Saturday, September 24, 2016

'Najib Ingatkan Puteri Umno jangan Burukkan Orang lain Itu Dosa Besar'



Najib Razak berpesan kepada Puteri Umno supaya tidak memburuk-burukkan orang lain kerana itu adalah dosa besar.

Kata perdana menteri mudah untuk mengamalkan politik sebegitu tetapi "berdosa besar" dan tidak membawa mereka ke mana-mana.

"Tapi kita mesti ingat, memburuk-burukkan orang lain tidak bawa kita ke mana-mana.

"Kalau kita ada agenda lebih superior, barulah negara kita lebih maju dan wanita lebih berjaya," katanya di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berucap di majlis Perhimpunan Wanita Muda anjuran Puteri Umno.

Kata Najib Umno memperjuangkan agenda pembangunan dan transformasi walaupun pihak "di sebelah sana" hanya bermain politik, politik kebencian dan memburuk-burukkan musuh mereka.

"Apabila kita memburukkan orang lain itu senang walaupun ia dosa paling besar," katanya.


Sebelum ini kita pernah dengar dan lihat bagaimana Najib kutuk Tun Mahathir di TV3 suku  dalam soal pengangkutan awam ! 

"Sambil merujuk kepada pendahulu saya yang memerintah selama 22 tahun ( my predecessor who ruled for 22 years ) kononnya Tun tidak beri perhatian kepada isu pengangkutan awam ..... dan beliau, Najib adalah orangnya yang terpaksa menyelesaikan masalah itu"

Najib juga menyalahkan Tun Mahathir apabila Proton rugi, Najib juga memburuk-burukkan Tun Mahathir penyebab tol lebuhraya naik.

Apakah itu bukan dosa besar?

Sebab itu cakap Najib sukar dipercayai apa yang beliau tidak benarkan orang lain buat tetapi beliau yang buat.

Ingat lagi dalam ucapan beliau:

-Jangan curi wang rakyat
-Jangan ambil rasuah
-'Tak kan saya bodoh nak curi duit rakyat kemudian masuk ke dalam akaun sendiri'
-Kita harus berjimat supaya dapat membantu ekonomi negara

Pemimpin sebegini tidak boleh dibuat contoh umpama "Ketam menyuruh  anaknya  berjalan betul"

Maksud: Orang yang memberi nasihat kepada orang lain, tetapi dia sendiri tidak mengamalkan nasihatnya

8 comments:

  1. Satu lagi Najib lupa pesan pada puteri umnongok jangan gadaikan body pada pemimpin umno dan jangan buat gelek Arab

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah. itu saya sangat setuju..
      walaupun body yang menari tu macam dogong.
      puteri UMNO ndak juga sedar diri.

      Delete
  2. Bodohkan Orang Kampung - Puteri UMNO Seperti Kera-Kera Yang Sangat Tolol!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<




    UMNO PARTI PENJARA - Anak Muda Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<






    Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tidak Mahu Menjadi Kuli Batak UMNO Lagi!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<

    ReplyDelete
  3. Puak2 munafik tak akan sedar dosa sendiri..itu sbb bala tak dapat dapat rampas putrajaya..teruskan teruskan fitnah2 maki hamun bohong dan menjadi alat barat dan yahudi..kalau tak sedar tak tau apa nak kata lagi..

    ReplyDelete
  4. Tak tahu samada nak gelak guling2 ataupun lompat2...

    ReplyDelete
  5. Bagai meludah ke langit,
    Tapi jatuh bertempek kt batang hidung sendiri....kah kah kah. TDM tidak pernah memburukkan orang lain. Kanyataannya Najib dan penjilat2nya yg selalu memburukkan dan memaki TDM. Rakyat TAHU & MEMERHATI SERTA MENANTI SAATNYA.

    ReplyDelete
  6. Camne madey x kene MAKI...cai2 percaya ke madey MENABUNG 29 tahun smata2 nk BUKE KEDAI ROTI..

    kahkahkah

    Nak MENIPU agak2 ler madeyyy..

    ReplyDelete
  7. aneiiiii.....ruti tulur satu!!!

    kami akan kenang dasar pengswastaan yg menjerut leher anak bangsa melayu.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.