Wednesday, October 12, 2016

Pelajar UM Dipaksa Tanya Soalan Mengenai 1MDB Yang Sudah Disediakan Sahaja





Beberapa pelajar di sesi jelajah kampus bersama presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan UMNO di Universiti Malaya (UM) malam tadi bangun menuntut jawapan mengenai skandal 1MDB.

Mereka marah apabila dipaksa bertanya soalan yang telah disediakan saja jika tidak soalan mereka tidak akan dijawab dan mereka dianggap cuba mempolitikkan syarikat 1 MDB yang dianggap memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Penglibatan 1 MDB dengan arahan PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) mengarahkan supaya cawangan Singapura bank Switzerland, Falcon Private Bank (Falcon Bank), ditutup kerana kegagalan serius dalam kawalan antipengubahan wang dilarang (AML) dan salah laku kakitangan pengurusan kanan di ibu pejabatnya di Switzerland dan cawangannya di Singapura langsung tidak disentuh oleh Arul dan Faisal UMNO.

Ketika sesi itu hampir selesai sekitar jam 11.15 malam, empat pelajar bangun serentak, sambil memegang sepanduk mereka. Juga kedengaran laungan 'Tangkap MO1'.

Sepanduk tersebut berbunyi 'Mahasiswa Mahukan Jawapan', '1MDB Jangan Spin' dan '1MDB Pulangkan Duit Rakyat'.

Bagaimanapun, pelajar berkenaan didatangi beberapa pemuda Umno terus mengoyakkan sepanduk dari mereka.

Acara tertutup itu adalah sebahagian daripada siri 'Jelajah Kampus' anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Ramai pelajar Universiti Malaya (UM)  mendesak pemimpin majlis perwakilan pelajar meletak jawatan, kerana bersekongkol dengan parti politik UMNO untuk menganjurkan program ‘cuci otak’ pelajar mengenai isu 1MDB.

Ramai pelajar yang dilihat akan bertanya soa;an panas mengenai 1 MDB tidak dibenarkan masuk, mereka cuma membenarkan pelajar yang pro-Najib sahaja dibenarkan masuk.

Program yang dibuat oleh Arul dan Faisal UMNO adalah satu program sesi cuci otak yang berniat memutarbelitkan fakta sebenar 1MDB dan mengelirukan mahasiswa dan mahasiswi sebelum PRU14 akan diadakan.

Mereka akan mengadakan 'roadtour' cuci otak' pelajar seluruh universiti di Malaysia.

Pelajar juga dilarang merekod sebarang video ketika program ini dijalankan, sehinggalah beberapa pemuda UMNO mengedarkan risalah ‘Saman DOJ Meragukan'

Jika benar 1 MDB tidak ada masalah kenapa pelajar diarahkan bertanya soalan yang disediakan sahaja.

Jika benar 1 MDB tidak ada masalah kenapa pelajar dilarang merakam sebarang ucapan yang meragukan Arul dan Faisal UMNO.

Jelajah spin fakta 1 MDB juga dilihat cuba membuat kempen untuk menarik sokongan pelajar terhadap Najib supaya UMNO akan terus berkuasa selepas PRU14 nanti

5 comments:

  1. Tukang karut jual borak kat UM. Kesian kat bebudak UM. Arul Kanda ni kena check jugak degree dia ni. Mungkin sama gak macam budak gemuk Azizan tu. Separuh malaya kena jual.

    ReplyDelete
  2. Mlysia negara demokrasi lerrr..
    Ko nk terlentang atas jln ke,nk berkonvoi bersih ke, nk fitnah ke,krajaan xkn halang..

    Admin sg rapat kata soalan 1mdb utk brtnya arul da dsediakan..
    Bole caye kerrr??,
    Hehehehe..cai2 pmbngkng n budak tadika bole le nk tipu admin...

    Kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal kau budak tadikalah ni. Kau pun bangang sangat bro. Kau tak penah pergu forum ke. Kebanyakan soalan kena scan. Kau tu berapa kali masuk tadika. Takkan tak pandai sikit pun

      Delete
    2. Mase ko fitnah n maki hamun xde pon nak scan2???

      Kihkihkih
      Nak bodohkan org xkne tmpt lerrr

      Delete
  3. Tumbangkan BN dan tangkap MO1

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.