Saturday, October 29, 2016

Pak Din Cadang BN Ambik DAP Sebagai Anggotannya Bagi Menggantikan MCA dan Gerakan




Rektor Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi mencadangkan Barisan Nasional (BN) menjemput DAP untuk menganggotai BN bagi menggantikan MCA dan Gerakan.

Menurutnya beliau mencadangkan idea itu sudah lama namun umno sebagai parti terbesar dalam BN masih memikirkan natijah atau kesannya bila menjemput DAP untuk parti cauvinis tersebut.

Nordin mencadangkan ide tersebut kerana parti MCA dan Gerakan tidak membawa apa-apa makna buat BN malah parti orang Melayu Umno terpaksa memberi kerusi majoriti orang Melayu kepada MCA supaya MCA menang dan mempunyai wakil dalam parlimen.

MCA bertanding di 37 kerusi Parlimen dan alami kemerosotan teruk dalam sejarahnya apabila hanya memenangi 6 kerusi. (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

Nordin mungkin sudah meramalkan orang cina sudah tidak berminat lagi dengan parti MCA dan Gerakan kerana mereka langsung tidak menjaga kepenting orang cina tetapi hanya buat bisnes.

Jika BN mengekalkan MCA dan Gerakan, kerusi yang mereka tandingi akan berpindah kepada DAP. Ini mungkin membawa malapetakan buat umno/BN apatah lagi bila parti PPBM yang mewakili majoriti orang Melayu sudah diterima rakyat.

Bagi umno agak susah untuk menerima DAP sebagai teman tidur sebantal kerana penyokong umno disuruh membenci DAP setiap masa jika umno melakukan boleh diibaratkan seperti meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.

DAP dilihat sebagai parti Cina cauvinis yang bersifat komunis oleh umno mana boleh tidur sekali dengan umno?


2 comments:

  1. Ko ni zalim la, takkan dapat bini baru, yg lama hendak dicerai.

    ReplyDelete
  2. yaa...saya setuju betul dg saranan penulis supaya umnob menjemput dap dan gerakan menggantikan mca. memang sepadan. seperti pinang dibelah dua.
    jika itu berlaku lebeh senang kita nak menghadapi pilihan raya.....jeng jeng jeng...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.