Sunday, September 11, 2016

Umno, Gerakan Saling Bercakaran, Gerakan Tuduh Umno Punca Gerakan Kalah Di Pulau Pinang


Parti cauvinis belaan umno kini menunjukkan taringnya apabila menyalahkan umno sepenuhnya sebagai punca kekalahan mereka dalam PRU yang lalu kepada rakan mereka parti DAP.

Semua kerusi yang dipertandingkan oleh parti Gerakan di Pulau Pinang mengalami kekalahan ini semua berpunca daripada umno, kata Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Umno dan Gerakan kini saling bercakaran serta saling tuduh menuduh ketika pilihan raya umum ke-14 semakin hampir diadakan.

BN Pulau Pinang yang dikepalai oleh Teng Chang Yeow secara jelas menempelak Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada awal hari ini menyatakan parti komponen di negeri ini seolah-olah bergantung kepada jentera Umno.

Teng menyindir umno dengan berkata, pihaknya tidak menafikan jentera pilihan raya Umno adalah yang paling hebat sehingga tidak mampu menawan semula Kelantan dan Selangor.

"Jentera Umno di bawah Zahid sendiri sebagai pengarah bersama operasi pilihan raya kecil Permatang Pauh pun tidak mampu menang di kawasan itu," ujar Teng dalam kenyataan.

1 comment:

  1. Tuan,

    Boleh tak link kan blog kita. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.