Pelajar UM Dipaksa Tanya Soalan Mengenai 1MDB Yang Sudah Disediakan Sahaja

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

HERO BANGSA KONON, BULLSHITLAH JAMAL

residen Gerakan Mah Siew Keong hari ini mengecam tindakan pihak baju merah umno yang cuba mengancam perpaduan dan hubungan baik antara kaum di negara in

Wednesday, December 28, 2016

JAHATNYA DAP YANG MENYEBABKAN FELDA RUGI BERBILION RINGGIT BELI SAHAM EHP 3 KALI GANDA MAHAL

Pendedak umno bolehlah menyalahkan DAP kerana menyebabkan Felda rugi berbillion Ringgit Malaysia. Antara jawapan daripada penjilat Najib mereka yang mempertikaikan Felda adalah atas arahan cina DAP. Maka Mak Bedah yang tinggal dalam Felda pun mengganggap Felda memang diketuai oleh pemimpin yang jujur seperti Isa Samad dan Najib Razak.

Kedua-duanya memang mempunyai track record yang baik dalam pengurusan kewangan kerana jujur dan amanah????

Pada 23 Disember 2016, Felda melalui satu kenyataan ringkas yang disiarkan oleh New Straits Times mengesahkan pembelian pegangan 37% di dalam PT Eagle High Plantations Tbk (sering dirujuk dengan kependekan EHP) pada harga USD505.4 juta atau RM2.263 bilion (pada kadar tukaran semasa 1 USD = RM4.4767).

Kenyataan media Felda itu juga mengesahkan perkara-perkara berikut:

i. Pembelian ini akan menggunakan sebuah syarikat khas (“special purpose vehicle”) milik penuh Felda iaitu FIC Properties Sdn Bhd (FICP). Saya sertakan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan bahawa FICP mempunyai modal berbayar RM1 juta sahaja dan dimiliki sepenuhnya oleh Felda. Syarikat ini juga tidak pernah mempunyai sebarang urusniaga sejak ditubuhkan dan bergantung sepenuhnya kepada Felda.

ii. Felda melalui FICP telah pun menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham (atau Sales Purchase Agreement “SPA”) dan kini menunggu kelulusan dari pihak berkuasa di kedua-dua buah negara.

Pembelian pegangan 37% di dalam Eagle High Plantations bukanlah satu perkara baru dan hampur-hampir dimuktamadkan dalam tahun 2015 melalui Felda Global Ventures (FGV). Atas sebab-sebab yang tidak diketahui bercampur pula dengan kedudukan kewangan FGV yang kian merosot dan tekanan politik, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak meneruskan hasrat membeli 37% pegangan di dalam Eagle High Plantantions ini dalam tahun 2015.

Rakyat kemudian dikejutkan dengan pengesahan bahawa pembelian itu diteruskan melalui sebuah anak syarikat milik penuh Felda seperti kenyataan media Felda yang dilaporkan oleh NST di atas.

Pembelian 37% pegangan di dalam EHP pada harga USD505.4 juta atau RM2.263 bilion ini adalah tiga kali ganda lebih mahal dari harga saham purata EHP sejak setahun lepas (atau dua kali ganda lebih mahal berdasarkan harga terkini EHP). Ini bermakna bukan sahaja Dato’ Seri Najib membelanjakan wang Felda pada ketika kedudukan kewangan Felda semakin kronik (saya akan tunjukkan di bawah), wang itu digunakan untuk membayar saham-saham pada harga yang tiga kali ganda lebih mahal.

Saya sertakan prestasi saham EHP (di dalam Rupiah) bagi tempoh 5 tahun seperti di bawah (sumber dari Bloomberg):

Purata harga saham EHP sejak tahun lepas (iaitu ketika urusniaga ini dirundingkan oleh FGV) ialah sekitar IDR132 hingga IDR314 sesaham sahaja. Pada perkiraan purata ringkas, purata harga satu saham EHP berdasarkan harga sepanjang 52 minggu lepas adalah IDR200 sahaja (atau 6.7 sen sesaham dalam Ringgit Malaysia).

Jumlah saham keseluruhan yang diterbitkan adalah 31.525 bilion saham (seperti yang ditunjukkan dari maklumat Bloomberg di bawah):

Oleh yang demikian, pada harga RM2.263 bilion untuk membeli 37% pegangan saham, ini bermakna Felda akan membayar premium (lebih mahal dari harga sepatutnya mengikut harga saham) sebanyak 290% (3 kali ganda) jika dibandingkan dengan harga purata 52 minggu, atau 195% (2 kali ganda) jika dibandingkan dengan harga saham EHP pada hari ini.

Jika pun Felda mempunyai wang yang melimpah ruah, tidak ada orang yang waras yang akan bersetuju untuk membeli pegangan 37% di dalam EHP pada harga yang sebegitu tinggi.

Namun, paling tidak boleh terima, pembelian ini berlaku pada ketika Felda mengalami kedudukan kewangan yang sudah sampai ke tahap nazak.


Disertakan beberapa angka penting dari Penyata Kewangan Felda yang telah diaudit bagi tahun-tahun berakhir 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014 (terkini). Penyata Kewangan Felda bagi tahun 31 Disember 2015 masih belum diserahkan kepada ahli-ahli parlimen.

- Kedudukan kewangan Felda adalah sangat parah apabila kerugian bersih (selepas ditolak perbelanjaan dan cukai) adalah RM2.312 bilion bagi tahun 2013. Pada tahun 2014, Felda rugi lagi sebanyak RM1.023 bilion.

- Jumlah wang tunai di tangan, di bank dan deposit tetap yang disimpan oleh Felda berkurangan secara mendadak dari RM684 juta (tahun 2013) kepada hanya RM291 juta (tahun 2014).

Maka diajukan soalan-soalan ini:

i. Bagaimana Felda mahu membayar pembelian bernilai RM2.263 bilion ini sedangkan wang tunainya hanya ada RM291 juta pada akhir tahun 2014 (dan mungkin akan susut lebih banyak lagi apabila laporan kewangan berakhir 31 Disember 2015 dikeluarkan)?

ii. Siapa yang memberi arahan untuk membeli 37% saham EHP pada harga 3 kali ganda lebih mahal dari harga pasaran?

Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak memandangkan hubungan akrab beliau dengan hartawan Indonesia, Tan Sri Peter Sondakh yang dikenali di seluruh dunia.

Saya mahu Dato’ Seri Najib Tun Razak menjawab secara terbuka sama ada beliau pernah mengarahkan mana-mana pegawai dari yang di bawah hingga ke paling atas untuk meneruskan pembelian saham 37% di dalam EHP yang dimiliki kenalan perniagaan beliau Tan Sri Peter Sondakh.

Saya akan membuat satu laporan polis terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Isa Samad dan semua ahli Lembaga Pengarah Felda dan FIPC pada hari Khamis ini agar satu siasatan dibuka segera memandangkan pembelian pada harga 3 kali ganda lebih mahal, pada kala kedudukan kewangan Felda adalah nazak, boleh disifatkan sebagai satu jenayah (sekurang-kurangnya kecuaian profesional yang menyebabkan kerugian kepada rakyat).

Saya akan terus mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam Felda dan urusniaga ini setiap hari.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
27 Disember 2016

Tuesday, December 27, 2016

BR1M: Gerakan Macai Lapar Dedak Umno(GAUM) Minta Tun Mahathir Mohon Maaf



Gerakan Macai lapar Dedak Umno Malaysia (GAUM) mendesak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah dan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ekoran kononnya kenyataannya yang menyifatkan BR1M sebagai rasuah.

Pengerusi GAUM Datuk Zulkarnain Mahdar berkata kenyataan Dr Mahathir berkenaan sudah keterlaluan kerana seolah-olah menghina golongan berpendapatan rendah dan penerima BR1M. 


Mungkin pengerusi GAUM tidak membaca tukisan Tun Dr Mahathir sehingga tamat sebab tu beliau mengambil kesempatan umtuk mengampu Najib dengan meminta Tun Mahathir mohon maaf.

