Sunday, October 23, 2016

Analisa LHDN Terhadap Bajet 2017 Mengesahkan Bahawa Najib/UMNO Tidak Layak Memerintah Malaysia


Menurut sumber dari LHDN - Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

 
Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan

Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.

Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:

Perbelanjaan (P) Hasil (H)

2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

b. Hutang Negara

Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion 2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion 

2016 RM847.9 bilion. 
(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.

Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion. Malangnya bagi rakyat Malaysia disebabkan Najib boros berbelanja maka hutang meningkat menjadi RM847Bilion

c. Ketirisan Perbelanjaan

Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. dan RM36bilion pada 2016. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaan merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.

Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat termasuk golongan miskin dan Asnaf.

GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

Menteri Kewangan Kabinet Najib pernah berkata bahawa negara lain juga mengenakan GST kenapa Malaysia tidak boleh? Dengan memberi contoh Indonesia mengenakan GST sejumlah 10% kepada rakyatnya namun Menteri kabinet kayu Najib terlupa bagitau rakyat Malaysia bahawa Indonesia hanya mengenakan GST terhadap barang yang diimpot sahaja dan barangan tempatan tidak dikenakan GST.

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas. Cara mudah kerajaan Najib mencari sumber kewangan tanpa perlu penasihat ekonomi yang profesional yang juga menghabiskan boras. Tetapi tidak bagi Najib penasihat kewangan bertaraf dan bergaji menteri lebihkurang 7 orang.

Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin. Suka atau tidak rakyat perlu lakukan jika tidak keluar dari Malaysia kata Ahli Parlimen Umno.

 

Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.

MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAK RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI.

CUBA KITA KIRA - 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA: 847,000,000,000/30= RM28233.3 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 BILION.

JADI JIKA PENGURUSAN KEEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN MENGHADAPI SITUASI CUKUPSUKAR/BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2......
UNTUK MENGELAK DARIPADA RAKYAT 

/ORANG KAMPUNG MEMARAHI NAJIB/UMNO DENGAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP MAKA NAJIB MEMBUAT KEPUTUSAN MENAIKKAN NILAI BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA( BR1M)


SEBENARNYA PEMBERIAN BR1M HANYALAH UMPAN SUPAYA MULUT RAKYAT MARHEIN DITUTUP DAN DENGAN KENAIKAN BRIM MAKA MAK BEDAH DAN SUKU SAKATNYA  DIKAMPUNG AKAN TERUS MENGUNDI UMNO/BN UNTUK MEMBERI NAJIB/ROSMAH BERKUASA 5 TAHUN LAGI

PEGAWAI PRIHATIN
LHDN

52 comments:

  1. Lagi2 cerite GST..mlysia negara yg ke 160 mnggunakan gst...patutny zman TENGKU da ad gst..baru kroni2 madey x kayer mlampau..

    Si kayer cm dr vida gst dia 4j..si miskin rm4..

    Hidup GST..jgn marah yer cai2 smue..anda x bole lari dgn GST..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon, awak tak faham isu. Isunya negara punya sumber yang mencukupi jika diurus dgn baik dan telus, ketirisan dikawal maka GST tak perlu. Faham?

      Delete
    2. Bodoh giler 4.49. Kau ni graduate darjah 2 ke. Harap kau gi kat tembok batu dan hantuk kepala kau 2 kali. Bangang sangat kau ni.

      Delete
    3. Jika hukum GST adalah jelas haram, maka pasti GST tidak baik untuk rakyat dan negara. Macam juga hukum arak, walau pun ada kebaikannya, mudharatnya lebih besar maka arak di haramkan. GST bukan sistem percukaian dalam Islam. Hampir semua negara dalam dunia ini tidak melaksanakan hukum hudud dan itu tidak bermakna ia adalah baik dan benar.

