Sunday, August 21, 2016

Tiga Pelajar diTangkap dan Digari seperti pengganas Hanya Mempromosi Himpunan #TangkapMO1



Tiga aktivis pelajar yang hanya mempromosi perhimpunan #TangkapMO1 di kampus UiTM cawangan Seri Iskandar di Ipoh, Perak telah ditahan dan digari seperti pengganas oleh polis.

Mereka ialah Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali, Luqman Hakim dan Ashraff Nazrin.





Berbeza pula dengan kumpulan 'baju Merah" yang diketuai oleh Jamal Pak Tongkol yang mempromosikan perhimpunan Anti Bersih dengan  melalukan keganasan di hadapan pasaraya Sogo, Polis sekadar memerhatikan sahaja.

Rakyat akgak keliru dengan tindak PDRM yang dilihat sebagai 'double standard' dalam menjalankan amanah rakyat.

Ketika dihubungi, aktivis pelajar Anis Syafiqah yang menghadirkan diri di lokasi tahanan memberitahu Malaysiakini, ketiga-tiganya ditahan selepas cuba memasuki kawasan kampus.

"Kami tiba di UiTM pada kira-kira jam 5 petang dan polis sudah bersiap sedia.

"Kami bertanya kepada mereka dengan baik untuk memasuki kampus bagi bertemu rakan-rakan kerana ingin menjelaskan tentang Malaysian Official 1 , tetapi mereka enggan membenarkan sehingga kami terpaksa bercakap di luar.

"Selepas kami selesai berucap lebih sejam kemudian, kami meminta untuk masuk lagi tetapi mereka masih menolak.

"Tiga daripada kawan-kawan saya kemudian cuba untuk memanjat pagar, polis tangkap dan gari mereka, " katanya.

Ujar Anis lagi, terdapat lebih daripada 10 pegawai polis dan polis bantuan selain kehadiran pentadbir universiti tersebut.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang ingkar dengan larangan mengadakan perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos di Dataran Merdeka.

Khalid mengingatkan bahawa tiada kebenaran diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk penggunaan tempat itu.

“Tapi kalau dah tuan punya tempat tak bagi janganlah buat.

“(Perkara) ini macam rumah orang (kita) nak masuklah. Kalau orang tak bagi, tapi kita nak masuk juga, jadi akan ambil tindakan,” tegas Khalid kepada pemberita.

Khalid berkata penganjur perlu mencari tempat lain dan polis akan mempertimbangkan kelulusan walaupun tempoh notis mungkin tidak cukup.

“Walaupun tempoh masa itu dah suntuk, dia kena mohon 10 hari sebelum perhimpunan tetapi tempat yang diminta bersesuaian kita boleh pertimbangkan," tambah Khalid.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengecam penangkapan tiga pelajar berkenaan yang turut mewakili Persatuan Mahasiswa Islam UM dan Kesatuan Mahasiswa.

7 comments:

  1. Aku pun tak suka dengan regim Najib bini Rosmah ni tetapi apa yg dilakukan oleh aktivis pelajar ini tidak betul. Dah orang tak benarkan masuk kekawasan dia apa pasal dok pi panjat nak masuk juga. Dizaman sekarang ni tak perlu bagai nak berceramah sana sini untuk menyampaikan pendapat kita. Tu zaman wayang pacak punya era. Pergunakan kecanggihan teknologi terkini kerana ia lebih efektif kerana sasaran anda adalah terdiri drp golongan generasi Y. Bukannya pakcik dan makcik felda.

    ReplyDelete
  2. ini bukan nak promosi , ni nak bergaduh , pergi rempuh Polis kat situ berkali-kali dan melawan Polis buat apa , kan dah kena tangkap .. bodoh punya orang

    ReplyDelete
  3. kesalahan nya cuba melawan pihak polis yang menjalankan tugas..inilah jenis samseng2 yang di ajar oleh puak2 rejim pembangkang..

    ReplyDelete
  4. Orang suruh belajar bukan jadi belaci rejim pembangkang tahap longkang...

    ReplyDelete
  5. Bodoh punya pelajar IPTA budak Melayu.... tau nak demo...
    Budak Cina BELAJAR ...Budak Melayu demo... APA PUNYA BODOH NI...

    ReplyDelete
  6. org salah mesti la kena gari..gari pula bkn hukuman weii,tak kan bila tangkap buat salah nak kalung bunga pulak..hancing punya admin

    ReplyDelete
  7. gari tu SOP tangkapan..bangang punya admin..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.