Daripada tulisan Tun Mahathir jelas pemberian
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah terbukti rasuah. Kenapa Tu Mahathir menentang?

Menurut Tun Mahathir jika ia (BR1M) diberikan hampir pada tarikh pilihan raya atau jika manifesto menjanjikan ia (pemberian tunai), tanggapan bahawa (BR1M digunakan) untuk membeli undi memang tidak boleh diketepikan.

Jika ingin naikkan pendapatan (rakyat), ia perlu dibuat dengan menghasilkan peluang bekerja atau berniaga," tulisan Tun Mahathir dalam artikel baharu bertajuk BR1M yang disiarkan di blog beliau, chedet.cc.

Mengakui dirinya bukan pakar ekonomi atau kewangan terlatih, Dr Mahathir berkata beliau faham mengenai BR1M dan manfaatnya kerana beliau sendiri sebelum ini pernah membuat keputusan mengenai perkara berkaitan ekonomi dan kewangan yang dilihat memberikan hasil baik kepada negara.

"Saya memang menentang pemberian wang tunai sebagai cara meningkatkan pendapatan rakyat sejak awal lagi. Jika ada pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada miskin tegar yang tidak mampu bekerja untuk mendapatkan pendapatan," tegasnya.

Tidak boleh dinafikan pemberian BR1M kelihatan seperti rasuah, dan mempunyai kesan negatif yang lebih banyak berbanding itu kerana ia meningkatkan kebergantungan individu terhadap kerajaan untuk pendapatan sendiri, tanpa sebarang usaha.

"Ia melemahkan karakter individu dan mengurangkan daya saing dalam pasaran," katanya.

Sebagai negara berpendapatan tinggi seperti disasarkan Malaysia menjelang 2020, ia perlu datang daripada peningkatan dalam produktiviti.

Dr Mahathir berkata, produktiviti yang tinggi diperoleh daripada pendidikan dan latihan lebih baik.

"Seseorang buruh tidak boleh jadi lebih produktif berbanding mekanik atau tukang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Mereka ini pula tidak seproduktif seorang jurutera.
"Keupayaan meningkatkan produktiviti datang daripada nilai tambah lebih besar terhadap produk," katanya.

Menurutnya, pemberian wang tidak meningkatkan produktiviti, menyebabkan daya saing tidak akan bertambah baik.

Akibatnya, beliau berkata, ekonomi tidak akan tumbuh sepenuhnya dan negara-negara seperti ini terpaksa bergantung kepada pekerja, eksekutif dan usahawan asing.

Pendapatan tinggi bukan penentu kemajuan negara

"Kita mahu menjadi negara maju menjelang 2020. Kita rasa ini boleh dilakukan dengan menaikkan pendapatan purata ke tahap tertentu. Ini (penjelasan yang) mengelirukan.

"Segelintir orang yang mempunyai pendapatan sangat tinggi akan mengherotkan (nilai) pendapatan purata. Pendapatan per kapita tidak sepatutnya menjadi ukuran pencapaian kita sebagai status negara mahu. Penekanan terhadap pendapatan tinggi semata tidak cukup," katanya.

Beliau berkata, ia akan lebih mengelirukan jika pendapatan itu adalah disebabkan pemberian kerajaan.

Dr Mahathir menekankan, untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu setanding dengan negara maju dari segi pendidikan, teknologi dan pengetahuan industri, pembangunan dan penyelidikan, infrastruktur setara dan pendapatan tinggi untuk semua rakyat.

"Jadi  mustahak membelanjakan wang bagi pendidikan dan latihan bertahap lebih tinggi, membina keupayaan kejuruteraan dan industri, untuk menjadi produktif dan berdaya saing, membina infrastruktur kelas pertama dan untuk menjadi penyelidik, pencipta dan pembangun," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, ada kerajaan sosialis dan komunis yang pernah cuba memperbaiki pendapatan rakyat mereka melalui pemberian wang dan memberikan kemudahan sokongan secara percuma untuk memastikan rakyat mempunyai kehidupan baik.

"Tetapi Sosialisme dan Komunisme telah gagal. Mereka akhirnya memilih perusahaan bebas dan kerja kuat," tegasnya.

Katanya, Malaysia pernah menggunakan dasar menggalakkan industri yang menggunakan ramai buruh kerana pada masa itu, rakyat tidak mempunyai pekerjaan dan tiada pendapatan.

Oleh itu jika pengerusi GAUM membaca dengan tenang dan faham betul-betul tulisan Tun Mahathir tidak ada sebab Tun mahu meminta maaf.


Saturday, December 24, 2016

Lari Daripada Cukai Punca Premis hotel dan resort Jamal disita, diroboh serta merta


Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menghantar notis perintah tutup Sekin Fishermen Village Hotel & Resort dan serta-merta merobohkan premis milik Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunus kerana dikatakan beroperasi secara haram.

Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik telah menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB,2013.

Notis juga menyebut dalam pemeriksaan dilakukan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan. 


Notis telah dihantar bekali-kali namun Jamal tetap berdegil tidak mahu mendaftarkan premisnya malah Jamal langsung tidak membayar cukai walau satu sen pun.

Sekin Hotel & Resort dibina diatas tanah seluas 25 hektar menyediakan 158 bilik dan terdapat 30 chalet tepi pantai dengan kos pembinaan sejumlah RM12juta.

Jamal asyik menghalang pembangkang membuat demontrasi mahu kerajaan membatalkan gst namun Jamal sendiri tidak membayar cukai walau satu sen pun.

Jamal tidak pernah memohon kepada pihak MDSB bagi menjalankan perniagaannya namun berkeras mahu meneruskan perniagaan mungkin kerana beliau seorang ketua umno bahagian yang berada dibawah payung perdana menteri.


Pegawai MBSB ketika datang ke premis perniagaan Jamal untuk menyerahkan notis sita dan perobohan hari ini yang dilaksanakan serta merta.Pegawai MBSB ketika datang ke premis perniagaan Jamal untuk menyerahkan notis sita dan perobohan hari ini yang dilaksanakan serta merta.

 Jentolak sudah merobohkan sebahagian kawasan pembinaan di tapak premis sehingga tengahari ini.

Tuesday, December 20, 2016

Najib Buat Hutang Untuk Kekalkan Kuasa Demi Menyelamatkan Dirinya Daripada Dipenjara - Tun M





Najib buat hutang sampai beratus billion. Najib ingat dia boleh perah rakyat Malaysia hingga kering. Keadaan yang buruk diburukkan lagi dengan hutang Najib. Nak buat landasan keretapi pun hutang sampai 55billion, keretapi lagu pun 50billion hutang lama Najib pun mencecah 50billion.

Lama-lama kita akan diserang oleh Along peminkjam wang kerana tidak mampu membayar hutang. Apakah jaminan kita dengan hutang Najib ni...jaminannya adalah negara kita.

Pemberi pinjaman ni seperti Along mereka bermati-matian untuk mendapatkan balik duit mereka jadi apa pilihan kita hanya menyerahkan aset kita yang telah Najib cagar bagi peminjam duit tersebut. Aset kita adalah negara kitalah. Yang merana nanti adalah nak cucu kita.

Najib punyalah nak kekalkan kuasa, nak tunjukkan dia punya legasi sanggup dia hutang berbillion sehingga rakyat akan terus tertindas dengan kenaikan kos sara hidup.

Najib ni akan buat apa saja untuk capai kemenangan dalam PRU14, seperti menyogok wang, suap rakyat dengan duit rakyat sebab Najib percaya 'cash is king' 

Sebab apa dia mahukan kuasa, jika dia bukan lagi PM dia akan disediakan bilik kecil untuk dia teruskan hidup dia. 

Jadi kita mesti lawan dia sehabis-habisnya sebelum dia memburukkan lagi negara. 


Wednesday, December 14, 2016

Pas Nasihat Orang Ramai Jangan Percaya Pas Terima RM90 Juta dan Mahu Bergabung Dengan Umno


Pas menasihati orang ramai supaya bertanya terlebih dahulu kepada pimpinan PAS sebelum mempercayai sebarang tulisan di media sosial.

