Friday, October 28, 2016

Disebabkan Pendedak Ni Dahlan Maamor DiGantung Tugas Di Bernama TV




Pengacara popular Ruang Bicara Bernama TV, Dahlan Maamor digantung daripada menjadi hos program itu selepas mendakwa mendapat 'protes hebat daripada pendedak di media Umno' . 

Tindakan Dahlan menyiarkan pandangan Adnan di media sosial dibantah oleh pengampu Najib dan Rosmah iaitu Setiausaha Bahagian Media Umno Malaysia, Datuk Ahmad Kamal Zailani.

Media umno yang langsung tidak mendapat sambutan rakyat diketui oleh seorang yang berpangkat Dato dan mendapat anugerah oleh Rosmah Mansor sebagai media terbaik.

Menurut mesej daripada whatapps Ahmad Kamal Zailani berkata "BNC nak pendek umur ke? War2 dalam FB minta Najib Letak Jawatan"

BNC bermaksud Bernama News Channel, puji Najib dan Rosmah tinggi-tinggi melangit bukan saja panjang umur malah dapat anugerah lagi.


"Protes hebat daripada media Umno oleh Dato Kamal Zailani membawa kepada tindakan DS Azman Ujang selaku pengerusi BNC yang tak profesional dan pendedak dalam pembikinan tanpa memikirkan sumbangan saya kepada Bernama TV bertindak "menggantung saya" daripada mengacarakan program Ruang Bicara.

"Kepada Azman Ujang teruskan perangai anda dengan menghukum tanpa kaji selidik dan sikap anda membuatkan ramai yang turut terkilan dan bosan," katanya.

Yang pastinya dengan tindakan jijik ini lebih ramai rakyat akan membenci umno dan sekaligus Najib tidak perlu meminta Najib meletakkan jawatan lagi kerana rakyat sendiri akan menjatuhkan parti yang diperintahnya pada PRU14 nanti.

1 comment:

  1. sudahlah rakyat muak dgn cerita2 jijik propaganda pembangkang..kalau setakat riuh rendah di blg media tak kan kemana..prn sarawak..2 prk dah kecundang tak gerun ke..pru14 pembangkang pasti dan wajib terlingkup..insyaALLAH..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.