Monday, September 12, 2016

"Najib Hanya Pandai Pelingkup Ekonomi Malaysia"


Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin membidas cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengendalikan ekonomi negara yang sarat dengan hutang dan percaya hanya dengan menukar kerajaan BN mampu memulihkan keadaan semula.

Mengulas sebuah artikel dalam The Star hari ini mengenai bagaimana pusat asuhan kanak-kanak bergelut untuk terus berdaya saing, Kadir berkata tindakan tergesa-gesa Najib melaksanakan dasar gaji minimum adalah satu malapetaka.

Katanya, kes taska itu mencerminkan bagaimana syarikat kecil tidak mampu gaji dan pengguna pula terbeban untuk membayar kos tambahan yang berpunca daripada tindakan tersebut.

"Dalam ketaksubannya dengan ekonomi berpendapatan tinggi, (Najib) menguatkuasakan gaji minimum di seluruh negara pada 1 Julai tahun ini walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak.

"Ini di sebalik mengetahui bahawa kebanyakan majikan tidak berupaya membayar kadar yang ditetapkan.

"Atas sebab ini sahaja, beliau tidak lagi layak untuk terus menjadi perdana menteri. Jika beliau masih memegang jawatan Perdana Menteri ekonomi Malaysia akan terus lingkup.

"Anggap ini sebagai maklum balas daripada rakyat terhadap permintaannya untuk mendapatkan input awam bagi bajet 2017.

"Biar orang lain merancang bajet," kata Kadir Jasin lagi secara sinis 

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.