualang kepada Malaysia, menjahanamkan negara ini hingga menyusahkan rakyat, tetapi Tun Dr. Mahathir adalah lagenda kebanggaan Malaysia, lagenda yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia untuk mencontohi kepimpinan, daya usaha, serta pemikiran intelek beliau.

    Sedarlah diri wahai Anon September 10, 2015 at 5:32 PM.

    Sedarlah semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara anon 6:04PM. Tun M amat berjasa pada negara. Bersyukur dapat Tun sebagai PM selama 22 tahun. Rasa kejap masa berlalu. Negara terus maju di bawah Tun.

      Tapi kini negara seakan kaku malah terus tak menentu di bawah PM kaki songlap. Tuduhan tak berjawab, penjawat awam di ganggu sewenang2nya oleh PM laki bini.

      Sememangnya Rosmah dan Najib adalah 2 figura paling dibenci rakyat Malaysia.

      Delete
  4. Tulis panjang2 ....suka lu la Labu ooi

    ReplyDelete
  5. Setuju Najib wajib dipecat serta merta demi untuk rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  6. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

    ReplyDelete
  7. DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
    PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
    KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
    YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
    DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
    ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
    ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
    JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
    HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 131 669 888_SAYA
    SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
    INI KISAH NYAT KLIK DISINI






















    DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
    PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
    KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
    YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
    DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
    ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
    ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
    JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
    HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 131 669 888_SAYA
    SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
    INI KISAH NYAT KLIK DISINI


    ReplyDelete
  8. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.