Ia kerana, katanya, berita tidak benar seperti itu mungkin juga ditulis oleh "orang muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api, dan (aktivis perang) saraf musuh".

Pas dituduh mahu bergabung dengan Umno, Pas juga dituduh menerima dana daripada Najib sejumlah RM90 juta. Selain daripada itu Pas juga dituduh mempertahankan Najib Razak apabila tidak bersuara mengenai 1MDB, RM2.6 bilion, DOJ?

Orang ramai perlu bertanya sendiri dengan pemimpin PAS dan jika tidak mahu berjumpa dengan pemimpin Pas pun bacalah Harakah atau hadir dalam ceramah Pas.
 
Walaubagaimana pun apa yang kita dilihat sejak akhir-akhir ini pemimpin PAS terlalu angkuh dan jarang turun padang,mereka juga dilihat terlalu mesra dengan pemimpin umno. Ada kejadian dimana bila jemputan dibuat kepada MB Kelantan ditolak mentah-mentah dengan memberi alasan "boleh ke? awak mengadakan lebih dari 300 orang". Dan sekarang ini rakyat Kelantan sedang merasa kesengsaraan malah akan jadi porakperanda.

Monday, December 12, 2016

Pertama Kali Najib Dan Rosmah Sedih Kaw Kaw


Pertama kali Najib dan Rosmah menangis kaw kaw kerana sedih sangat apabila mengiringi keberangkatan pulang Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah setelah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini.

Tuanku Abdul Halim, 89, yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April 2012, dan Tuanku Hajah Haminah berangkat meninggalkan Istana Negara dalam acara ringkas namun penuh istiadat diraja pada kira-kira pukul 8.20 pagi.

Sunday, December 11, 2016

Pelik: Umno Kecoh Surat Zahid Minta Najib Letak Jawatan Tersebar, Namun Tiada Satu Pun Laporan Polis DiBuat


Semalam umno kecoh dengan penyebaran surat ditandatangani oleh Zahid Hamidi mendesak Najib Razak PM meletak jawatan ekoran isu -isu yang mencemar imej negara..

Kebiasaannya puak-puak dedak umno akan berpusu-pusu membuat laporan polis bagi menangkap si penulis surat itu namun tidak ada satu pun laporan polis dibuat oleh mereka.

Antara yang tukang buat laporan Polis yang telah mendapat anugerah ialah:

1. Si Azwan Bro yang kini dianugerahkan senator hasil laporan Polis yang dibuat terhadap penjawat awam yang tidak mahu mengikut telunjuk Najib

2. Azwandi Hamzah Pengerusi JMM yang dianugerahkan gelaran Dato juga hasil berpuluh-puluh laporan polis yang dibuatnya terhadap Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin

3. Dan banyak lagi

Namun bila kes kononnya surat palsu yang ditandatangan oleh Zahid Hamidi teelah tersebar tiada seorang pun puak dedak umno yang mahu membuat laporan polis...kenapa?


Pada pendapat saya mungkin mereka tidak mahu pihak polis menyiasat dengan terperinci siapa penulis surat tersebut mungkin penulis adalah dikalangan puak-puak umno juga.

Ada kemungkinan mereka mahu menjatuhkan Zahid Hamidi yang mereka nampak kuran mempertahankan Najib dalam isu 1 MDB.

Ketua Twitter Negara kini sedang meneliti apa tindakan yang patut diambik dalam hal ini atau tunggu arahan selanjutnya

Sunday, December 4, 2016

Pelik Betul Apa Kejadahnya Perdana Menteri Buat Demontrasi, Demontrasi Kat Siapa?




Sebagai Satu kerajaan kita tidak berdemontrasi, kita demontrasi terhadap kerajaan. Jika kita kerajaan kita akan break of Diplomatik Realease. Ini Perdana Menteri pi buat demontrasi...demontarsi kat siapa..apa kejadahnya seorang perdana menteri pi demontrasi?

Perdana menteri sepatutnya bertindak lebih tegas demi masyarakat Rohingya dan bukannya sekadar hadir di acara demonstrasi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.


Sudahla tidak membenarkan usul tersebut dibahaskan di Parlimen. Perdana menteri seolah-olah tidak tahu membuat kerja.

Friday, December 2, 2016

Pemuda Tidak Peduli Lagi Najib Nak Songlap Ka! Kos Sara Hidup naik Ka! Yang penting Dedak Sampai


Pemuda Umno menyifatkan Presiden Umno Najib Razak lebih telus dalam pentadbiran berbanding dengan Tun Mahathir, kata Khairy Jamaluddin.

Mesej ini jelas bahawa Pemuda Umo sudah menghiraukan lagi kehilangan wang rakyat berbillion Ringgit Malaysia disebabkan oleh Najib dan keluarganya.

Pendek kata samada Najib nak songlap berbillion Ringgit Ka, nak rasuah Ka, Pemuda Umno sudah tidak peduli yang penting adalah dedak mesti sampai pada waktunya supaya mereka tidak kelaparan.

Pemuda Umno bukan lagi sayap parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat. Kata-kata 'Rakyat didahulukan' hanyalah retorik umpama menanam tebu dibibir Najib yang merah!

Tidak ada perwakilan pemuda Umno yang membangkitkan masalah rakyat yang dibebani kos sara hidup akibat GST, nilai Ringgit jatuh dan pemotongan subsidi hingga taraf kehidupan mendadak naik tanpa seiring dengan pendapatan ekonomi rakyat.

Kenaikan melibatkan serba-serbi, harga barang keperluan harian, kadar tambang serta kos perkhidmat­an termasuk pengangkutan awam.

Tidak ada yang membangkitkan soal 1MDB yang melibatkan kehilangan wang kerajaan yang terlalu besar. Apatah lagi nak bertanya kepada PM Najib mengenai 2.6 billion Ringgit yang tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

Perhimpunan Umno sepatutnya menjadi flatform bagi perwakilan membawa suara daripada akar umbi dan pandangan setiap lapisan masyarakat supaya dapat dirumuskan dan dapat dirasai denyut nadi akar umbi dan rakyat keseluruhannya bukan sekadar lebih kepada perhimpunan elit yang hanya mengampu dan menjilat Presiden parti.

Najib Takutkan Orang Melayu Dengan DAP Tapi Pertahan Cina Jho Low Yang Bawa Lari Duit Rakyat Berbillion Ringgit


Ucapan Presiden Umno Najib Razak di perhimpunan agung Umno (PAU) dengan menakut-nakutkan orang Melayu dengan Cina DAP mungkin boleh mengundang bencana perkauman di negara ini. 


Namun Najib terus mempertahankan cina Jho Low yang membawa lari duit rakyat Malaysia berbillion Ringgit ke luar negara apabila isu 1 MDB, SRC dan isu kehilangan wang rakyat berbillion Ringgit oleh Jho Low tidak dibenarkan sama sekali dibahaskan di PAU kali ini.
 

Najib juga telah menakut-nakutkan orang Melayu apabila menuduh DAP tanpa fakta, iaitu seolah-olah DAP anti-Melayu/Islam.

Najib kini sedang membina konfigurasi politik yang lebih ekstrim, iaitu model "dominan-Melayu/Bumiputera/Islam" lawan rakyat bukan Melayu/Bumiputera/Islam. Beliau mendakwa ia juga bermakna yang Najib mengharapkan akan wujud keadaan di mana kerajaan akan dibentuk oleh "dominan-
Melayu/Bumiputera/Islam" manakala rakyat yang terdiri daripada kaum/agama yang lain.

Selaku orang Melayu amat malu apabila seorang Perdana Menteri berucap dalam nada yang penuh perkauman hanya untuk mendapat sokongan daripada ahli-ahli umno namun dalam masa yang sama Najib bersekongkol dengan Chna dengan menjual segala aset strategi negara hanya untuk menyelesaikan hutangnya.

