Monday, September 19, 2016

Rosmah Tak Jadi Terima Anugerah, Bernama Dikatakan Siar Berita Palsu



Rosmah Mansor, yang dijadualkan menerima anugerah 'Lead by Example' berhubung program PERMATA daripada Antiquities Coalition oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) telah dibatalkan.


Difahamkan Bernama dikatakan tersalah lapor mengenai anugerah itu pada Sabtu lalu membuat kesilapan kononnya anugerah itu diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Oleh yang demikian Rosmah tak jadi terbang ke Washington Amerika Syarikat kerana anugerah tersebut telah dibatalkan.

Persoalan yang bermain difikiran rakyat bagaimana Bernama boleh tersalah lapor dengan melaporkan berita palsu?



Sebelum ini Bernama dengan bangganya melaporkan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Berita tersebut diterima daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad bahawa anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.

"Pengiktirafan ini sekali gus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik kanak-kanak," kata Alias dalam kenyataan pada Sabtu.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Yang mana satu, dibatal atau tersalah lapor? Kalau tersalah lapor maknanya anugerah itu sebenarnya tidak wujud.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.