      Delete
    4. Dulu pon ada cukai...org tak menyalak pon..
      Bila ada gst...ramai yg jadi giler..hihihi
      Kita msh beruntung...tak semua brg kena gst.Negara2 dkt dgn kita semua brg kena gst.
      Dulu bila tak ada gst...harga brg tak sama..ada brg asas kena sembunyi..yg isytihar cukai pon ikut suka mrk jer.Mana tak ada yg kaya luar biasa.
      Ambik cth..sebuah pasaraya boleh kutip hasil jualan rm30juta-rm50juta setahun.Anggaplah hasil yg patut dicukai ialah rm15juta..tanpa gst mrk boleh tipu cukai rm1juta jer.
      Skrg dgn gst..semua sistem jual beli dpt dikesan secara online dan pihak kdpnkk serta lhdn boleh mengetahui perolehan mrk.
      Errr... satu lagi..sejak gst belum lagi dengar brgn asas disembunyikan krn pihak berwajib tahu siapa yg simpan stok dan adakah ia diedar atau dijual.
      Tak kesahlah korang nak cakap apa.Aku sokong gst dan jika tak nak gst...cari negara yg tak mengamal gst dan berhijrahlah.
      Hihihi

      Delete
    5. Yg penulis Berat Sebelah . Singapura yg Maju pun Ada GST 7% dan berhutang Berbillion2 dan Rugi Berbillion2 !! Fikir2 Kan . Economi sa Dunia Lembab Mcm Mana ? Tahu Kritik Aje !! U Jadilah PM !

      Delete
  2. Duit 4 juta yg Dr Vida tak bayar tu bukan duit dia tetapi duit cukai rakyat yg beli barang dia tapi dia tak hantar kat kerajaaan. Tu pun kiranya songlap jugak macam Najib buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abes tu yg cerita air Sabah songlap kaw kaw tu duit sapa? Duit rakyat bodoh. Tu la sikap pencacai bn

      Delete
    2. Drpd dr vida bagi dkt kerajaan baik dia bagi kat fakir miskin mcm ni lah cara org ckp nk menang sikit pon x nk dengar pendapat org lain

      Delete
    3. Drpd dr vida bagi dkt kerajaan baik dia bagi kat fakir miskin mcm ni lah cara org ckp nk menang sikit pon x nk dengar pendapat org lain

      Delete
  3. Semah Puaka Nyiang RapikOctober 23, 2016 at 5:50 PM

    Dasar manusia xtau malu dan x sedar dek dek azab.. Tahukah bp ramai rakyat meluat dan menyampah tgk muka perosak bangsa dan negara ni? Kecuali segelintir mereka yg berkepentingan dan pemakan dedak tegar, majoriti rakyat mmg x boleh lg nk terima Najib termasuklah org Umno sendiri, x selamanya ko akan terlepas pasti ke Sg Buloh nti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni xde air plak..kalu msuk sg buluh nk basuh BERAK cmne???AIR ada ke kt situ???

      Njib smakin KUAT dgn fitnah cai2 smue..

      Cmne nk prntah mlysia der,nk SETLEKAN hal AIR pon TERKIAL2 n TERHEGEH2 lgi..
      Kihkihkih

      Delete
    2. Aku tetap respect najib nie....
      Dia dpt mgumpulkan pemimpin2 bangang dan munafik dlm satu puak iaitu pakatan haprak.Yang terkini..mamak kerala yg dulunya gila memewahkan waris..kroni dan proksinya.Yang pelik...dia lupa akan skandal2 kewangan yg menyebabkan lebih rm100billion wang rakyat hilang percuma.Nak salahkan mamak tu????Adat kita berniaga..ada untung ada rugi.Hihihi...
      Skrg..mcm2 cara pemimpin2 bangang nie buat tohmahan dan fitnah.Najib releks jer.Buang masa melayan beruk2 tua serupa badut hilang akal....hihihi
      Anyway...berfitnahlah korang semoga jiwa korang tenteram...hihihi

      Delete
    3. Sila ingat Allah..