DAP bukan parti perkauman, Cuba andaikan jika DAP dikuasai oleh orang Melayu suatu masa, adakah mereka akan melenyapkan institusi bumiputra?

Adakah DAP yang menjual aset penting negara? Adakah DAP yang bersekongkol dengan cina Jho Low membawa lari duit rakyat Malaysia berbillion Ringgit sehinggakan rakyat kini menanggung bebanan apabila semua subsidi tarik balik oleh kerajaan hanya untuk melangsaikan hutang yang dibuat oleh Jho Low.

Dengan ucapan Najib yang penuh isu perkauman itu menyebabkan ramai ahli umno sendiri sudah muak dengan umno dan umno bakal dikuburkan pada PRU14 nanti.

Monday, November 21, 2016

Editor Berita akhbar Makkal Osai Mohan Perumal Mahu Bakar Tun Mahathir Hidup-Hidup

Pihak Polis digesa mengambil tindakan segera terhadap Editor Berita akhbar Makkal Osai Mohan Perumal kerana ugutan bunuhnya terhadap mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad.

Antara ugutannya ialah
beliau menulis,"Kalau saya dapat peluang saya mahu mandikan Dr M dengan petrol dan bakar dia hidup-hidup dan duduk melihat dia sambil makan satay"





Mohan Perumal Editor Berita akhbar Makkal Osai Mohan Perumal juga antara paling lantang mengkritik bersifat perkauman membelasah guru sekolah yang dikatakan mengarahkan pelajar bukan Islam makan berdekatan di dalam tandas dalam bulan puasa.

Pihak polis digesa mengambil tindakan segera supaya budaya ugutan bunuh tidak menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika pihak polis memandang isu ini sebagai remeh mungkin akan ada orang lain yang akan buat ugutan bunuh terhadap Mohan Perumal pula. 

Melayu Umno Perlu Sedar MCA dan Parti Komunis Cina Sudah Mempengaruhi Pentadbiran Najib


Seringkali Melayu Umno menuduh DAP sebagai sebuah parti komunis oleh manusia yang malas membaca dan tidak tahu pun hujung pangkal ideologi DAP sebagai sebuah parti demokrasi sosial. Jadi disebabkan DAP ini ramai ahlinya berketurunan Cina, dan itu menyebabkan mereka fobia dan teringat kepada Mao Zedong, maka teruslah dilabelnya DAP ini parti cauvinis Cina, komunis pula.




Mudah betul jadi politisi etnosentrik di Malaysia ini. Kalau ramai Cina, terus hukum komunis. MCA dan Gerakan tidak pula dihukum begitu pula. Sayang betul mereka dengan MCA dan Gerakan. Tidak pula parti yang terang nyata menentang hukum Islam itu difatwakan haram segala. DAP yang ramai Melayu Islam ini juga yang mahu dikafirkan, dicap komunis dan konon mahu mengkristiankan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Kita sering tertanya-tanya kenapa parti Melayu ini namanya United Malays National Organisation dan bukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Mereka tidak pula terasa malu apabila mengagungkan nama bahasa ibunda penjajah itu.

Jadi akhirnya dua tiga hari lalu kebetulan saya bertemu seorang teman UMNO yang memberitahu bahawa UMNO ini mahu jadi parti yang boleh dibawa ke peringkat antarabangsa. Jadi harus namanya itu menggunakan bahasa Inggeris. “Sama lah macam DAP,”

Jadi dengan keinginan UMNO untuk menjadi parti yang boleh dikenali masyarakat antarabangsa dengan nama Inggerisnya itu buat saya tertanya-tanya pula; kalau semedang kerja UMNO ini bersekongkol dengan Parti Komunis China, kenapa ia tidak ada nama versi bahasa Mandarin?




UMNO kawan akrab Parti Komunis China


Ya, tidakkah anda tahu? UMNO ini parti politik Melayu yang berkawan rapat dengan Parti Komunis China. Ini dimulakan di zaman almarhum ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang. Demikian mesra dan akrabnya UMNO dan Parti Komunis China ini, kelihatan kerap sekali delegasi kedua parti politik ini lawat melawat antara satu sama lain.


Pelik bila difikirkan bagaimana sebuah parti Melayu yang begitu fobia dengan orang Cina dan komunis boleh bercengkerama dengan Parti Komunis China. Kedua-dua fobianya terus digabung dalam nama parti – komunis dan Cina. Jadi kenapa pula UMNO dan sekutunya harus begitu alergik dengan DAP?
 

Dalam tulisan Datuk A Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara

Kadir pernah menulis dalam ruangan ini mengenai kerjasama dua hala di antara Persatuan Cina Malaysia (MCA) dengan Parti Komunis China (CPC).

Antara lain beliau membuat pemerhatian bahawa perkembangan itu hampir-hampir tidak diketahui atau dipedulikan oleh orang ramai, khususnya orang Melayu sedangkan mereka amat takut dan syak wasangka terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Hari ini ramai orang Melayu beranggapan habislah bangsa mereka jika DAP memerintah.

Realitinya tidak ada mana-mana parti bukan Melayu atau bukan Bumiputera yang boleh memerintah negara ini secara bersendirian melainkan orang Melayu dan Bumiputera sendiri menolak calon Melayu/Bumiputera secara menyeluruh dan memilih calon bukan Bumiputera.

Ini adalah kerana bilangan pemilih bukan Bumiputera, sama ada Cina atau India, adalah kecil. Mengikut Indeks Mundi, penduduk Malaysia tahun ini dianggarkan 30.95 juta terdiri daripada 50 peratus Melayu, 22.6 peratus Cina, 11.8 peratus Bumiputera, 6.7 peratus India, 0.7 peratus kaum-kaum lain dan 8.2 peratus bukan warganegara.

Benarlah hari ini DAP adalah parti majoriti Cina yang terkuat setelah mengatasi MCA dan Gerakan sejak Pilihan Raya Umum 2008. Dalam Pilihan Raya Umum 2013, sokongan kepada DAP melonjak naik setelah orang Cina menolak MCA dan Gerakan secara menyeluruh.

MCA adalah parti orang Cina semata-mata sedangkan DAP dan Gerakan, pada dasarnya adalah parti berbilang kaum walaupun majoriti penggiat mereka adalah orang Cina.

Apa yang menarik adalah, walaupun MCA lemah daripada sudut populariti tetapi ia kuat dari segi pengaruh terhadap pemerintahan negara.

Ia berjaya mengeksploitasi kedudukannya sebagai parti Cina terbesar dalam Barisan Nasional untuk mempengaruhi dasar pemerintahan dan menuntut hak untuk masyarakat Cina.

Jadi dalam konteks inilah kita perlu menilai peranan dan pengaruh MCA terhadap pembentukan dan pelaksanaan dasar yang bersangkut paut mengenai perhubungan dengan negara China.

Apabila saya membandingkan isi kandungan kenyataan media MCA pada 15 April lalu, berkaitan kerjasama MCA-CPC dengan hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China baru-baru ini, barulah jelas betapa besarnya pengaruh MCA terhadap dasar kerajaan kita dalam perhubungan dengan China.

Kita telah baca bagaimana lawatan menjana pinjaman, pelaburan dan pembelian dari China berjumlah RM144 bilion, termasuk hutang RM55 bilion untuk membiayai Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur yang kontrak pembinaannya diberikan kepada syarikat kerajaan China.

Lawatan berkenaan juga memecah tradisi apabila kerajaan bersetuju membeli kelengkapan pertahanan berupa kapal peronda pesisir pantai daripada China.

Seingat saya, senjata China yang digunakan di negara kita adalah oleh pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum ia meletak senjata dan menandatangani perjanjian damai pada 1989.

Orang lama atau orang yang tahu sejarah tentu ingat lawatan bersejarah bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ke Beijing pada 1974.

Dalam lawatan itu, kita telah bersetuju untuk menjalin perhubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China walaupun CPC terus mengekalkan perhubungan dengan PKM atas landasan parti ke parti.

