Sunday, October 30, 2016

Dato Hamidah Ramal Husni Bakal Dipecat Dalam Masa Terdekat Kerana Pertikai 1 MDB

Bekas ketua penerangan Wanita Umno Dato' Hamidah Osman menjangkakan seorang lagi orang kuat parti itu bakal dipecat daripada umno dalam masa terdekat kerana membangkitkan isu 1MDB.

Katanya, parti itu sudah "hilang pertimbangan" dan akan bertindak keras terhadap sesiapa saja yang menongkah arus termasuk bekas bendahari parti itu Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Saya tak terkejut kalau beliau dipecat sebab kita dapat lihat sudah ada kritikan dibuat selepas persoalan (1MDB) itu ditimbulkan. Perkara lain mungkin menyusul," katanya

Pada 24 Oktober lalu Ahmad Husni yang juga bekas menteri kewangan kedua menggesa kerajaan mempertimbangkan bagaimana masalah kewangan dan skandal 1MDB memberi kesan kepada survival Malaysia.

Husni juga telah memberi 8 soalan maut untuk dijawab oleh Najib kerana menteri kabinetnya pun susah untuk menjawan soalan yang dilontarkan oleh Husni mengenai 1 MDB.

1 MDB dikatakan ditubuhkan tanpa pengetahuan kabinet tetapi bila syarikat tersebut mengalami masalah yang amat kronik barulah Najib mahu membawanya berbincang bersama menteri kabinet.

Ia adalah kali pertama Ahmad Husni membahaskan isu 1MDB sebagai wakil rakyat selepas menghabiskan tujuh tahun sebagai seorang menteri kabinet, yang kebetulan bertepatan dengan jangka hayat 1MDB.
 
Ketika membahaskan Bajet 2017 Ahmad Husni meminta kerajaan mempertimbangkan beberapa kesan negatif akibat kontroversi 1MDB.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) cakap persepsi menentukan survival kita.

“Katalah, saya tak sebut DOJ (saman sivil Jabatan Keadilan, Amerika Syarikat) lah, katalah kes itu tak menyebelahi kita, bagaimana persepsi terhadap negara kita?

“Katalah kes AS$4 bilion dengan Aabar (BVI) itu hilang, sekarang pun tak dapat, apa jadi kepada persepsi terhadap negara kita?” soalnya.

Bagi menyelamatkan penyelewengan 1 MDB Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendakwa bahawa bekas anggota kabinet yang terlibat dalam perbahasan Bajet 2017 mengenai 1 MDB mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan.

Bagaimanapun hari ini bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim berpendapat kekangan rahsia kerajaan hanya melibatkan minit mesyuarat kabinet dan tidak bersifat menyeluruh.

Hamidah berkata jika Ahmad Husni tidak dipecat atau terlepas daripada tindakan lembaga disiplin Umno, ada kemungkinan tokoh lain daripada parti itu akan turut mempersoalkan skandal 1MDB berkenaan.

"Sebabnya, kalau diam (tiada tindakan disiplin diambil) maknanya betullah apa yang dipersoalkan Ahmad Husni dan dari situ akan ada lagi yang akan buka mulut tentang 1MDB ini," katanya yang kini menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Terkini  Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengharamkan ahli parlimen berhujah 3 perkara yang boleh membawa maut kepada Barisan Nasional  iaitu, 1 MDB, 2.6 bilion dan Altantuya.

8 comments:

  1. Benda KARUT buat ape nk brtnya n bersoal jwab lgi??

    DOJ sndri pon dh tutup buku n buat bodo jer crite 1mdb ni..

    ReplyDelete
  2. penipuan yg diulang-ulang,memang patutla diharamkan...
    Selagi tak tercapai matlamat selagi itulah kompang yg sama akan dipalu...rakyat tak buta dan bodoh, dasar pengswastaan yg baik dijadikan lubuk duit,akhirnya rakyat jelata yg tercekik...

    ReplyDelete
  3. 4 billion usd bersamaan dengan 16 ribu juta ringgit, bukan ratus juta, bukan puluh juta, bukan juta juta tetapi....

    ENAM BELAS RIBU JUTA RINGGIT = 16 BILLION!!! Bukan sikit duit tu...

    ReplyDelete
  4. Nampaknya korang tak tahu ke citer Dato Husni selama ini ye? Beliau akan membuat telahan demi telahan dalam isu 1MDB walhal beliau sendiri telah tahu jawapannya tetapi apa yang dia buat selama ini disebalik perwatakannya sebagai menteri kewangan... baik korang semak dulu la dengan mereka yang pernah bersama Dato Husni. Itu pun nasib baik la Dato Najib masih bagi peluang dan ruang ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12.25, zaman ni dah takder telahan, takder nak sembunyi, kalau ada salah laku sila bentangkan, Najib satu dunia dah tau dia penyamun, disebabkan najib ada kuasa, takder siapa boleh gugat kedudukan beliau, tunggu PRU nanti, dengan pencacai2 akan disumbat masuk kedalam.

      Delete
  5. Blog Captain M dedah juga kerakusan watak2 ini..

    ReplyDelete
  6. Kak Midah, teruskan perjuangan!!!

    Bakal MB Perak selepas parti Najib & BN ditumbangkan!!!

    ReplyDelete
  7. Elok sangat dipecat supaya hilang kulat2

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.