Thursday, September 29, 2016

Selepas Umno/BN Tumbang, Rakyat Tak Kisah Siapa Pun PM Asalkan Bukan Najib Kedua





Rakyat kini sudah tidak kisah lagi siapa pun yang akan menjadi perdana menteri yang seterusnya asalkan pemimpin itu tidak rasuah dan takutkan tuhan.

Perkara utama rakyat perlulah menumbangkan umno/BN dan selepas umno/BN tumbang siapa sahaja boleh jadi PM asalkan jangan Najib kedua.

Rakyat kini tidak mahu adanya pemimpin yang hanya memikirkan tembolok sendiri, keluarga dan kroni sahaja sedangkan rakyat dibawah sana perit berjuang untuk hidup dalam keadaan barangan harian yang semakin mahal. 


Rakyat juga tidak mahu pemimpin yang banyak buat hutang sehinggakan rakyat serta golongan Asnaf dipaksa membayar cukai, dipotong segala subsidi, dikurangkan segala peruntukkan demi membayar  hutang tersebut.

Rakyat tak mahu pemimpin yang hanya pandai cakap rakyat didahulukan namun mereka yang mendahuluinya dan rakyat ditinggalkan.

Rakyat juga mahu pemimpin yang mampu mengubah ekonomi negara serta membawa balik segala wang yang dilarikan ke luar negara.

Rakyat kini terbeban dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pelbagai kos lain yang semakin meningkat akibat hutang yang dibuat oleh pemimpin terkini.


Dalam barisan pembangkang mereka masih lagi tidak menamakan sesiapa pun sebagai PM cuma yang terlebih meroyan adalah pemimpin Umno dan BN yang sibuk nak tahu hanya dengan niat untuk melaga-lagakan pemimpin pembangkang.

2 comments:

  1. Tumbang ke bn/umno..yakin sangat ke pm dalam kes rasuah..tak ada kes mahkamah pun sedangkan km pen dah dibicara tapi tak bising2 pun..siapa yang tak takut tuhan..semua ni dengar2 cakap tak pun reka2 fitnah..tunggu saja pru kalau nak kata rakyat..siapa rakyat tu..

    ReplyDelete
  2. Rasulullah diakui org yg terbaik ddunia pon masih d benci kafir quraisy...manusia mmg susah utk dpuaskan hati mreke..itu lh manusia.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.