Wednesday, October 26, 2016

Isu 1 MDB Hanya Konspirasi Muhyiddin Untuk Menjatuhkan PM Kata Annuar Musa


Ketua penerangan Umno Annuar Musa mendakwa tindakan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa 
isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) ke Parlimen adalah satu konspirasi politik bagi menjatuhkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

TS Muhyiddin hanya menggunakan situasi yang berlaku daripada 1MDB untuk melemahkan kedudukan Najib Razak sebagai perdana menteri sedangkan matlamat penubuhan 1 MDB adalah untuk membantu beban rakyat.

“Sepanjang pengetahuan saya sebagai ahli Majlis Tertinggi, Muhyiddin sewaktu menjawat jawatan itu dan timbalan perdana menteri, tidak pernah bersuara langsung.

"Saya kesal kerana matlamat Najib menubuhkan 1 MDB adalah jelas untuk membantu beban rakyat yang dihimpit masalah kenaikan kos sara hidup namun telah diputarbelitkan oleh pembangkang menjadikan 1 MDB sebagai masalah besar.

“Pagoh (Muhyiddin) buat ucapan iaitu serangan terhadap PM, saya bersedia untuk mempertahankannya. Tetapi apabila dia buat tuduhan, saya hairan kenapa Pagoh tidak berani berdepan dengan saya", kata Annuar lagi

Sekian laporan dari TV3 suku

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.