Wednesday, September 21, 2016

Tindakan Polis Mengheret 'Ratu Naga' Dalam Pantang Di Tengah Malam Merupakan Satu Tindakan Zalim


 Malaysiakini melaporkan bahawa 'Ratu Naga' sekali lagi dikunjungi anggota polis pada tengah malam semalam, kira-kira sebulan selepas melahirkan seorang bayi perempuan.

'Ratu Naga' atau nama sebenarnya adalah  Syarul Ema Rena Abu Samah memberitahu, mereka datang kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam (Selasa).

"Mereka berpakaian biasa tetapi memperkenalkan diri sebagai anggota polis. "Saya katakan kepada anggota polis terbabit saya masih dalam pantang namun mereka bertegas mahu bawa saya ke balai polis Klang Selatan. Saya pun bagi kerjasama (dengan mengikut mereka)," katanya.
 
Syarul Ema menambah dia tidak dimaklumkan tujuan untuk dibawa ke balai. Dia juga memaklumkan anggota polis berkenaan masuk ke rumahnya di Jalan Kelang Lama untuk melihat sendiri bayinya sedang tidur dalam bilik. Ketika itu selain Syarul Ema ada dua abangnya di rumah berkenaan, manakala suaminya berada di negeri lain kerana bertugas.
Tidak mahu memanjangkan perkara, Syarul Ema kemudian mengikut lima anggota polis berkenaan ke balai, dengan ditemani abangnya.
"Saya terpaksa tinggalkan anak saya yang baru sebulan dengan seorang lagi abang sulung," katanya.
Di balai, katanya, dia sekali ditanya berhubung posting berkaitan Sultan Pahang dan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa majlis rumah terbuka Datuk Seri Najib Razak di Pekan sempena Aidilfitri lalu.
Polis juga, kata Syarul Ema, mahu merampas telefon bimbitnya namun dia membantah kerana jika diambil juga ia adalah untuk kali ketiga.
"Saya meninggalkan balai polis itu kira-kira jam 3 pagi," katanya.
Sementara itu Syarul Ema berkata dia dimaklumkan polis akan menyiapkan laporan dan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Pada 2 Ogos lalu seramai 14 anggota polis dari Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyerbu rumah Syarul Ema ekoran laporan polis terhadap posting di Facebooknya serta tiga akaun lain.

Moral of The Storynya adalah sudah tidak adakah sikap perikemanusiaan pihak polis dalam menyiasat rakyat marhaen di bawah ini? Rakyat Marhaen yang tidak menyokong Jibby dianggap  seolah-olah seperti pengganas IS atau DAESH.

Adakah polis bertindak adil dalam menyiasat semua rakyat Malaysia termasuk penyokong Jibby? 

Tak kan polis hanya fokus kepada rakyat marhaen yang tidak menyokong Jibby?

10 comments:

  1. Sendiri buat onar sendiri mau fikirlah hasilnya. Kira OKlah polis datang jika tidak, mau dibawa sekali Bomba sembur Naga.

    ReplyDelete
  2. Tugas polis harus di dukung bukan di hina..kalau langgar undang2 harus tanggung akibatnya..tak kira siang tengah malam..puak2 pembangkang bukannya tahu hormat undang2..

    ReplyDelete
  3. Aku tak takut pun dengan polis Malaysia ni....sebabnya aku tak buat kerja bodoh posting yg bukan2 kat media sosial. Jadi sebelum post atau forward sesuatu posting sila pastikan kesahihan sesuatu artikel atau berita tersebut.

    ReplyDelete
  4. Ir. Zawawi hina YDP Agong x pulak disiasat. Macam tu kira hormat undang undang la tu.

    ReplyDelete
  5. Khairul Azwan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia buat laporan polis palsu mengenai tuduhan bahawa Tan Sri Gani, Tan Sri Zeti, dan Tan Sri Abu Kasim berpakat untuk jatuhkan Najib dan membocorkan maklumat kepada pihak asing, Khairul Azwan tak kena tangkap, Ir Nawawi Ahmad Ahli Parlimen Langkawi tuduh kata YDP Agong sebagai Malaysia Official 1 yang terlibat dengan kegiatan menyamun wang 1MDB, tak kena tangkap, Ali Tinju mengelupur menjerit-jerit macam orang tak siuman sebelum Nothing to Hide yang kononnya Najib nak hadir tapi lari last minit dengan gunakan alasan ancaman keselamatan tu, Ali Tinju tak kena tangkap pun, Ramesh Rao ancam nak bakar hidup-hidup editor Sarawak Report, polis tak tangkap pun, Jamal Ikan Bakar bagi rasuah kepada sebanyak RM 646,000 kepada 646 perwakilan UMNO, tak kena tangkap kes rasuah pun.

    Inilah negara kita, kalau yang menyokong Najib, maka buatlah apa pun, tak kena tangkap, perilaku Ketua Polis Negara pun seolah-oleh Ketua UMNO Cawangan Bukit Aman sahajalah, bukan Ketua Polis Negara lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa masaalah kau ngok..polis tau tugas2 nya..jgn berlagak bodoh..puak2 kau yang paling banyak tak patuh undang2..nanti klu rumah kau kena rompak jgn panggil polis klu dah benci sgt..puak2 kau kan blh tlg..

      Delete
    2. Hina Sultan tu berperikemanusiaan ke? Banyak komen bahalol kat sini

      Delete
  6. Cara binatangan dan tak temandun.NAJIB dijaga, hak rakyat bagaimana.?..Hari ini dedak rasa seronok melihat dia kena, tapi satu hari, bila anak cucu dia yg kena....naru meroyan.Mesti wujudkan etika kerja yg lebih berperokemaksnusiaan dan telus. Polis kena lebih dilihat jaga kepenting orang ramai bukan figur yg terpilih

    ReplyDelete
  7. soal perempuan baru dlm pantang dan kena serbu ni aku Pantang dengar. Tak diorang faham ke? Ratu Naga tu penjenayah ke sampaikan nak dibuat begitu pulak?

    ReplyDelete
  8. Segera daftarkan diri anda dan bermainlah di Agen Poker, Domino, Ceme dan capsa Susun Nomor Satu di Indonesia AGENPOKER(COM)
    Jadilah jutawan hanya dengan modal 10.000 rupiah sekarang juga !

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.