Sunday, October 9, 2016

Demi Mempertahankan Pemimpin Rasuah Umno Kini Sudah Jadi Parti Pengganas



Parti Umno kini ‘rosak’ dek akibat tindakan ganas penyokong umno berbaju merah. Semalam satu Malaysia dikejutkan apabila penyokong parti Umno/BN yang masih memerintah Malaysia bersifat ganas dengan menendang dan membaling telur kearah peserta Bersih.

Sedang peserta Bersih hanya lalu sahaja di kawasan lampu isyarat. perbuatan penyokong umno ini dilihat seolah mendapat restu daripada Presiden mereka  Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Rakyat yanag dahulunya menyokong Umno kini sudah beralih arah dengan menyokong parti Peribumu Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana menyifatkan umno kini hanya memperjuangkan Najib dan keluarganya bukan lagi memperjuangkan nasib orang Melayu.

Nasib orang Melayu kini terhimpit akibat kenaikan kos sara hidup yang amat tinggi kerana kerajaan Najib mengenakan cukai GST.

Demi untuk berkuasa selepas PRU14 umno sanggup lakukan apa saja walaupun untuk mencipta kumpulan pengganas yang diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Jamban.

Atas sokongan kuat umno terhadap kumpulan pengganas baju merah ini ketuanya Jamal Jamban dikurniakan darjah Datuk Seri.

Dulu Umno yang suatu ketika dahulu dihormati dan disanjungi rakyat Malaysia kini dipandang hina kerana skandal rasuah dan kini sudah menjadi parti pengganas seperti sama dengan aksi filem Singham.

Selepas 8 tahun parti keramat ini dipimpin oleh Najib, Umno berada di paras paling teruk paling buruk paling hina terpalit oleh masalah peribadi yang dilakukan Najib dengan mengheret sekali parti ini ke lembah penghinaan dan lembah pendustaan.

Jikalau ditanya sanggupkah lagi rakyat memberikan rantai emas, wang ringgit untuk parti keramat ini, jawapannya pasti tidak.

Umno seolah-olah tidak ada pilihan apabila kebangkitan rakyat bertambah. Bersih bangkit untuk memperjuangkan pilihanraya yang bersih dan adil namun penyokong baju merah Umno mengatakan bahawa Bersih mahu menjatukan Najib sebagai Perdana Menteri.

Berbagai persepsi yang dimainkan oleh Umno iaitu Bersih kononnya dimonopoli oleh golongan kafir yang mahu menjatuhkan pemerintah Melayu.

Umno semakin terdesak apabila  isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib tidak mampu dijelaskan kepada rakyat.

Umno semakin terdesak apabila ahli-ahli Umno sendiri sudah menjauhi parti itu dan ini terbukti dalam mesyuarat peringkat cawangan yang seringkali tidak mencukupi korum sehingga sanggup diujudkan dengan Cabutan Bertuah untuk dapatkan korum yang dikehendaki.

Umno sudah terdesak kini hanya memperjuangkan Presiden namun mereka kini gagal apabila satu dunia tahu siapa Najib yang sebenarnya sehingga menjadi ejekan seluruh dunia.

Umno kini hanya menanti untuk dikuburkan sahaja dan boleh rebah bila-bila masa kerana dipimpin oleh individu tidak bertanggungjawab dan amanah.

Jika UMNO/BN kalah dalam PRU14 nanti ramai orang Melayu yang lebih pandai daripada Najib mampu menjadi Perdana Menteri cuma bertukar parti.

 Jangan lagi kita percayakan khurafat yang diulang-ulang ceritakan oleh para pemimpin UMNO/BN selama ini kononnya jika umno kalah orang Melayu akan bangsat, tidak terbela.

UMNO sering memutar persepsi bodoh berkali-kali  kononnya kalau UMNO/BN kalah matilah orang Melayu, habislah orang Cina dan kebuluranlah orang India. Akan berlaku huru-haralah negara, macam-macam khurafat diceritakan sejak dulu lagi.

Mengapa kita tidak boleh berfikir secara terbuka dan sebijak-bijaknya, bahawa kalahnya UMNO/BN nanti akan tamatlah penindasan terhadap rakyat, berakhirlah segala macam penyelewengan, kezaliman, salahguna kuasa, rasuah dan segala macam budaya mewah orang-orang UMNO.

Insya-Allah, akan muncul kepimpinan negara yang baru, lebih amanah, telus, adil dan baik lagi.

Semoga sama-samalah kita sebagai rakyat yang merdeka, cerdik, bebas dan berdaulat untuk berfikir dan menilai antara yang benar dengan yang palsu.

5 comments:

  1. Bersih bangkit untuk pilihanraya adil? Ngko mimpi ke admin. Banyak makan tempoyak kot? Baju kuning bangkit maki polis anjing umno, rosak kereta polis (harta awam), tendang motor polis sampai jatuh, pijak gambar pemimpin parti Umno dan Pas tu semua macam orang gila. Itu yg ngko puji?

    ReplyDelete
  2. Inilah wajah samseng umno yg telah diberi lesen utk membuat huru hara...dimana letaknya undang2 sekarang apakah ianya telah dudok dibawah telapak kaki umno.....sekiranya rakyat yg bangkit menentang kerajaan ianya akan ditangkap dan didakwa...bila samseng2 belaan melakukan provokasi yg bolih mendatangkan kekecohan dan menggugat ketenteraman awan dibiarkan buat sesuka hati mereka...PDRM bolih melakukan tangkapan kepada peserta bersih jika melanggar undang2.....Negara kita mengamalkan sistem demokrasi ...mengapa bila rakyat bersuara kerajaan berasa takut jika mereka benar....kenapa baju merah takut melihat baju kuning masuk ke perak...selangor...johor....selama ini pun baju merah tidak menggugat ketenteraman awan dan negara...ianya hanya mengganggu kelancaran lalu lintas....Ada menteri Umno dgn sombong berkata dia lebih tahu tentang undang2 sebab dia peguam....kenapa biarkan baju merah bertindak bagai samseng....baju kuning membawa suara rakyat....Baju merah juga bolih berbuat demikian bawa suara rakyat yg menyokong mereka...buat demo...ditempat mana yg awak semua sukai....tanpa perlu utk mengganggu yg lain..Apakah pandangan Menteri dan kerajaan..juga PDRM bahawa tindakan baju merah adalah wajar....

    ReplyDelete
  3. Kalau faham undang2 apa perlunya convoi sana convoi sini. Nak tunjuk kuat lah tu. Tunggu je datang pru 14 terus pangkah. Simpan chita2 nak pangkah tu dari sekarang. Baju merah tu bukannya minat sangat nak konvoi2 macam tu. Tapi bila tengok berok2 baju kuning gah semacham, depa pon bara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anon 6:33. Sebab nak tunjuk kuat undi popular 52% lah tu.

      Delete
  4. Apa masalah jika Bersih adakan konvoi.Tunjukkan undng2 mana yg melarang adakan konvoi.Ianya salah satu ekspressi tunjuk rasa mcm demonstrasi juga.. Geng baju merah berhimpun boleh, Bersih nak buat himpunan dan konvoi, tak boleh dan dihalang..Geng baju Merah@samseng Umno bukan berhimpun secara aman, tapi menimbulkan kekacauan..Ini demokrasi kepala bana namanya!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.