      Delete
    4. Sorry.. pengikut Dajjal mne boleh nk ingt Allah..

      Delete
  4. Negara maju spt di Eropah kutip cukai tapi penganggur pn dapat duit baru betul.Itu contoh negara yg sayang rakyat,rakyat pn sayang pemimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Malaysia ni lagi byk kena cukai lagi banyak rakyat undi dia..kikikikilkkk

      Delete
    2. Negara eropah mana tu????
      Dulu sipondan rapiji kata ada negara bagi biasiswa percuma.Patut pon percuma...rakyat tak sampai 5juta org dan gst mrk lebih 35%.
      Bayangkan lbh 35% gst mrk....

      Delete
    3. Contoh:seperti di Prancis,Walaupun bukan dari kaki tangan kerajaan kalau sewa Rumah/Beli Rumah, Kerajaan dorang bantu,kalau sewa rumah 700,kerajaan bayar 300 Kita bayar 400,sekolah free Itu lah kelebihanya di negara luar yang ada cuka gst, Malaysia bolih ke buat cam gitu? Saya tak sokong pm yang ada sekarang, maaf untuk berkata cam tu

      Delete
    4. Awal 1950an france da buat GST..
      Bru kene gst 1taun da klamkabut n nak itu dan ini..

      Nak macam2 faedah sila bayar gst n jgn byk berdalih..

      Delete
    5. Dajjal ni ada di mana2 komen..
      Mmg sifat Dajjal mcm ni..

      Delete
    6. Sudah la tu.. pengikut Dajjal..
      Fakta ko sampah ler..

      Delete
    7. bodoh tu simpan lah ckt kat anak cucu anon... orang dah nampak la kesalahan najib... gst ni memang tak berguna untk rakyat.. kerana dia boros rakyat yg kena... kau tak rasa susah mcm mana nak cari duit.. kami di kedah ni kais pg makan pg ja... susah nak cri walau sekupang... brg ape yg tak naik bila gst digunapakai... try terang satu persatu... dulu kata bila ada gst brg akan trun harga... ni tak... bukannya dia dah penipu rakyat... kenapa sokong lg penipu rakyat.. sbb anon ni pun pemakan dedak yg penipu...

      Delete
    8. terimalah kenyataan perbelanjaan negara tak diurus dengan baik.. yg menyokong ni pulak.. tolonglahh buat blog lagi.. sy nk juga baca hujah2 kalian berserta fakta(bukan cacian)..

      Delete
  5. Setuju dgn statistik artikel ni..
    Fakta yg jelas sudaa.. Tapi kalau dah bengap tu bengap jugalah macai2 pemakan dedak br1m tu.. Tinggal lah umno dgn ahli2 nya yg bengap.. Ahli2 yg cerdik, tak mungkin mampu jadi manusia yg terus diperbodohkan.. Umno tak lagi relevan sama lah nasibnya dgn golkar, congress dan ldp yg terlalu lama memerintah.. Umno tidak lagi parti yg perjuang nasib melayu, kita masih ada perlembagaan utk menjaga kepentingan anak bumi tercinta dan raja2 yg menjadi payung..insya Allah. Amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ikut jer pkr yg berjuang utk golongan lgbt.Ketua jadi pelakon video besi....perghhh.
      Cai...harga rmh aku rm280k.Klu abis bayar mgkin melebihi rm500k nilainya.Tapi aku masih mampu bayar hutang tersebut.Kenalah berhemah dan ikut syarat dan perjanjian yg betul.Betul tak?
      Dan janganlah pinjam dgn along yer....

      Delete
    2. koe sama cam jibun gak ..
      .riak , takbur ..byr rumah dgn duit dedak ..x pon duit rasuah . aku kenal snggt dgn kaki abc nie .

      Delete
  6. Amerika yg jual meriam buluh,senapang patah,jual layang2 pon ada GST ngokkkk..

