Friday, October 7, 2016

Adun Jorak Keluar Umnongok Johor Sertai PPBM Dan Beberapa Adun Umnongok Akan Berbuat Demikian


BN Johor telah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umnongok.

Ini bermakna ADUN dari BN Johor telah berkurang dari 38 kepada 37, manakala barisan pembangkang bertambah dari 18 kepada 19 ADUN di Johor

Implikasi utamanya ialah BN tidak lagi boleh meminda undang-undang Johor.

Beliau menjangkakan akan ada beberapa lagi ADUN Johor daripada Umno yang akan turut meninggalkan parti itu sebelum pembubaran DUN.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam mengumumkan pelantikan tiga pegawai tertinggi parti itu.

Ini termasuk anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Johor, dan bekas pemimpin Umno negeri Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh yang dilantik sebagai setiausaha agung.

Selain beliau, akauntan bertauliah lulusan Ireland yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan, Datuk Mohamed Salleh Bajuri, dilantik sebagai bendahari agung.

Bekas ADUN Semerak, Kelantan Kamarudin Md Nor pula dilantik sebagai ketua penerangan, menurut presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.