Sejak 1989, PKM sudah tidak ada. Tetapi nampaknya konsep perhubungan parti ke parti itu tetap diteruskan dengan MCA mengambil alih peranan yang dulunya dimainkan oleh PKM.

Bezanya, kerjasama CPC-PKM berlaku dalam suasana perang dan berpaksikan ideologi, tetapi kerjasama MCA-CPC pula berlaku dalam suasana aman dan berpaksikan duit.

Dalam kenyataan bersama pada 13 April itu, Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai, antara lain berkata: “MCA menyokong sepenuhnya One Belt One Road Initiative (OBOR), dan berharap hubungan dua hala kita dapat diperkukuhkan melalui perkongsian dan pertukaran antara kedua-dua buah parti.”

Wakil CPC, Song Tao membalas: “Parti Komunis China memuji usaha MCA memajukan ikatan muhibah dua hala, dan akan terus mempertingkatkan pertukaran pengalaman antara pegawai kedua-dua buah parti di semua peringkat bagi merealisasikan wawasan unggul bekerja sebagai satu.”

Hebat sungguh. CPC dan MCA berikrar bekerja sebagai satu.

Ini bukan rekaan, tetapi boleh dibaca di laman web rasmi MCA. Implikasi kerjasama parti ke parti di antara CPC dengan MCA tidak boleh dipandang remeh pada saat China sedang memperluaskan pengaruh diplomatik, ekonomi dan ketenteraannya ke seluruh dunia. 


Kita tidak pasti sejauh mana hubungan Najib dalam ‘dasar pandang ke China’ ini akan berjaya. Apa yang pasti, sebahagian harta milik negara, milik orang Melayu sudah tergadai di tangan negara komunis tersebut.

Najib kini sudah ada ‘abang besar’ yang akan melindunginya setelah gagal melobi Amerika sebagai pelindung selepas Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika membuat pendedahan malah mengambil tindakan saman untuk merampas aset yang diperoleh hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Kita bimbang suatu hari nanti persaingan meluaskan pengaruh geo-politik dan ekonomi antara Amerika Syarikat dan China bakal memudaratkan keselamatan dan kedaulatan Malaysia. Pada waktu itu, kita pasti akan tertanya-tanya di mana UMNO dan Najib yang barangkali sudah selamat mempertahankan kepentingan politik dan tembolok mereka sendiri, dan tidak peduli lagi tentang rakyat banyak.

Sunday, November 20, 2016

Buat Apa Pergi Bersih, Najib Tetap PM Juga, Rosmah tetap Naik Jet Juga



Setiap kali menjelang perhimpunan BERSIH, persoalan seperti “Apa yang saya dapat jika turun perhimpunan BERSIH?” akan ditanya oleh sebilangan rakyat Malaysia termasuk puak penyokong setia Najib dan Umno.

Ada puak umno dan penyokong setia Najib sering berkata “Hari ini turun BERSIH, esok Najib tetap perdana menteri, Rosmah tetap jadi First Lady”. Mereka menganggap tiada sebarang perubahan akan berlaku selepas perhimpunan Bersih.

Ini antara kenyataan yang biasa kita dengar. Benar, hari ini pergi demonstrasi, esok kerajaan UMNO/BN masih mentadbir Malaysia. Hari ini pergi demonstrasi, esok harga minyak masih tidak turun. Hari ini pergi demonstrasi, esok-esok harga tol akan tetap naik.

Hari ini pergi demonstrasi, esok-esok harga minyak masak tetap tidak akan turun.

Hari ini pergi demonstrasi, esok-esok subsidi tetap ditarik balik
Pernahkah kita berfikir bahawa proses pendemokrasian atau perubahan sesebuah negara itu jarang berlaku secara drastik memerlukan masa.

Sebaliknya, ia memerlukan rantaian usaha, pengorbanan dan masa dalam memastikan agenda perubahan mampu digerakkan.

Jika pada perhimpunan BERSIH1 hingga BERSIH4 tidak ada Tun Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, tidak ada Tan Sri Muhyiddin Yassin mantan Timbalan perdana menteri dan bekas Timbalan Presiden umno, tidak Dato' Hamidah Osman bekas ketua penerangan wanita umno Malaysia, Tidak ada bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Tan Sri Abdul Rashid dan kini semuanya sudah berada dalam barisan Bersih 5.

Pengetahuan tentang hak-hak rakyat

Celik sivik rakyat Malaysia dalam memahami Perlembagaan Persekutuan mengenai Perkara 10(1)(b) yang menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Pihak keselamatan perlu mengambl langkah-langkah untu menjaga peserta perhimpunan.

Jika sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kita semua mempunyai hak untuk menyuarakan rasa tidak setuju kepada kerajaan melalui perhimpunan aman di jalan raya.



Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad,
“Kita kalau nak lawan sesuatu tentulah ada rintangan, halangan. Kita mesti sanggup untuk menghadapi halangan dan mengatasi halangan itu.

“Kalau kita nak berjuang cuma bila keadaan cukup bersih, cukup elok, jalan luas dengan ditabur bunga, itu bukan perjuangan. Kerana hasilnya adalah kebaikan bagi diri kita”.

Peratus keluar mengundi semakin meningkat

Dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13, sebanyak 13,268,002 pemilih yang berdaftar. Mereka terdiri daripada pengundi biasa sebanyak 12,885,434 orang, pengundi pos sebanyak 146,742 orang dan pengundi awal sebanyak 235,826 orang.

Pada tahun 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa dalam PRU13 sebanyak 84.84 peratus atau 11,257,147 daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar telah keluar mengundi bagi 222 kerusi Dewan Rakyat.



Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula terdapat 505 kerusi, sebanyak 9,742,254 orang atau 85.82 peratus yang telah keluar mengundi.

Jika dibandingkan dengan jumlah pemilih yang keluar mengundi pada PRU12, terdapat peningkatan sebanyak 30.44 peratus iaitu dari 54.40 peratus pada PRU13 kepada 84.84 peratus pada PRU berikutnya.

Jumlah pemilih berdaftar pada PRU12 adalah sebanyak 10,922,139 dan jumlah pemilih yang keluar mengundi pula adalah 8,161,039.

PRU13 sebenarnya telah mencatatkan peratusan keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dan perincian antara PRU12 dan PRU13 dapat dilihat seperti berikut:



  Statistik Kemenangan Parlimen PRU12


Statistik Kemenangan Parlimen PRU13



Sebelum PRU12 Perdana Menteri ketika itu Tun Ahmad Badawi diasak teruk oleh Tun Mahathir kerana kelekannya dalam mentadbir negara dengan membiarkan negara ditadbir oleh menantunya YB Khairy Jamaluddin. Hasilnya, kemenangan BN cemerlang pada PRU 11 jatuh teruk sehingga BN hanya mendapat 140 kerusi parlimen sahaja.

Rekod kemerosotan BN terus diterajui oleh Najib dengan kes pembunuhan Altantuya dan kenaikan harga minyak yang keterlaluan lalu keputusan PRU13 menyaksikan BN hanya mendapat 133 kerusi parlimen.

Masih ingat ketika berlakunya tindakan agresif daripada pihak polis yang memukul, menembak gas pemedih mata dan menyembur air kepada para demonstran.

Kita telah menunjukkan kesepaduan jiwa dengan membantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.
Ada antara kita yang bantu membasuhkan muka dengan garam dan air serta memapah mereka yang cedera mendapatkan bantuan perubatan.

Dan perkara yang lebih penting adalah kita berjaya membuktikan yang kita mampu untuk berkumpul secara aman dan harmoni tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.

Ini menunjukkan terdapatnya rakyat Malaysia yang benar-benar ingin melihat sebuah negara merdeka ini meningkat dewasa dengan matang dan menghormati antara satu sama lain.

Suka untuk saya kongsikan, jika ditanya tentang pengalaman menyambut hari kemerdekaan negara yang paling menyeronokkan dan menyentuh perasaan, secara peribadi adalah sewaktu menyanyikan lagu Negaraku bersama ratusan ribu rakyat Malaysia pada malam terakhir BERSIH4. 

