Thursday, October 20, 2016

Haji Hadi Mengadu Dikencing Oleh TV3 dan Utusang, Manipulasi Kenyataannya


Presiden Pas YB Datuk Seri Abdul Hadi  mengadu bahawa kenyataan beliau di parlimen telah diubahsuai oleh TV3 dan Utusan bagi menampakkan beliau menyokong perlaksanaan GST sedangkan beliau tidak berniat berbuat demikian.

Perbuatan TV3 dan Utusang ini dikatakan biadap memuatnaik kenyataannya tanpa mendapat restu beliau.

Sebelum ini Pas telah membuat satu fatwa bahawa perlaksanaan GST adalah haram disisi Islam kerana mengianaya orang miskin termasuk golongan Asnaf.

 Dewan Ulama PAS menyifatkan tindakan kerajaan yang bakal mengutip cukai GST adalah haram.

“GST haram. Mengikut Islam cukai hanya boleh diambil dari rakyat yang mampu sahaja. Tetapi sistem GST, kerajaan mengutip cukai dari semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Ini tidak adil.  

“Cukai hanya dibenarkan dalam Islam setelah negara sudah tidak ada sumber pendapatan lain.

“Malah bila ada sumber pendapatan baru, maka secara otomatik pungutan cukai sebelum itu terbatal.

“Justeru itu kerajaan perlu cari cara lain untuk dapatkan duit (pendapatan negara).,” kata Dewan Ulamak Pas

Berikut adalah transkrip penuh dari soalan tambahan YB Datuk Seri Abdul Hadi di Parlimen kelmarin.

“Tan Sri Yang Dipertua, soalan tambahan saya, GST merupakan percukaian murah oleh kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan. Namun pun di sana ada impak Yang Berhormat sebut, dan kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam, khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi, masih ada sungutan-sungutan nilai mata wang, ini juga membebankan pelajar kita di luar negara yang ke luar negara, sungutan itu banyak, sejauh mana langkah-langkah kerajaan dan penilaian terhadap keberkasananan daripada langkah-langkah itu dan adakah kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada? Terima kasih."

1 comment:

  1. Madey memtedarah duit vincent TOTO x haram ker???

    Kihlihkih

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.