Tuesday, September 13, 2016

'Nak saman Tak Berani, Jadi Buatlah Kenyataan Yang Bodoh'


Seorang Menteri dalam kabinet kayu Najib Said Keruak mengajak  akhbar Wall Street Journal yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu mengemukakan calon untuk PRU14 akan datang.

Beliau terpaksa membuat kenyataan yang bodoh seperti itu kerana pendedahan terperinci WSJ terhadap Rosmah Mansor isteri kepada Najib Razak yang begitu boros sehingga sanggup membelanjakan AS$ 6 juta membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.

"Rosmah adalah satu-satunya anak guru sekolah, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah seorang birokrat dengan gaji tahunan sebanyak AS$ 100,000," kata laporan itu.

Lapor WSJ, perbelanjaan dibuat di gedung membeli-belah Harrods di London, Saks Fifth Avenue di New York dan di beberapa tempat lain.

Menurut akhbar itu, perbelanjaan terbaru AS$ 6 juta itu termasuk perbelanjaan AS$ 1 juta oleh Rosmah yang dilaporkan sebelum ini.

Pada Mac lalu, WSJ melaporkan Rosmah membelanjakan € 750,000 di gedung barangan kemas De Grisogono milik Swiss di cawangan Itali dan AS$ 130,635 di Chanel di Honolulu, Hawaii.

Dalam laporan itu, WSJ mendakwa perbelanjaan berkenaan juga dicaj kepada kad kredit suami Rosmah, Najib.

Ia mendakwa kad kredit itu berkaitan dengan dana 1MDB.

Sebagai menteri komunikasi dan Multimedia dan juga seorang pengampu sudah tentulah Said Keruak perlu keluarkan apa juga kenyataan walaupun kenyataan menampakkan diri memang dari kabinet kayu.

Nak Saman tak berani kerana WSJ bukan sebarangan akhbar, mereka tidak akan melaporkan sebarang berita jika tidak ada kesahihan dan inilah yang menakutkan Najib serta sekutunya jika disaman semua detail akan keluar di seluruh dunia.

Kesian rakyat Malaysia mereka disuruh berkorban jiwa dan raga demi untuk kesejahteraan Malaysia tapi puak2 ni?

4 comments:

  1. Makin jelas kerajaan Umno/BN hanya bawa binasa buat negara. Sebelum semuanya binasa elok sangat Setiap warga Malaysia bangun tentang kezaliman dan salahguna kuasa si PM dan rakan subahatnya.

    Caranya mudah iaitu kita semua pulaukan mereka dalam apa jua upacara rasmi juga bukan rasmi dan penjawat awam kerajaan juga boleh buat tak layan kat mereka.

    Lambat laun mereka jadi gila sendiri dan angkat kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape bawa binasa? sapa sabotaj 1MDB? sapa kemaruk kuasa sanggup berpolitik 24 jam? sapa burukkan negara sedangkan kami semua nak peluang kerja? ada korang pikir? kalau dah burukkan negara, pelabur lari. Matematik mudah kan?

      Delete
  2. Anon..memang pelabur dah ada yg lari, yg tinggal sekarang yg dapat keuntungan dari jib

    ReplyDelete
  3. Pattla dpt jwtn bendahari umno hasil daripada mengampu

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.