    Kihkihkih

    Kelebihan GST ialah smakin byk cinnaa mntdarah mniage untung smakin byk KENA GST..
    Gud job njib taun dpn kasi naik 10%..bole bg BRIM 2K..

    Huaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah peniaga2 spt mrk nie tak suka gst.Setiap rekod pembelian dan jualan dpt dikesan.Maka nak tipu2 spt dulu dh tak boleh.
      Dulu dapigs juga yg suruh ikut cara cukai singapore yg telus dan efektif.Skrg demi sokongan..mrk juga terpaksa membantah.
      Ambiklah cth kedai bakuteh...pelanggan byr tanpa resit.Agak2 berapa mrk akan dpt sehari, sebulan atau setahun.Rasa2nya nak ker mrk isytihar 100% cukai.Ntah2 hanya 5% jer.Dgn gst segalanya tak mampu disembunyikan oleh mrk.

      Delete
    2. Aku betul2 pelik.

      Knp nak kaitkan bak kut teh kat sini?

      Ko ade makan ke?

      Untung? Habuk..utk keluarga dgn sendiri pun xcukup.

      Sembunyi?
      Kalaulah ko berniaga bertahun2 sejak zaman 80an, ko akan tahu kesusahan tu.

      Habis.. gerai nasi lemak cik dara ke,nasi lemak kg.baru ke?

      Ko xnak cite pulak?

      Bukan ciner jer yg kene..
      Korang pun sama gak.

      Lantak kau lah labu.

      Delete
  7. Hari tu cakap pasal negara tak dak wang dan dah nak bankrap tiba-tiba hari ni dah tukar pulak doh,negara tak dak masaalah pulak dengan wang tapi tak tahu cara nak guna....bila kuat sangat berbohong lama-lama kita sendiri pun boleh percaya dengan pembohongan kita.

    ReplyDelete
  8. Kira2 abg salah tuh bang.. jawapan abg sorg rakyat msia ade hutang 28b, rakyat msia ade 30m..kalu kire semula.. 28b*30m》870b.. tak tepat bang..

    Mmg betul la tuh.. poin dia GST tuh baik, cume pengurusan dan penguatkuasaan tak betul.. kalau betol.. harga barangan tak akan naik.. sepatutnya turun!

    Tpi biasa ar.. malaysia nih bukan sume ikot peraturan.. cth seat belt pon x pakai.. masuk simpang signal x bagi.. mmg degil rakyat msia.. ape pon tak boleh..

    ReplyDelete
  9. Gst mmg bagus.bagus utk kera jaan nk collect hasil cukai dri sykt2 baik yg kecik smpai ke multinasional yg slma ni lari dri byar cukai. Sblm gst, tokey2 ni wat duit kaw2. Untung lain, declare lain. so ble bayar tax ciput.kera jaan yg rugi.now, smua kna declare. Tp klu dah level penyamun, letak la sistem tax camne pun. Celah gigi dia org jer. Tgk, gst ganti sst. Dari 10% ganti 6%, secara teori barang dan perkhidmatan jd semkin murah (sepatutnya). Tp realiti skrg, harge brg dn perkhidmatan tetap naik. Siapa yg manipulasi harge brg? Korang nk salahkan sykt2 yg ada kt msia ni yg kontrol harge. Plz la, msia ni brsistem ekonomi kapitalis.lantak la dia org nk wat untung gile2. Spatutnya yg dok kat atas tu, yg gubal polisi itu ini, mrk yg kna tetapkn.bole dan yg x bole. Penguatkuasaan kna menyeluruh. Ini tidak. Bile kera jaan pun nk biz ngan rakyat sndiri, ini la jdnya. Sbb pe, nak mntak rakyat tolong bayar hutang yg si penyamun2 kt atas tu dh buat.itu celaka namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tgok..kera jaan slngor mniaga AIR dgn kite tpi HAMJADAH service cm celaka..

