Saturday, September 17, 2016

Bung Biadap Tuduh Perjumpaan Tun M Dengan Agong adalah Sia-Sia Menunjukkan Agong Langsung Tiada Kuasa


Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan bahawa, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam untuk menyerahkan memorandum dan 'Deklarasi Selamatkan Malaysia' disebabkan janji beliau kepada rakyat bersama pihak yang menandatangi 'Deklarasi Rakyat'.

Pertemuan tersebut bukanlah kerja sia-sia seperti yang dituduh oleh beberapa pemimpin umno tetapi janji Tun Mahathir kepada rakyat untuk membawa 'Deklarasi Rakyat' tersebut ke pengetahuan Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Terpulang kepada Duli Tuanku untuk bertindak. Sekurang-kurangnya Tun Mahatir sudah mengotakan janjinya kepada rakyat walaupun beberapa kali disekat oleh regim Najib.

Deklarasi Rakyat tersebut mempunyai 1.4 juta tandatangan rakyat yang mahukan selamatkan Malaysia sewajarnya lah Tun Mahathir perlu menyerahkan kepada DYMM Agong.

Menurut Datuk Seri Mukhriz  lagi, pada 01 September yang lalu Tun Mahathir telah mengadakan mesyuarat bersama ketua masyarakt berbilang kaum yang bersama menandatangani 'Deklarasi Rakyat'. Dalam mesyuarat tersebut mereka memutuskan janji kepada 1.4 juta rakyat bahawa 'Deklarasi Rakyat' tersebut perlu dipersembahkan kepada Duli Tuanku.

Oleh yang demikian pada hari Rabu yang lalu Tun Mahathir berjaya bertemu dengan DYMM Agong di Istana Anak Bukit secara 4 mata bagi menjelaskan kedudukan yang sebenarnya disamping menyerahkan 'Deklarasi Rakyat' kepada Duli Tuanku.

Antara lain, deklarasi itu mendakwa Najib terbabit dalam skandal kewangan melibatkan syarikat pelaburan negara 1MDB yang melibatkan berbillion wang rakyat lesap begitu sahaja.

Oleh itu tuduhan bahawa perjumpaan Tun Mahathir dengan Duli Tuanku adalah kerja sia-sia merupakan satu tuduhan yang bersifat biadap seolah-olah Duli Tuanku langsung tiada kuasa untuk memberi sebarang nasihat kepada kerajaan Najib.

1 comment:

  1. kalau satu saja tandatangan yang ditipu dari kononnya 1.4 juta(tak logik) maka yang biadap oarng yang menyerah nya..sudah kah diaudit satu persatu..kalau dah rejim raja fitnah tu selamanya tak akan mengaku salah..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.