Penting untuk diingatkan, beberapa tahun kebelakangan ini, negara kita telah digemparkan dengan pelbagai isu yang melibatkan perkauman dan ekstremisme agama, kleptokrasi, nepotisme, rasuah, salah guna kuasa, kematian dalam tahanan dan banyak lagi memberi kesan kepada semua pihak tanpa mengira kaum dan agama.

Terbaru, anggota parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kerana didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad pula ditahan reman hanya kerana mengkritik kerajaan Sabah dengan membongkar isu rasuah RM114.5 juta yang membabitkan seorang pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah.

Juga isu-isu seperti NFC, 1MDB, Rizab Tabung Haji, penjualan tanah rizab Melayu secara berleluasa oleh pemimpin umno dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang berkait dengan integriti dan ketelusan pentadbiran negara ini menuntut agar rakyat Malaysia terus berani melawan kekejaman rejim pemerintah.

Untuk semua rakyat Malaysia, percayalah bahawa apabila kita membantah kebimbangan ini bersama-sama, kita akan menyedari bahawa kita sebenarnya berkongsi keresahan yang sama.

Ketepikan sengketa dan perbezaan, mari kita bersama-sama menjadi penggerak kepada pendemokrasian yang lebih baik di negara ini. Ayuh, satukan tenaga demi Malaysia yang baru!

Saturday, November 19, 2016

TV 3 Suku Kata Sambutan Terhadap Bersih5 Hambar Poraaah!!!



Sebab tu orang kampung sekarang ni pun sudah tidak percaya lagi pada berita TV3 suku kerana TV3 suku ni suka membuat cerita bohong,memutar belit fakta dan berita macam celaka sama seperti perdana menteri juga.

Tapi hairan bagaimana pembaca berita sanggup bersekongkol membawa berita fitnah dan bagaimana pulak dengan gaji yang diterima.

Gaji yang diterima daripada membaca berita fitnah juga dikhuatiri haram.


Sebab tu kita tidak hairan bila terlalu ramai selebriti TV3 yang bercerai berai sebab makan duit haram dengan membaca berita fitnah

Terkini: Polis Sudah Bersedia Untuk Menerima Arahan Daripada Khalid Mantin






[Laporan LANGSUNG #LIVE #Bersih5]

8am: Keadaan tenang menjelang perhimpunan pagi ini
Peserta perhimpunan dijadual berkumpul di Jalan Bangsar dan Masjid Negara. Keadan masih tenang walaupun sekatan jalan raya mula dilakukan. Kelihatan pihak polis sudah siap sedia untuk menerima arahan daripada KPN



Dataran Merdeka di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman ditutup.

Di Bangsar, jalan dari Jalan Maarof ke Jalan Bangsar telah ditutup di mana Dataran Maybank merupakan salah satu tempat BERSIH akan berkumpul.

Keadaan kelihatan seperti biasa di Jalan Petaling dengan para peniaga membuka perniagaan mereka.

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan setiausaha sekretariat gabungan itu, Mandeep Singh beserta beberapa ahli politik ditahan

Turut ditahan ialah pemimpin baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos pada pukul 1.30 pagi tadi.
Malaysian masih dibelenggu krisis politik dan korupsi yang terbesar dalam sejarah negara. Skandal 1MDB mula didedahkan di parlimen pada 2010, tetapi rakyat Malaysia masih belum mendapat jawapan sebenar mengenai isu ini. Perdana Menteri Najib Razak dan Jemaah menteri sebaliknya berdiam diri.

Saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (US DOJ) mendedahkan dengan lebih lanjut betapa besarnya skandal 1MDB. Pengakuan oleh Menteri Rahman Dahlan bahawa Malaysian Official 1 (MO1) ialah Perdana Menteri Najib Razak turut mengesahkan bahawa wang daripada skandal 1MDB telah digunakan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 pada tahun 2013.

Oleh itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH5.0) menegaskan bahawa Perdana Menteri Najib Razak harus meletak jawatan dengan serta-merta untuk membolehkan siasatan bebas dijalankan.

BERSIH5.0 percaya bahawa suatu tindakan protes adalah diperlukan. Rakyat Malaysia harus menyatukan tenaga dan mengambil pendirian tegas menentang skandal korupsi ini dan kegagalan institusi-institusi. Rakyat Malaysia perlu menuntut perubahan.

Tuntutan BERSIH5 – reformasi institusi untuk Malaysia Baru
1. Pilihan Raya Bersih
2. Kerajaan Bersih daripada rasuah
3. Kukuhkan Demokrasi Berparlimen
4. Hak Membantah
5. Memperkasa Sabah dan Sarawak

KENYATAAN PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) MENGENAI HIMPUNAN BERSIH 5



KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN, PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) MENGENAI HIMPUNAN BERSIH 5

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis menahan beberapa orang aktivis BERSIH, pemimpin politik pembangkang dan mahasiswa hari ini berhubung penglibatan mereka dalam penganjuran Himpunan Bersih 5 yang akan berlangsung esok, Sabtu 19 November 2016. Ini adalah satu bentuk ancaman dan gangguan terhadap penganjur dan orang ramai yang berhasrat untuk menghadiri perhimpunan tersebut esok.

Menurut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengingatkan pihak berkuasa supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman.

Pengerusi SUHAKAM, YBhg Tan Sri Razali Ismail, dalam satu kenyataan senalam menegaskan bahawa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tindakan mana-mana pihak yang menghalang rakyat daripada menghadiri sebarang perhimpunan aman adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah, pihak polis adalah bertanggungjawab untuk memastikan perhimpunan tersebut berlangsung secara aman dan tanpa gangguan.

Saya juga ingin mengingatkan Najib Razak bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan beliau sendiri sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Politik. Akta ini bertujuan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan  bersuara selaras dengan prinsip demokrasi. Saya menggesa Najib Razak supaya tidak sekali-kali melupakan janji-janjinya itu.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyokong penuh Himpunan Bersih 5 yang akan diadakan esok. Ia adalah satu perhimpunan yang mengikut lunas undang-undang dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Saya bersama-sama pimpinan tertinggi PPBM akan menyertai perhimpunan ini dan berharap ramai yang akan hadir untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan menentang rasuah dan penyelewengan serta mewujudkan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih di Malaysia.


TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden PPBM

18 November 2016

Friday, November 18, 2016

Surat Terbuka Buat Pekida, Pekima dan Prima Yang Menyokong Baju Merah dan Pemimpin Penyamun



Surat terbuka dari orang lama kepada :-

Ahli-ahli PEKIDA , PEKIMA , PRIMA.
(30, 36, 77) YANG BERBAI'AH.

BAJU MERAH?

ASSALAMUALAIKUM.
Ayahanda² kekanda² adinda²...

Biar saya bahasakan diri dengan panggilan Pak Long..

Pak long telah lama berjuang dalam perjuangan ini dan Pak long rasa semua yang berbai'ah pun sedar dan tahu tujuan kita berbai'ah atas dasar apa... melihat keadaan sekarang paklong sangat sedih dan rasa terkilan dengan segelintir ahli-ahli bai'ah sekalian yang menyertai kumpulan baju merah yang di ketuai dato jamal yang sudah terang² berjuang demi kepentingan politik beliau... pak long sendiri dahulunnya sehingga pru 13 masih menyokong umno kerana merasakan inilah satu parti yang membela kaum melayu... tetapi di masa sekarang ini pak long melihat umno tidak lagi seperti dahulu.

Pak long ingin menasihati ahli² bai'ah sekalian ..

sedarkah kalian apa yang kalian dah lakukan dengan menyertai kumpulan baju merah..? adakah kalian ingat sumpah bai'ah kita semasa 30 juzu' al quran di kepala kita? wallahi wabillahi watallahiwaminarrasulillahi... kita bersumpah akan melaksanakan segala perintah allah dan tinggalkan larangannya... dahulu perjuangan ini di panggil geng 30 atau 3 line... orang yang mula² bawak 30 masuk malaysia ialah allahyarham ustaz pak bong beliau seorang yang berpendidikan agama yang tinggi... tujuan dia buat benda ni tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memartabatkan agama dan bangsa supaya bangsa melayu dan islam merdeka...

