Friday, October 7, 2016

Benarkah Perkasa Kini Beralih Sokongan Kepada Najib?



Perletakkan jawatan Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menimbulkan tanda tanya buat ahli-ahli Perkasa.


Adakah  ahli-ahli Perkasa hanya boleh sertai parti Najib sahaja dan jika menyertai parti lain termasuk PPBM mereka perlu melepaskan jawatan dalam Pertubuhan Perkasa?

Apakah hanya umno sahaja yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu?


Perletakkan jawatan Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya ada kaitan dengan penyertaan beliau dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sebelum itu ahli-ahli Perkasa diarahkan memberi sokongan kepada kumpulan baju Merah yang diketuai oleh Jamal Jamban semasa perhimpunan .

Menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali perletakan jawatan itu tidak sedikit pun menjejaskan pertubuhan peribumi Perkasa.

Ibrahim kini giat menyatupadukan orang Melayu agar kembali menyokong kerajaan Najib.


Sebelum ini Pertubuhan pendesak Melayu, PERKASA mengakui bahawa NGO itu kini terbelah dua berikutan sebilangan ahlinya menyokong kepimpinan Najib Razak manakala selebihnya pula memihak kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui parti PPBM.

Ramai Ahli Umno dalam PERKASA, tetapi disebabkan umno dan PERKASA sudah tidak menjaga kepentingan orang Melayu  ada ahli Umno keluar PERKASA melalui sidang media dengan aksi memotong kad keahlian PERKASA bagi tunjukkan tidak puas hati kepada presiden dan kepimpinan PERKASA.

Mereka dakwa PERKASA lari dari perjuangan asal.

PERKASA parlimen Gombak dan Kuala Langat sudah terang menyokong kepimpinan Najib secara terbuka namun bila ada ahli Perkasa yang menyokong Tun Mahathir mereka akan dilihat sebagai pembangkang.

Jika benar PERKASA memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu kenapa tiada teguran langsung terhadap Najib apabila Najib bertindak menjual harta orang Melayu kepada cina DAP.

1. Baru-baru ini tanah DESA WATER PARK (telah ditutup)dijual kepada seorang tauke Cina bernama (Tan Sri) Chai Kin Kong.* Dulu tanah itu dipajak kepada syarikat Berjaya milik tauke Cina (Tan Sri) Vincent Tan. Kenapa tidak dijual pada GLC atau pada korporat Melayu?

2. 60 % saham projek Bandar Malaysia yang bersebelahan dengan Desa Water Park telah diberi kepada konsortium Cina Malaysia dan Cina negeri China.

3. Jual murah tanah TUDM Sungai Besi kepada 1MDB (Guna duit hutang dari Tabung Haji) kemudian jual kepada konsortium Cina Malaysia-Cina negeri China. Cina lagi!!

4. Siapa yang tubuh 1MDB sehingga menyebabkan kita semua tanggung malu di merata dunia dan beban hutang RM50 bilion? Bukan DAP!

5. Cina DAP yang ramai dan cergas dalam politik sejak tahun 1967 atau Cina Jho Low yang bersekongkol dengan Najib tubuh 1MDB dan lepas itu seleweng duitnya - Yang mana sudah terbukti bahaya?

6. Beli penjana elektrik bebas (IPP) hujung usia daripada tauke Cina, Melayu dan India tempatan dengan harga RM12 bilion dan dijual kepada syarikat milik kerajaan China dengan harga RM9 bilion - Najib atau Cina DAP?

7. Tanah DBKL di Pantai Dalam dijual kepada konglomerat Cina, YTL Bhd untuk dimajukan jadi Pantai Hillpark.

8. Terkini Dataran Helang dan Taman Chogm dijual kepada adik Vincent Tan

1 comment:

  1. Bukan ke dia hanya letak jawatan ,tapi masih ahli Perkasa.Takan itu pun kau orang tak faham.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.