      Delete
    2. jgn jdi bodoh. tpi nk wt cmne hang mmg bdoh. air tu gov slngor punye ke? tu swasta la bodoh. kroni2 zmn bn ambk alih mmg hncus sume nk duit. gov nk ambk alih xnk jual. urus air xreti

      Delete
  10. percaya bebenor nampak .. heee
    pusing2...last2 pening

    ReplyDelete
  11. Banyak pulak penjilat najib dalam komen ni... jilat la sampai mati!! Penguasa dan menteri dah la bodoh...sibuk duk kumpul harta dek banyak sangat penyokongnya yang bebal dan bodoh!!

    ReplyDelete
  12. Kalau UBN tak layak memerintah negara, mintak maaf cakaplah, dgn sikap pemimpin pembangkang spt yg ditunjukkan semasa pembentangan bajet 2017, 20 kali lagi puak pembangkang tidak layak utk menjadi pemerintah, hatta utk jadi ahli parlimen pun tidak layak dgn sikap yg kebudak-budakan biadap dan kurang ajar.

    ReplyDelete
  13. 7.41 am kau pulak penjilat siapa? cerdik sangat la kau tu jadi penjilat pemimpin yang perangai macam babun tu.

    ReplyDelete
  14. Dari bertekak kat sini... Baik pergi cari duit.. Bantu ekonomi sendiri.. Ni tak.. Maki2..BRIM ambik juga.. Atas alasan?? Duit aku punya... Bagus sangat la perangai macam tu? Benda baru laksana memang la tak nampak hasil lagi... Tunggu la beberapa tahun.. Kau tanam pokok kelapa hari ni.. Esok terus nak ambil kelapa ke?? Hah?? Cakap pun pakai la fakta. Bukan auta! Ni geng2 yang buat keuntungan, peniaga bukan boleh percaya pun! Akta pencatutan pun nak dihapuskan.. Nak bukak free market.. For what?? Bagi rakyat tertekan? Pastu ikut suka je letak harga berapa.. Gov. Tak payah control? Cantik muka korang!! Macam aku tulis atas tadi... Kau tanam pokok kelapa hari ni... Tak terus amik buah kelapa... Kau kena tunggu dia membesar... Berbuah.. Baru kau tuai. Jadi tak payah nak terdesak sangat buat fitnah untuk kepentingan peribadi sendiri. Lagipun Malaysia kena 6% je.. Atas barang tertentu... Bukan semua barangan kena gst. Tak payah mengelabah sangat. Ada baiknya kalau kau nampak orang susah... Kau bantu apa yang patut.. Sedekah ke.. Ni tak.. Nampak je lari.. Buat tak tau. Lagi memekak kat sini jadi 'keyboard warrior' ...semak je!

    ReplyDelete
  15. 11.08

    "Macam aku tulis atas tadi... Kau tanam pokok kelapa hari ni... Tak terus amik buah kelapa... "

    -------

    Samalah juga dengan sijibi, Tun Mahathir dan pemimpin terdahulu membina pembangunan, ekonomi pesat dan mantap

    Hari ini, jibbi dan hippo dengan sesuka hati mereka merompak dan menyamun wang dan harta rakyat,negara.

    Sama tak konsep tanam pokok kelapa kepala bapak ko?

    ReplyDelete
  16. hang kira betul-betul....846 billion bahagi 30 juta..

    ReplyDelete
  17. cakap banyak buat apa, tanyalah PH sama ada sanggup pikul biawak hidup peninggalan mader dan kensel GSt sume tu? ada beran? wakakaka

    ReplyDelete
  18. cerita da baik da...ak baca pun paham.
    tapi bab matematik yang last2 tu apsal pelik sangat
    847,000,000,000 / 30,000,000 = 28,233 je la mane ade billion oiiii!!
    hahaha laka2 je penulis ni anyway good info ada logik dia
    harap2 pihak berkuasa and rakyat bole bantu perbaiki salah silap pemimpin2 kita.