Jadi untuk apakah kalian berjuang dengan kumpulan baju merah? nak bela bangsa melayu? soalannya .. siapa yang khianat bangsa melayu? kumpulan bersih kah atau pemimpin korup yang ada sekarang yang terdiri dari melayu umno? buka mata kamu luas² buka hati kalian untuk menilai.. jangan dek kerana sedikit habuan kamu dengan tidak sadar telah merelakan bangsa kamu terus mengemis di negara sendiri.. sedarlah kalian..

1. Siapa yang telah menghakis rizab tanah melayu hingga tinggal tak sampai 20% sekarang? jawapnya Umno.

2. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)? jawabnya umno

3. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan? jawabnya umno.

4. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

5. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

6. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

7. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT?
Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

Banyak lagi pengkhianatan² umno kepada orang Melayu... panjang lebar kalau nak di senaraikan di sini... kita lihat sekarang dah berpuluh tahun kita mencapai kemerdekaan sepatutnya dengan kekayaan hasil bumi yang dimiliki oleh negara kita sudah pasti negara akan bebas dari kemiskinan, tetapi apa yang kita dapati ialah masih ramai miskin tegar yang rata² melayu islam... kenapa? ini kerana harta mereka di curi oleh pemimpin dengan cukai² yang tak masuk akal...

Wahai saudara² seperjuangan pak long sekalian... jika kalian nak berjuang di atas dasar bai'ah turunlah lawan dengan UMNO kerana mereka jelas mengkhianati bangsa dan agama... agama islam melarang dengan keras mengutip cukai kepada orang islam lagi² kepada yang miskin... tetapi umno rakus mencukai kepada orang islam tanpa mengira miskin dan kaya melalui GST... dan UMNO juga telah banyak mengkhianati bangsa melayu dengan penyelewengan harta negara... dah banyak aset negara telah di juak kepada china.. dalam setiap perhimpunan UMNO kita selalu mendengar mereka menepuk meja dengan lantang "hidup melayu" tetapi hakikatnya mereka sendiri telah memperdayakan melayu yang sentiada dhaif dan tidak bermaya... maaf kalau kata2 pak long menguris hati... bukan menghina tetapi itu hakikatnya...

Ayuh...!! bangkitlah wahai ayahanda², kekanda2, dan adinda sekalian... bangunlah lawan rejim UMNO yang telah lama mengkhianati bangsanya sendiri dan agamanya... ini lah masa kita bangun membela tanah air kita dan agama kita.. jangan biar negara kita terus tergadai sedikit demi sedikit.. jangan di masa depan nanti anak cucu kita meludah kuburan kita dan maki hamun perjuangan kita... jangan di sebabkan kita, bangsa kita terus mundur dan negara terus tergadai.. jangan jadi kan perjuangan kita sebagai sampah dan cakap tak serupa bikin.. bersumpah nak bela agama bangsa dan negara tetapi kita menyokong UMNO yang khianat bangsa agama dan negara...

AYUH KITA UBAH NASIB BANGSA KITA.. AYUH KITA UBAH NASIB NEGARA KITA... LAWAN KERAJAAN ZALIM HINGGA TUMBANG... AYUH IKUT PAK LONG BERSAMA BERSIH 5 DI KL NANTI... BUKTIKAN BAI'AH KAMU BERFUNGSI DENGAN TEPAT... DEMI BANGSA AGAMA DAN NEGARA... KITA BERSAMA TELAH LAHIR DI MATAHARI TERBENAM DENGAN AL QURAN MENJADI HAKIM KEPADA KITA... SEGALA SUMPAH DAN JANJI TELAH TERMETARAI JANGAN KITA KHIANATI SUMPAH KITA KERANA SEDIKIT HABUAN.. BELA LAH AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR KITA... BUANG SIKAP PERKAUMAN.. KERANA AGAMA MELARANG BERSIKAP PERKAUMAN.. KRMBALI LAH KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH... IN SHAA ALLAH..

WALLAHI WATALLAHI WABILLAHI WAMINARRASULILLAHI

DEMI ALLAH DEMI RASULULLAH

wau ba ta

Nasihat ikhlas dari pak long (4s)///

jumpa di bersih 5.

Abaikan Penyokong Baju Merah Yang Menyokong Penyamun Teruskan Berhimpun Secara Aman Demi Rakyat


Sila abaikan penyokong baju merah yang diketuai oleh ketua umno bahagian Sungai Besar Jamal Jamban kerana gerakan Baju Merah memang sengaja diujudkan oleh pemimpin umno agar mereka boleh mengharamkan perhimpunan aman Bersih.

Bergaduh dengan pengganas Baju Merah bukan matlamat Bersih 5, kerana Bersih 5 mempunyai matlamat yang lebih jauh lebih murni  iaitu untuk menyatakan rasa tidakpuashati terhadap pemimpin yang mencuri wang rakyat sehingga rakyat terpaksa menghadapi berbagai pemotongan subsidi dan kenaikan harga barang.

Kita tahu matlamat kumpulan pengganas Baju Merah hanyalah untuk mencetuskan pergaduhan demi untuk mempertahankan pemimpin penyamun yang sedang menyamun wang rakyat kerana pemimpin penyamunlah yang membiayai kumpulan pengganas Baju Merah ini.

Ayuh rakyat Malaysia kita turun beramai-ramai bagi merealisasikan perhimpunan aman Bersih tanpa keganasan.
Rakyat berharap pihak polis tidak menyebelahi kumpulan pengganas Baju Merah yang matlamat mereka hanyalah untuk mencetuskan pergaduhan dan ketidaktenteraman awam.

Thursday, November 17, 2016

Bersih Untuk Rakyat Sedangkan Pengganas Baju Merah Untuk Pemimpin Penyamun, Yang Mana Rakyat Pilih



Himpunan Bersih 5 akan diteruskan pada 19 November ini dan penganjur bersiap sedia dengan pasukan keselamatan sendiri untuk berdepan ancaman Gerakan ganas Baju Merah yang dibiayai oleh pemimpin penyamun yang takut dengan suara rakyat.

Apa hak kumpulan pengganas baju merah untuk menyekat rakyat daripada berhimpun secara aman demi untuk bersuara. 


Apakah Malaysia sudah tidak ada lagi sistem demokrasi yang digembar-gemburkan oleh pemimpin umno.
Apa hak pengganas baju merah untuk memukul dan menghalau rakyat daripada mengadakan himpunan aman?
Malangnya mereka direstui oleh polis dan pemimpin termasuk menteri umno demi untuk mengharamkan perhimpunan Bersih.

Lihatlah beberapa kenyataan berbaur ugutan dan hasutan yang dikeluarkan oleh ketua pengganas Baju Merah iaitu ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Jamban.
Beliau mahu mencincang sesiapa sahaja yang menyertai perhimpunan Bersih namun Ketua  Polis Negara hanya memandang sebelah mata dengan ugutan dan hasutan tersebut dan dianggapnya hanya perang mulut. Tetapi bila dipihak pembangkang yang keluarkan kenyataan yang sama mereka akan didakwa dibawah akta hasutan.

Bersih berharap sangat Polis lebih adil bertindak kerana polis dibayar dengan duit rakyat demi untuk memastikan undang-undang dipatuhi semasa perhimpunan itu.

Walaupun kumpulan pengganas Baju Merah umno cuba membuat ugutanrakyat yang masih sayangkan Malaysia tidak akan menghentikan usaha mereka


Minggu lalu, Gerakan Baju Merah bertembung dengan konvoi Bersih di beberapa lokasi, termasuk di Teluk Intan menyebabkan pergaduhan tercetus antara penyokong Bersih dan Baju Merah, manakala ribuan penyokong berkumpul di Gurney Drive sebagai tanda bantahan terhadap perhimpunan Bersih 5.

