Friday, September 16, 2016

Akhirnya Tun Mahathir Berjaya Mengadakan Pertemuan 4 Mata Dengan Agong


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam untuk menyerahkan memorandum 'Selamatkan Malaysia'.

"Pertemuan tersebut berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah pada petang Rabu. Tun Mahathir tiba kira-kira pukul 4.30 petang dan pertemuan 4 mata itu berlangsung kira-kira satu jam lima belas minit," kata Khairuddin.

Tun Mahathir membawa Deklarasi Selamatkan Malaysia dan dokumen deklarasi rakyat yang ditandatangani oleh 1.4 juta rakyat Malaysia.

Deklarasi itu merupakan hasrat rakyat untuk melihat Malaysia bebas daripada pemerintahan yang bersifat Korupsi dan bermewah-mewah dikala rakyat diminta ikat perut untuk berjimat cermat.

Antara lain, deklarasi itu mendakwa Najib terbabit dalam skandal kewangan melibatkan syarikat pelaburan negara 1MDB yang melibatkan kehilangan berbillion wang rakyat.

Najib menafikan dakwaan beliau mencuri wang rakyat dan sebaliknya  mendakwa ia merupakan komplot Yahudi untuk menjatuhkan pemimpin Melayu.

Sebelum itu beberapa pemimpin umno membuat kenyataan yang mengelikan hati menyatakan bahawa ini semua komplot Amerika untuk membunuh orang Melayu.

WSJ akhbar yang paling berpengaruh di dunia mendakwa Rosmah berjoli sakan dengan wang sejumlah RM24juta daripada tahun 2009 hingga 2015.

Tetapi dinafikan oleh Said Keruak dengan mengajak WSJ bertanding dalam PRU14 akan datang.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang begitu seronok menari bersama penyamun umno berjaya membersihkan nama perdana menteri hanya dengan menyatakan bahawa Najib bersih daripada sebarang tuduhan salah laku rasuah dalam skandal berkenaan.

Sebelum ini Tun Mahathir  tidak dibenarkan mengadap Agong oleh seseorang untuk menyerahkan deklarasi tersebut.

Dan akhir Tuanku membenarkan Tun Mahathir demi untuk mendengar sendiri apakah salahlaku yang telah dilakukan oleh memanda menteri yang bernama Najib dan First Lady yang bernama Rosmah.

9 comments:

  1. 1. Bukan senang rakyat biasa jumpa Agong, lebih2 lagi 4 eyed meeting. It must be important.

    2. Based on normal situation, a 4 eyed meeting with Agong for over an hour is considered "special". Some serious discussion must have taken place.

    3. I believe there must be some form of understanding between mahathir and Agong to not to disclose the content of their meeting. Let us all wait and see.

    4. If Agong were to be unhappy with mahathir, the former would not have granted mahathir an audience.

    5. Even if given an audience, it would last a few minutes.

    6. The fact that a 4 eyed meeting lasting for more than an hour must have attracted the Agong....:)

    ReplyDelete
  2. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, seorang Ketua Negara yang bijaksana lagi Adil. Setelah meneliti segala kemungkinan dan bukti2 yang diketengahkan oleh satu dunia dan melihat kepada kesungguhan Rakyat Malaysia dan Para Pemimpin Veteran seperti Tun Mahathir menolak kepimpinan korup PM Najib serta tertubuhnya parti Melayu yang Menjamin Kesehteraan BAngsa, Negara dan Agama dan pastinya kedudukan Raja-raja Melayu.

    Majlis Raja-Raja sudah yakin kepada parti PPBM lalu semacam memberi lampu hijau kepada parti baru ni untuk mengambil alih pemerintahan dari parti Najib BN.

    Najib makin sakit kepanasan macam ayam lembik kena strok haba. Yg pasti, Tun Mahathir jumpa Agong nak confirm MO1 bukan Baginda Tuanku tapi najib al cash is king

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Anwar dapat dibebaskan sebagai tahanan politik.

      Delete
    2. Semoga Anwar dapat dibebaskan sebagai tahanan politik.

      Delete
  3. Takbir... Bersatu semua

    ReplyDelete
  4. Jika berjaya pun tk mungkn parti pribumi dan pakatan harapan akan memerintah sb budak suruhan umno bernama spr telah melakukan persempadanan semula utk memenangkan umno dan bn..

    ReplyDelete
  5. It could not have been a four-eyes meeting because Raja Petra Kamaruddin was there too. He wrote a long essay in which he claimed Tun M was humiliated by YDP Agong and Tun M was left helpless. To him, the meeting was a failure.

    No wonder Najib pays him an attractive retainer because he can come up with fiction like this in the former's attempts to discredit Tun M. Bangang lah dia orang ni. They think people will believe them!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.