    ReplyDelete
  19. anonymus ni cautut ni aku rasa...paku dulang paku serpih..purak bgus la plak...munafik ni...mengucap nak...istigfar byk...biasanya org mcm ni apa pon xda..org kdah hbaq skupang det pon tadak..seduit pon xbguna..pelaq buiiik...huh..

    ReplyDelete
  20. Jangan kita tiru apa yg barat buat..sbb org barat bykan ikut apa yg Islam atur. Ni bila barat buat gst kononnya boleh tampung pe dapatan negara kita pun buat..ikut garis panduan yg Islam dah guided. Nnt esok2 org barat mkn tahi kita pun mkn tahi jgk sbb barat kata tahi tu ubat..Allah bg akal utk fikir, kita gali2 lg ilmu..klu kita berpandukan al-quran n hadis insyaAllah negara kita aman. Bukan kemegahan yg kita kejar. Org buat bangunan bertingkat tingkat kita pun ikut...duit atau hasil negara adalah amanah Allah. Kena urus dengn telus..xkira lah dr pihak kerajaan atau pembangkang. Sama2 laksanakan perintah Allah..bukan senang2 sorang..dunia kita ni tempat pinjaman dr Allah.klu xlepas d dunia ni jang harap dapat lepas dr penghakiman Allah. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  21. Jangan kita tiru apa yg barat buat..sbb org barat bykan ikut apa yg Islam atur. Ni bila barat buat gst kononnya boleh tampung pe dapatan negara kita pun buat..ikut garis panduan yg Islam dah guided. Nnt esok2 org barat mkn tahi kita pun mkn tahi jgk sbb barat kata tahi tu ubat..Allah bg akal utk fikir, kita gali2 lg ilmu..klu kita berpandukan al-quran n hadis insyaAllah negara kita aman. Bukan kemegahan yg kita kejar. Org buat bangunan bertingkat tingkat kita pun ikut...duit atau hasil negara adalah amanah Allah. Kena urus dengn telus..xkira lah dr pihak kerajaan atau pembangkang. Sama2 laksanakan perintah Allah..bukan senang2 sorang..dunia kita ni tempat pinjaman dr Allah.klu xlepas d dunia ni jang harap dapat lepas dr penghakiman Allah. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  22. Ak tak paham tang setiap rakyat msia ada hutang 28 bilion tengkorak dia, klu sorg utang 28 bil 30org dh 840 bilion lol, klu 30 juta rakyat dh terlibih sgt tu, katanya hutang 840 ja. Nasihat ak klu emosi takyah la ckp apa2, sbb yg akan kuar benta tak betul nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..sokong tu..28 billion tu sangat x masuk akal..silap kira kot..

      Delete
  23. hutang 847B tu klu bunga 4% setahun berapa yer..saja tanya. Tahun tahun bayar bunga jer..hutang tue bila nak habis bayar..

    ReplyDelete
  24. Ramai lagi sibodoh2 yg sokong UMNO nie...
    x rase ker hidup diorg skarang nie terbeban mc maner...
    aq yg berniaga nie dh sakit otak dh fikir mcm mane nk survive..
    Kluarga aq berniaga dh dekat 20 tahun..
    2 tahun sejak GST adalah tahun paling terok kitorang berniaga...
    Setiap bulan jualan semakin kurang....
    Sampai bile ek nk tgok Najib ngan Rosmah tu dok kt atas berpoye2 dgn duit rakyat..
    Sedarlah tuan2/puan2...
    Malaysia dh semakin tenat...
    Cube tgok berita2 luar negara..
    bru awak semue nmpak ape yg berlaku sbnarnye...

    ReplyDelete
  25. Ya Allah,beri lah hidayah dan jgn la kau tarik kebijakkan pada penyokong2 BN..kesian sgt..nk kate bodoh x bodoh,pandai pun tidak,bengal agaknye,ckap x faham2..aamiin.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.