Bersih dalam kenyataannya mendakwa pergaduhan itu hampir membunuh penyokongnya dan menegaskan badan itu hanya mahu menggalakkan keamanan, bukannya menimbulkan rusuhan.

Objektif kumpulan pengganas Baju Merah adalah untuk mempertahankan pemimpin penyamun yang sedang menyanyi-nyanyi ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan kos sarahidup yang terlalu tinggi.

Sunday, November 13, 2016

Zuraidah Pukul Saya Kata Jamal Jamban Umno, Sekali Kena Penumbuk Hilang Kebal



Pemimpin kumpulan pengganas Baju Merah Umno Jamal Jamban mengaku hilang kebal apabila berlaku pendarahan pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Sebaik sahaja Jamal memulakan keganasan maka terjadilah pergelutan antara pihak polis dan kumpulan pengganas Baju Merah Umno.

Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk oleh individu yang tidak diketahui.

Anggota kumpulan pengganas Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis apabila pengganas Baju Merah cuba mencetuskan keganasan dalam pusat membeli-belah Ampang Point.
 

Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.

Sambil menjerit ala-ala chip Munk Jamal berkata Zuraidah pukul saya! budak Zuraidah pukul saya!!

Jamal mendakwa seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya namun tiada bukti kerana jamal jamban hanya bergelut dengan pihak polis bukannya budak PKR.

Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.

"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).

"Saya akan cincang mereka," katanya.

Bagaimanapun melalui rakaman video, ketika kekecohan itu berlaku Jamal didengar berkata: "Polis tumbuk saya!" berkali-kali.


Inilah akibatnya jika kumpulan pengganas dibiarkan berleluasa melakukan apa saja, kini rakyat semakin benci dengan Umno yang dikatakan terlibat secara langsung dengan kumpulan pengganas baju merah ini.

Friday, November 11, 2016

Di Singapura Pengurus Bank Terlibat Transaksi Haram 1 MDB Telah Dihukum, Di Malaysia Belum Pun Disiasat


Bekas pengarah urusan bank BSI Switzerland, Yak Chee Yew dijatuhi hukuman penjara 18 minggu dan denda sebanyak S$24,000 (kira-kira RM75,000) selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah.

Straits Times, Singapura melaporkan Yak mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah berhubung pemalsuan dan kegagalan memberi amaran tentang transaksi yang mencurigakan dalam siasatan berkaitan dengan 1MDB.

Yak adalah pengurus bank bagi jutawan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan bertanggungjawab menjaga akaun 1MDB untuk bank Swiss BSI.

Oktober lalu, Yak didakwa dengan tujuh tuduhan jenayah oleh pihak berkuasa Singapura berkaitan dengan siasatan 1MDB di republik itu.

Pada masa yang sama, seorang lagi bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei sedang dibicarakan dan berdepan dengan empat pertuduhan kerana cuba mengganggu saksi.

Yeo semalam memberitahu mahkamah bahawa Jho Low adalah pelanggan paling penting Yak, kerana memperkenalkan BSI kepada dana pelaburan Malaysia iaitu 1MDB.

Polis Singapura berkata mereka sedang menyiasat Low berhubung pengubahan wang haram.

Itu cerita di Singapura bukan negara Islam, cerita di Malaysia yang negaranya majoriti orang Islam dan diperintah 90% orang Islam pula, menyatakan 1 MDB tiada apa-apa kesalahan.

Sudah berbilion wang rakyat Malaysia hilang sehingga rakyat menanggung beban dengan pemotongan subsidi dan kenaikan harga barang namun tiada satu pun sisatan dijalankan terhadap 

1 MDB.

Ketua Polis negara pun sampai sekarang belum lagi dapat mencari Jho Low dan Riza Aziz...nasiblah rakyat Malaysia mempunyai pemimpin seperti pemimpin umno.

Monday, November 7, 2016

Video TMJ Menunjukkan Tahap Kebencian Meluap-Luap TMJ Kepada Kumpulan Baju Merah Umno



Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menyiarkan video bagi menyebarkan mesej antikeganasan dan mengkritik gerakan baju merah.

Video parodi yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu, menggambarkan tujuh lelaki bertopeng meniru aksi seni mempertahankan diri oleh pergerakan baju merah dalam protes mereka di Petaling Jaya semalam.

Video tersebut juga menunjukkan tahap kebencian yang meluap-luap TMJ kepada kumpulan Baju Merah Umno yang diketuai oleh Jamal jamban.

Kumpulan Baju Merah disertai oleh beberapa Ketua Umno Bahagian termasuk Ketua Umno Bahagian Kepong yang sanggup mati bersama Najib selepas beliau diisthyarkan bangkrap.

Klip video itu berakhir dengan Tunku Ismail 'menembak' tujuh lelaki berkenaan dengan menggunakan sepucuk pistol.

Mesej yang disertakan di Facebook tersebut berbunyi: "Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh antara satu sama lain. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang,".

"Perpaduan adalah 'formula' untuk negara ini bergerak ke hadapan, bukan keganasan dan kebencian," kata TMJ.

Umno tak nak buat laporan polis?

Saturday, November 5, 2016

Dana Soros: Polis Siasat Berdasarkan Hanya Bukti Daripada Puak "Hacker' Berhingus



Betapa daifnya polis Malaysia menyiasat dawaan kononnya Bersih mendapat sumbangan daripada yayasan George Soros hanya berdasarkan hacker yang baru ujud tahun 2016.

Disebabkan butir-butir daripada hacker tersebut memihak kepada pembangkang polis terus menyiasat tanpa mengetahui bahawa hacker itu adalah hacker yang baru muncul tahun ini.

Untuk pengetahuan DC Leaks adalah hacker yang kononnya boleh diguna pakai oleh polis bagi menyiasat sumbangan ini.

Hacker ini kononnya berjaya mengganggu email dan mendapati Open Society Foundation (SOF) yang diasaskan Soros memberi sumbangan kepada beberapa pertubuhan tempatan di bawah “Malaysia Program” untuk mempromosikan pilihan raya bebas dan adil.

Hairan dengan hacker pun polis boleh buat bukti?

Dana yang disumbang oleh Soros hanya RM70,000 sebanyak 1 kali sahaja daripada OSF antara 2010 dan 2011.

Namun 2.6 bilion yang dicuri daripada wang rakyat yang mempunyai bukti yang cukup siap no akaun tidak dihiraukan oleh PDRM.

Apakah polis hanya menjaga Umno dan Najib sahaja?

Polis mewujudkan pasukan 5 anggota untuk menyiasat syarikat media itu mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hanya berdasarkan bukti daripada hacker berhingus.

Berikut adalah ranking geng otai Hacker yang lebih dahulu terkenal daripada DK Leak/Umno




10. Global kOS




9. Level Seven Crew



8. globalHell





7. TeaMp0isoN




6. UGNazi




5. Network Crack Program Hacker Group (NCPH)





4. LulzSec




3. Masters of Deception





2. Milw0rm





1. Anonymous




Friday, November 4, 2016

Pengganas Baju Merah Terus Mengganas Di YKP Seolah-Olah Kehadiran Mereka Direstui Oleh Menteri Umno


Sekumpulan penyokong pengganas Baju Merah Umno hari ini berkumpul di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya selepas mendakwa mendapat maklumat beberapa NGO bermesyuarat di situ hari ini.

Apa hak mereka untuk mengganas diseluruh pelusuk Malaysia.

Mereka dikatakan seperti diberi kebebasan oleh menteri umno sebab tu pihak polis tidak mengganggu mereka yangbmahu mengganas

Mereka cuba menyerang Yayasan Perdana dimana Tun Mahathir berada di dalamnya dengan pemimpin Bersatu.

Mereka seperti diupah lumayan oleh menteri umno supaya menggantikan polis melakukan keganasan ke atas sesiapa sahaj yang bercakap mahu mengundur  Najib.

Umno sudah terdesak menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya bagi tujuan keganasan demi untuk mempertahankan perdana menteri yang paling korup dalam dunia.