Tuesday, September 20, 2016

Jawapan JASA Mengenai Anugerah Rosmah Akhirnya Memalukan Rosmah Sendiri


Dalam menjawab balik isu Anugerah "The Lead by Example” daripada Antiquities Coalition yang sepatutnya diterima oleh Isteri Najib iaitu Rosmah Mansor, JASA menyatakan bahawa anugerah itu mampu mengangkat martabat negara.

Namun Anugerah itu kononnya telah disabotaj oleh pihak tertentu sehingga ianya terpaksa dibatalkan pemberiannya kepada Rosmah.

Rosmah sepatutnya menerima Anugerah "The Lead by Example” daripada Antiquities Coalition bersama dengan Presiden Macky Mall dari Senegal seperti yang dilaporkan Bernama pada Khamis ini.

Dalam jawaban JASA, New York Times melaporkan bahawa, “Parfitt berkata pada mulanya cadangan jawatankuasa itu untuk memberikan Anugerah tersebut kepada Rosmah namun setelah organisasi itu disoal oleh media antarabangsa mengenai sumber pembiayaan untuk PERMATA. 

Organisasi tidak dapat menjawab  dengan berkata" Sebagai ahli akademik, organisasi itu tidak mempunyai cara segera untuk mengesahkan pembiayaan untuk PERMATA, dan tidak mengetahui tentang apa-apa salah laku yang berlaku dalam PERMATA.”

“Kenyataan itu berkata, persoalan telah dibangkitkan mengenai sumber pembiayaan PERMATA, dan walaupun penganjur acara tidak tahu tentang sebarang salah laku, mereka tidak mempunyai masa untuk menyemak organisasi.”

Jawatankuasa itu akhirnya terpaksa mengeluarkan nama Rosmah sebagai salah satu daripada penerima anugerah semata-mata kerana mereka tidak dapat mengesahkan sumber pembiayaan PERMATA.

Ini bermakna mereka tidak percaya sumber yang dilaburkan dalam PERMATA adalah sumber yang sah dan adil.

"Pada 2016 peruntukkan untuk PERMATA sahaja sejumlah RM36.34 juta", kata JASA

Ini mununjukkan juga media Asing dan Oganisasi Antarabangsa sudah tidak percaya apa cakap Malaysia walaupun disahkan dengan dokumen-dokumen kerajaan berkenaan perbelanjaan dan butir-butirnya telah dibentangkan, berada di dalam domain awam dan mudah diakses.

"Penyingkiran Rosmah dari anugerah “Lead by Example”satu kerugian yang amat  besar kepada negara dan rakyat Malaysia dan kemenangan pihak yang kononnya sengaja mahu mensabotaj dan menafikan kecemerlangan Malaysia dan PERMATA", JASA

14 comments:

  1. Apa yang rugi sangat tu tak tahulah... barangkali si Mangkok hayon Puad Zarkai tu kot yang rugi besar...

    ReplyDelete
  2. Rasa nya lebih menguntungkan negara ....byk penjimatan berlaku...kos terbang jet peribadi ke usa....kos perbelanjaan penginapan dan lain2 kos...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa kita dpt menjimatkan kos jet, pakaian,barang kemas, handbag dan entah baru byk kos utk shopping cik mah...

      Delete
  3. Alhamdulillah..... selamat duit rakyat malaysia...jk tak satu jet exclusif akan terbang...penyelengaraan adalah dr kerajaan malaysia.duit rakyat selamat.aq amat amat bersyukur kerna duit utk kapal tuu dpt di beri pd rakyat yg amat memerlukan yg di himpit kesengsaraan. Rakyat anyak menderita.

    ReplyDelete
  4. memang rugi la..kalau dapat dah tentu peruntukan lebih besar masuk kepoket pengkhiant negara..

    ReplyDelete
  5. Silap haribulan nk pergi sana pun kos sampai 50 juta..

    ReplyDelete
  6. Kak Semah lebih malu lagi,kalau dah terima anugerah lalu di suruh pulangkan...kembali.

    ReplyDelete
  7. Kak Semah lebih malu lagi,kalau dah terima anugerah lalu di suruh pulangkan...kembali.

    ReplyDelete
  8. Kak Semah lebih malu lagi,kalau dah terima anugerah lalu di suruh pulangkan...kembali.

    ReplyDelete
  9. Tak tau la apa nak jadi dgn Malaysia ni, banyak duit hilang

    ReplyDelete
  10. Kos pergi sana takpe, tapi kos shopping pulak melantun-lantun...ha ha ha! Dasar tak tahu malu, ni kalau jadi kat Jepun dah ada yg buat hara kiri ni...

    ReplyDelete
  11. Dpt peruntukan dari duit kerajaan tubuh permata...tp xda audit...apa nama nya tu??

    ReplyDelete
  12. Ada pulak agency lain yang iktiraf. Heran jugak. Adakah yang iktiraf dibawah ni bahlol atau si komentar2 yang yang supet bahlol.

    Sekadar menyenaraikan beberapa kronologi pengikitirafan program PERMATA di peringkatan antarabangsa;

    Feb 2012, Curtin Universiti Australia mengikitiraf usaha-usaha penubuhan PERMATA

    http://news.curtin.edu.au/media-releases/curtin-award-recognises-wife-of-malaysian-prime-minister/

    July 2012, PERMATA diiktiraf dalam satu forum antarabangsa yang diadakan di Dubai (12th Asia Pacific Conference on Giftedness)

    http://www.thestar.com.my/news/nation/2012/07/14/rosmah-to-lead-malaysian-delegation-to-conference/

    Oct 2012, kerajaan Qatar berminat untuk bekerjasama menjadikan model PERMATA di negara berkenaan.

    http://www.thestar.com.my/news/nation/2012/10/11/permata-to-work-with-qatar-education-foundation/

    May 2016, PERMATA telah menerima 3G Children Welfare Award di Istanbul Turkey .

    http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/27/permata-to-receive-global-award-for-its-achievements/

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.